Bismillahirrahmanirrahiim
Muhibbah ni adalah kaunter yang berat kepada Oil and Gas (OnG). Ia diasaskan oleh tiga orang otai iaitu Taib Ibrahim, Ngan Boon Mac, Sen Eng Ooi . Komponen komponen perniagaan diorang terdiri daripada pembinaan kapal, kren dan juga infrastruktur yang fokus kepada OnG. Ia ditubuhkan pada Sept 72 dan berpusat di Klang. Jom kita review kaunter muhibbah ni.
Pandangan Analyst
Berdasarkan kepada keadaan semasa, ada dua analyst yang memilih untuk Buy dan 1 analyst memilih untuk Hold. Walaupun score Alpha Indicator agak rendah iaitu 2 sahaja, tetapi mesti ada sebab kenapa tak ada langsung analyst memilih untuk jual saham ini.
Pandangan Teknikal
Dari sudut pandang teknikal, aku nampak dah cukup zat untuk kita beli kaunter ini berdasarkan kepada semua faktor dibawah.
- Trend : Positif Uptrend. Weekly break Upper BB, tak break lower BB dan MACD Signal Line atas 0 Line
- Zone : Harga di W1 da berada dibawah mid BB dan telah hit Lower BB di TF D1
- Pattern : Terjadi pembentukan descending triangle bersama dengan Divergence
- Signal : Candlestick compression telah wujud
- Volume : Ada volume yang dominan yang dah break 10 days average volume
Kesimpulan
Dengan ini aku percaya harga boleh naik lebih tinggi lagi. Target price aku adalah pada previous High iaitu 0.805 tetapi kalau nak pergi lagi jauh aku target 0.940. Wallahualam. Semoga ALLAH kurniakan rezeki kepada kita semua. Amiin