Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya haji kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang menunaikan haji dan juga menunaikan ibadat korban. Entri aku hari ini cukup santai iaitu korang tahu tak gotrade dah kenakan charge pada setiap trade sekarang. Ia bukan lagi apps yang berikan zero comission fee. Adakah perkara ini baik atau buruk jom kita saksikan.
Gotrade adalah Broker Perniagaan
Aku faham, satu hari nanti ia akan kenakan charge per trade juga. Kita kena faham gotrade adalah entiti perniagaan. Jadi mesti diorang akan kenakan juga kos per trade ni sebab tak mampu nak absorb daripada keuntungan fee dari depo and withdrawal sahaja. Tak untung mana diorang camni. Bukannya hari-hari orang depo withdraw. Lagi-lagi saham. Plus dengan sedikit keuntungan dari charge brokerage dan juga depo wd fee ni boleh lah melangsungkan perniagaan mereka.
Caj yang dikenakan oleh gotrade adalah 0.3% pertrade. Tak kesah apa instrument iaitu stock, REIT dan juga ETF. Nampak macam mahal kan sebab ada broker yang tawarkan 0.1% sahaja. Tapi bagi aku, aku tetap stay dengan Gotrade sebab modal aku kecil. 0.3% yang dikenakan tu tak setinggi daripada minimum charge broker lain iaitu USD 3 per trade walaupun dia bagi 0.1%.
Ia bermaksud kalau caj yang dikenakan dengan kiraan 0.1% kurang dari USD 3, maka diorang akan tetap kenakan USD 3. Tapi dekat gotrade tidak. Dia hanya kira by percentage sahaja. Contohnya jika korang trade amaun USD 100, dekat gotrade baru bayar 0.30 sen, iaitu 0.3% dari amaun trade tapi broker lain walaupun jumlah brokerage adalah 0.1% dan sepatutnya bayar 0.10 sahaja, mereka tetap akan kira USD 3.
Kata Akhir
Walaupun bagi trader yang sofistikated mereka merasakan gotrade banyak kelemahan dari segi live feed data, market depth, chart platform sebagainya, aku tetap menggunakan gotrade ini sebab fokus utama aku adalah kos brokerage yang rendah. Camni lah kalau modal cukup cukup makan, takpa lah asalkan aku boleh serap kos tersebut, kita on sahaja ok?
Alhamdulillah
Sumber : Email dari Gotrade