Kenapa Aku Suka Trade Diluar Waktu Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap bursa mempunyai waktu trading tersendiri. Macam Bursa Malaysia start seawal 9 pagi sehingga 5 pagi. Pada waktu itulah kita akan nampak harga bergerak, volume masuk, news kena pam. Macam-macam lah faktor yang boleh mempengaruhi keputusan untuk kita beli atau jual sesuatu saham. Kali ini aku kongsi sebab kenapa aku trade diluar waktu trading.

Menguruskan Psikologi

Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menguruskan psikologi dalam trading. Benda ni adalah musuh utama dalam trading. Tak kira la kita ni dah bertahun-tahun trade pun, jika berdepan dengan psikologi konfirm akan rebah. Sapa je nak tengok duit hasil titik peluh kita makin rugi dalam saham. Kita trade untuk untung bukan untuk rugi. Tak campur lagi yang jenis tiba-tiba dah menang win streak terus tamak haloba open lot paling besar yang tak pernah dia bukak sebelum ni.

Waktu Bursa Saham Malaysia Didagangkan | Aku Pedagang Jawa

Once kita dah placing order masa market aktif, bila dah match memang tak boleh buat apa dah. Masa tu la mula nak menyesal sebab amik order awal la, entry kat harga tinggi la, immature cutloss la. Kita ni manusia confirm akan ada second taught, ada rasa ragu. Minta maaf, kalau dah match itulah keputusan final yang perlu kita hadapi.

So sebabkan manusia ni ada second taught, aku pun memilih untuk trade diluar waktu trading. Untuk global, aku trade waktu petang untuk bursa aku trade waktu malam. Jadi aku akan buat analisa dan kalau ada entri terus placing. Kadangkadang ada kaunter yang tak cukup satu syarat, biasanya signal entri. Aku cuma ada dua jenis signal entry je, bila aku geram aku tetap placing pending order.

Haaa, ini lah kebaikan trade diluar waktu trading. Lepas satu dua jam rasa geram lepas kat pending order tu, barulah mental aku jadi betul balik. Sedar yang trade ni kena disiplin, tak boleh langgar walau satu SOP yang kita sendiri gariskan. So, aku boleh la open balik apps trading dan tekan je cancel. Untuk makluman aku guna Mplus untuk bursa Malaysia dan goTrade untuk global.

Kesimpulan

Jika korang memang gatal trade, maka trade lah waktu market tutup. Ada satu masa aku ketagih nak tekan buy, aku bubuh PO cukup-cukup sampai habis modal. Lepas tu, aku delete balik. Masa market tutup ni lah ko nak lajak analisis gila-gila sampai semua skil bulan bintang pun keluar. Tapi ko lebih tenang sebab adrenalin ko tak kena kick dek harga turun naik masa tu. Inshaa ALLAH

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →