Cara Mudah Dividen Investing Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahiim

Antara teknik investing yang ada selain daripada growth investing adalah dividen investing. Cara ni adalah cara yang paling mudah dalam kategori pelaburan kerana para pelabur akan mendapat dua sumber pendapatan iaitu dividen dan juga capital gain. Semasa harga sedang float negatif, para pelabur masih lagi boleh menikmati pulangan dividen yang dibayar oleh syarikat kepada pelabur.

Cara Mudah Dividen Investing Dalam Saham

Aku akan terus straight to the point sahaja. Mudah untuk korang hadam terus apa yang aku nak sampaikan. Berikut adalah benda-benda yang perlu korang laksanakan.

  1. Pilih saham yang mempunyai rating alpha indikator 7-10.
  2. Pilih saham yang telah jatuh 50% harganya dalam tempoh 3-5 tahun
  3. Bidak modal kepada 12-18 bulan

Point pertama, korang kena pergi ke website bursa marketplace dan cari alpha indikator. Korang screen je untuk dapatkan saham yang mempunyai rating alpha indikator 7-10. Tolong lihat sekali sama ada saham tersebut memang membayar dividen secara berkala atau tidak. Paling banyak dalam bursa ada yang bayar sehingga 4 kali dividen setahun. Rating 7-10 menunjukkan saham yang korang pilih adalah berkualiti. Buat apa penat-penat korang nak cari fundamental ratio yang pelik-pelik, yang ni analyst bertauliah dah bagi rating, ikut je.

bursamktplc on Twitter: "Featured Daily Espresso: EG Industries, with Alpha  Indicator 7/10. Keep an eye on $ECGM, click on “Add To Watchlist”  https://t.co/y34pShVhVa… https://t.co/PLTXqGRPCb"
Contoh saham yang mempunyai fundamental yang baik

Kedua, pilih harga saham yang dah jatuh 50% harganya dari tempoh 3-5 tahun. Korang kalau jumpa barang less lebih 50% mesti teruja kan sebab bagi korang bapak ah murah siak. Camtu gak lah saham. Psikologi manusia rasa potongan separuh harga memang dah murah dah. Cara ni korang kena tengok chart sikit. Filter untuk dapatkan 3 tahun terkini, pastu pilih harga tertinggi dan terendah. Tambah kemudian bahagi dua korang akan dapat harga average. Kalau harga terkini bawah dari harga average, apa lagi SAUK!

Point ketiga, jangan pump semua modal yang ada. Bidak modal korang kepada 12 -18 bulan. Jadi selagi harga dibawah harga average, korang akan pump tiap tiap bulan untuk landaikan risiko andai harga jatuh lebih rendah dan lagi best, semakin rendah harga yang jatuh, semakin banyak unit saham korang boleh dapat maka makin banyaklah dividen yang korang dapat. Yahooooo

Kesimpulan

Tidak susah pun nak melabur. Kita je buat teruk. Tapi aku tak labur sangat kat bursa sebab charge yang dikenakan tu ada minimum RM 8, dia tak ikut percentage. Jadi agak besar gak la untuk modal kuman cam aku. So alternative aku berganjak ke Unit Trust. Sama je konsepnya. memang nampak besar charge 3%. Tapi kalo labur RM 100, baru kena charge 3 ringgit, berbanding 8 ringgit kan?

Alhamdulillah. Semoga ada manfaat.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →