Komponen Di Dalam Annual Report Syarikat

sumber investopedia

Bismillahirrahmanirrahiim

Annual report syarikat adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Malaysia. Ia adalah satu kewajipan ataupun mandatori kepada semua syarikat terbitan awam yang digariskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dengan adanya laporan tersebut, ia akan bantu para pelabur untuk memahami apa yang dilakukan oleh syarikat sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam syarikat tersebut.

Komponen Di Dalam Annual Report Syarikat

Bagi orang baru, confirm korang pening punyalah nak baca apa yang ditulis dalam laporan tersebut. Korang tak tau apa nak dibaca dan apa kepentingan setiap bahagian yang dicertitakan. Artikel ini akan bahas perkara tersebut dalam bahasa yang mudah difahami. Amnya, di dalam laporan tahunan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk membantu pelabur navigate laporan tersebut

  1. Financial Highlight
  2. Letter to Stockholder
  3. Corporate Message
  4. BOD and Management
  5. Shareholder information
  6. Report of Management
  7. Auditor’s Report
  8. Management Discussion
  9. Financial Statement and Notes
  10. Selected Financial Data

Financial highlight adalah bahagian yang sering dibaca oleh para pelabur. Jika korang malas nak baca semua dari A sampai Z, cukup untuk korang baca financial highlight sahaja. Ia memberikan gambaran ringkas sama ada syarikat tersebut sedang untung, rugi ataupun stagnant. Biasanya ia ditonjolkan dalam bentuk graf dengan sedikit penerangan ringkas.

Datasonic Group Berhad | Investor Relations
Contoh annual report Datasonic, sumber insage

Letter to stockholder macam kata kata aluan oleh CEO kepada para pelabur. Biasanya dalam bahagian ni kita boleh tengok apa yang CEO nak highlightkan. Contohnya apa masalah yang sedang mereka hadapi dan kejayaan yang telah mereka ukir pada tahun sebelumnya. Dari situ kita juga boleh tengok apa hala tuju pada masa akan datang untuk syarikat tersebut.

Seterusnya adalah Corporate Message. Ini macam visi dan misi syarikat la. Biasanya dalam bahagian ni ada banyak gambar yang berkaitan dengan syarikat contohnya core business syarikat, culture syarikat, dan strategic direction. Kiranya bahagian ni antara yang paling happening la sebab ada banyak gambar-gambar aktiviti.

Board of Director and Management pula very straight forward. Ia berikan senarai semua BOD yang ada dalam syarikat tersebut. Ada yang tulis nama sahaja atau ada yang siap letak gambar untuk pelabur kenal sapa BOD syarikat. Masa ni boleh lah tengok mana tau ada paklong jadi BOD kat syarikat ke, boleh la apply keje guna kabel paklong.

Shareholder information pula lebih kepada pengetahuan am sahaja. Contohnya HQ dekat mana, bila next annual meeting, tarikh, tempat dan masa dan lain-lain yang dirasakan perlu. Biasanya maklumat ini ada di bahagian belakang annual report syarikat.

Report of Management ;ula fokus kepada disclaimer la bagi aku. Ia seperti nak bagi tahu bahawa semua data yang ada dalam laporan tersebut, mereka akan bertanggungjawab kepada semua keabsahannya. Kira nak bagitau semua pelabur yang diorang gentle, kalo rasa ada yang salah diorang akan terus bertanggungjawab. Pelabur akan rasa cam fuh, bapak gempak siot berani giler camtu la.

Auditor’s report pula akan membahaskan kesimpulan apa yang mereka temui setelah melakukan audit dalam syarikat tersebut. Mereka akan sahkan sama ada statement yang dikeluarkan adalah tepat, sempurna, cukup dan diterima berdasarkan kepada prinsip perakaunan.

Management Discussion pula akan fokus kepada performance company. Biasanya short sahaja sebab dia padat tapi banyak makna. Dalam bahagian ni dia akan cover tentang operasi syarikat, liquidity, dan modal untuk meneruskan aktiviti dalam syarikat.

Financial statement and note pula akan ceritakan secara detail semua perbelanjaan syarikat. Terdapat tiga statement yang akan dilihat disini iaitu statement of earning,statement of financial position dan statement of cash flow. Bahagian ni agak banyak data sebab biasanya dia akan tunjukkan dalam bentuk jadual. Kena la guna pembaris kalau nak baca data-data ni.

Terakhir adalah selected financial data. Ini lebih kepada history keadaan kewangan syarikat untuk 5 tahun atau lebih dari waktu sekarang. Data ini digunakan oleh para pelabur untuk membuat pembandingan sama ada company ini telah grow, stagnant ataupun merudum.

Kesimpulan

Sebagai seorang pelabur, annual report syarikat adalah bread and butter untuk korang. Sama juga macam trader, bread and butter mereka adalah chart. Oleh itu dengan memahami apa yang terkandung di dalam laporan tersebut, ia akan memberikan korang kelebihan untuk membuat keputusan dalam pelaburan sama ada nak beli, jual, tambah, kurangkan atau hold untuk pegangan sesuatu saham syarikat.

Alhamdulillah

Sumber : Investment Analytic

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →