Teknik Multi Time frame

Bismillahirrahmanirrahiim

Di dalam carta, anda dapat lihat berbagai-bagai timeframe yang tersedia. Ada yang menyediakan basic timeframe dan ada juga yang memberikan advance timeframe. Namun, bagi saya cukuplah basic timeframe iaitu Monthly, Weekly, Daily, H4,M30,M15,M5 serta M1. Artikel ini akan ceritakan sedikit bagaimana untuk memahami teknik Multi Time frame.

Apa itu Teknik Multi Time frame

Ia merupakan satu teknik yang mana setiap time frame mempunyai perbezaan dari segi trend dan signal dan perbandingan antara timeframe dapat memberikan satu rumusan yang lebih menyeluruh berkenaan dengan sesuatu kaunter. Mungkin anda nampak Buy di timeframe D1 tetapi timeframe Weekly masih lagi menyokong pergerakan Bullish.

Kumpulan Kumpulan Time Frame

Setiap timeframe boleh diklusterkan sesuai dengan posisi trader itu sendiri. Dibawah saya senaraikan kumpulan tersebut.

  1. Low timeframe : M1, M5, M15
  2. Mid Time Frame : M30, H1, H4
  3. High Time Frame : D1, W1, MN

Rules penggunaan time frame cukup mudah. Semakin tinggi sesuatu time frame, semakin sedikit signal yang terhasil dan semakin rendah terdedah dengan false signal. Begitu juga semakin rendah time frame, semakin banyak signal terhasil tetapi semakin tinggi juga terdedah kepada false signal. Dengan menggunakan time frame sahaja anda boleh menentukan sama ada entry anda bersifat high risk ataupun low risk.

Position trader suka menggunakan High Time Frame sebagai rujukan mereka. Malah investor yang menggunakan teknikal analisis untuk timing harga kaunter kesukaan mereka juga turut menggunakan high time frame. Memandangkan position trader adalah seorang yang Low Risk, dan memegang sesuatu kaunter pada tempoh yang lama, (tetapi tak lebih dari setahun), maka time frame dari kumpulan ini agak cocok.

Bagi swinger pula, mereka suka membuat komibinasi antara Mid dan High Time Frame ataupun Mid dan Low Time Frame. Mereka mungkin hold berminggu atau berbulan, oleh itu penggunaan Mid Timeframe adalah pilihan yang sangat tepat. Mereka sanggup menghadapi risiko yang sederhana dan signal yang terbentuk juga agak kerap muncul.

Untuk scalper, semestinya akan gunakan Low TIme frame. Sebolehn ya mereka ingin cepat cepat untuk profit dan close semua keuntungan pada hari tersebut tanpa dibawa ke hari esok. Signal banyak terhasil namun sering terdedah dengan false signal. Oleh itu jika anda jenis yang tak mampu hadap cutloss yang banyak, scalping bukan untuk anda.

Teknik Multi Time Frame

Tiada teknik yang rahsia pun dengan Multi Time Frame ini. Cuma praktis yang paling biasa adalah gunakan time frame besar untuk lihat trend dan time frame kecil untuk setup dan entry. Contoh jika setup anda pada time frame Weekly, maka anda harus baca trend pada time frame Monthly. Seandainya Monthly selari dengan setup Weekly anda, barulah ia menyokong setup yang anda lukis di TF Weekly.

Selain itu ada yang menggunakan Cara Top Down analisis. Cara ini dilaksanakan dengan melihat dari timeframe besar sehingga time frame kecil. Contohnya, seorang trader menggunakan MA untuk melihat trend. Pada W1 sehingga H4 semua menunjukkan trend dalam keadaan uptrend, Tetapi pada timeframe H1, kita boleh lihat time frame telah berubah menjadi downtrend.

Pada TF H1 lah trader akan mencari setup dan entry supaya mereka boleh masuk lebih awal sebelum market resume semula kenaikan sebelum ini.Anda lihat ia seperti melawan arah, tetapi dengan sokongan daripada time frame yang lebih besar, ia memberikan kebarangkalian yang tinggi untuk setup tersebut menjadi. Oleh itu, elemen teknik multi time frame ini tidak boleh dipandang ringan.

Mungkin ada yang pernah terjumpa triple screen monitor system. Sistem ini juga berkait rapat dengan penggunaan Multiple timeframe. Caranya cukup mudah. Pilih tiga timeframe yang anda ingini, kemudian tunggu sehingga semua timeframe align pada trend yang sama. Contohnya, timeframe H4 dan H1 sedang uptrend, tetapi M30 masih downtrend. Jadi, entry anda haruslah pada M30 apabila M30 mula kembali kepada uptrend semula.

Kesimpulan

Saya telah menjelaskan penggunaan teknik multi time frame serta siapa yang sesuai untuk gunakan setiap kelas time frame. Bahkan di dalam sistem trading Pedagangjawa, saya menekan konsep penggunaan multi time frame cara yang pertama iaitu lihat time frame besar sebagai trend kemudian gunakan timeframe lebih kecil untuk setup dan entri. Semoga bermanfaat. Inshaa ALLAH

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Cara Mudah Analisa Fundamental Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →