Cara Detect Volume Luar Biasa Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahiim

Berdasarkan pengalaman aku, ramai yang tak memberi penekanan pada volume. Aku terfikir, trader jenis apa yang sangat bergantung kepada volume ni bila nak trade dalam bursa. Even aku sendiri mengaku aku punya analisis volume pun cukup simple, as long as break average volume 10 days before, consider significant bagi aku. Hari ini aku akan tunjukkan cara detect volume luar biasa dalam saham.

Siapa Yang Selalu Gunakan Volume?

Secara peribadi aku rasakan trader yang selalu gunakan volume adalah geng intraday. Intraday ni biasanya screener mereka lebih kepada volume sebab dengan volume sahaja mereka boleh tahu player buyer atau seller dah masuk atau belum dari pasaran. Selepas dapat volume yang diorang nak, baru diorang akan tengok pula pada teknikal analisis.

Cara Detect Volume Luar Biasa Pertama : Market Monitor

Cara ini digunakan untuk lihat volume yang significant masuk dalam sesuatu kaunter. Trader boleh detect high volume ni dengan menggunakan Market Trade Monitor. Korang kena tengok pada broker korang ada tak disediakan features tersebut. Jangan risau untuk pengguna Mplus kerana features ni memang dah ada dalam website platform korang.

Bila dah set Market Trade Monitor ni, korang boleh set berapa lot yang korang rasakan volume adalah significant. Secara default, kita akan set 500 lot sebagai volume yang significant tetapi ada juga yang menggunakan 1000 lot sebagai volume yang high. Korang boleh nampak volume yang significant berdasarkan setting korang akan ada highlight dalam MTM tersebut.

Semua transaction lot lebih 500 akan dihightlight. Hiaju untuk buying volume, merah untuk selling volume.

Bila dah detect, barulah korang boleh buat korang punya teknikal analisis. Barulah korang tengok ada tak signal untuk korang entri. Bila dah ada signal, dengan sokongan daripada informasi volume tadi, ia menaikkan lagi kebarangkalian untuk price terbang lebih tinggi.,

Cara Detect Volume Luar Biasa Kedua : Manipulation Order

Cara ini digunakan untuk detect sebelum volume besar masuk. Kiranya ia adalah petanda awal sebelum masuknya volume yang besar. Jika Market Trade Monitor kita lihat volume yang dah confirm masuk dalam pasaran, manipulation order lebih kepada predictability berdasarkan behaviour player. So kelebihan dia adalah kita masuk awal dan profit lebih tinggi, tetapi kebarangkalian yang tinggi untuk loss sekiranya predictability tak menjadi.

Berikut adalah cara untuk kesan manipulation order dan korang perlukan at least 5 Market Depth. Bagi pengguna Mplus, korang boleh dapat 5 Level Market Depth sekiranya korang ada 1 transaction sama ada buy atau sell dalam tempoh 30 hari. Jika nak lagi senang, korang subscribe je dengan Mplus, baru RM 20 setahun.

  1. Pastikan kuantiti buyer lebih rendah daripada kuantiti seller
  2. Pastikan kuantiti order buyer lebih rendah daripada order seller
  3. Pastikan ada satu blocking besar pada bahagian ask
  4. Pastikan buy rate lebih 50%
Contoh kemungkinan manipulation order bakal terjadi

Kesimpulan

Aku telah tunjukkan kepada korang cara detect volume luar biasa dalam trading saham. Mungkin ia akan memberikan sedikit idea kepada para trader selain menggunakan VWAP untuk membuat keputusan trading semasa melakukan intraday. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para trader intraday sekalian. Sekian terima kasih.

Sumber : Pengalaman Sendiri

Baca lagi : Kenapa Aku Suka Trade di Luar Waktu Trading

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →