Bismillahirrahmanirrahiim
Semua industri atau sektor ekonomi ada kitaran tersendiri. Kitaran ini akan sentiasa berulang-ulang. Dengan memahami kitaran industri ini, kita boleh ambil kelebihan untuk fokus kepada industri yang berpihak kepada kita. Terdapat lima tahap kitaran industri yang perlu kita tahu, tak kira la industri tersebut industri tenaga ke, consumer ke atau teknologi, semua sama sahaja.
Lima Tahap Kitaran Industri
Dibawah merupakan senarai kelima-lima tahap tersebut dan saya akan terangkan satu per satu.
- Pioneering Development
- Rapid Accelerating Growth
- Mature Growth
- Stabilization and Market Maturity
- Deceleration of Growth and Decline
Semasa fasa pioneering development, ia selalu terkait dengan penemuan penemuan teknologi atau kaedah terbaru. Semasa dalam tahap ini, kita agak sukar untuk ketahui siapakah yang akan menjadi market leader, berikutan dengan penemuan terbaru tersebut. Ada company yang boleh adapt dan berjaya dan ada yang gagal. Semasa tahap ini juga, kebanyakan syarikat akan mengalami jumlah jualan yang sederhana dan mempunyai profit margin yang kecil atau negatif. Kebanyakan keuntungan digunakan untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada.

Fasa kedua dikenali sebagai rapid accelearting growth. Tahap ini akan menunjukkan bahawa demand terhadap sesuatu barangan atau servis sudah mula mencanak-canak. Secara tak langsung keuntungan syarikat juga akan melambung tinggi disebabkan lambakan permintaan dari pasaran. Pesaing-pesaing pasaran juga agak rendah kerana syarikat syarikat yang lemah sudah ramai yang kecundang ketika fasa pertama.
Fasa ketiga pula dikenali sebagai Mature Growth. Fasa ini meunjukkan kematangan industri dalam pasaran. Lambakan permintaan sebelum ini telahpun berjaya dipenuhi oleh para pemain industri yang telahpun berjaya mengembangkan perniagaan dan memberikan supply yang mencukupi dalam pasaran. Ketika ini, jumlah jualan akan meningkat tetapi tidak selaju dalam fasa kedua.
Fasa keempat pula adalah stabilization and market Maturity. Fasa ini adalah fasa terpanjang dalam sesuatu industri. Semuanya sudah dalam keadaan yang normal dan seimbang kerana setiap penawaran dan permintaan dapat dipenuhi dengan kadar yang efisien. Semasa tahap ini ramai pelabur akan membuat tanggapan bahawa agak mudah untuk grow keuntungan disebabkan jumlah jualan yang tinggi berkait rapat dengan keadaan ekonomi.
Fasa terahir adalah Deceleration of Growth and Decline. Ia merupakan fasa kejatuhan di dalam industri. Perkara ini terjadi apabila permintaan terhadap industri mula menyusut secara mendadak disebabkan wujudnya servis atau produk alternatif . Syarikat akan mula mengalami penyusutan profit margin, malah dalam keadaan rugi pun ada. Oleh tiu jika syarikat ingin maintain dalam pasaran, mereka perlu adapt dengan perubahan yang telah berlaku dalam pasaran
Kesimpulan
Itulah lima tahap kitaran industri yang sering berlaku di dalam sesuatu industri. Oleh itu sebagai seorang pelabur, anda tahu apa yang perlu anda lakukan apabila faham dengan kitaran ini. Jika anda seorang yang suka playsafe, fasa ketiga dan keempat mungkin adalah pilihan anda kerana semua data kewangan kebanyakan dalam keadaan yang cantik. Tapi, jika anda jenis yang suka mengambil risiko yang besar, fasa 1 dan 2 mungkin menjadi sasaran anda.
Alhamdulillah
Sumber : Investment Analytic