Cara Mudah Analisa Fundamental Saham

Bismillahirrahmanirrahiim

Analisa fundamental merupakan salah satu analisa terpenting yang ada dalam pelaburan saham. Malah ia merupakan nadi utama bagi pelabur kerana fundamental memberi impak jangka panjang dan lebih berorientasikan business. Berbeza dengan analisa fundamental yang lebih menitik beratkan pergerakan jangka pendek. Artikel kali ini akan bantu anda mencari cara mudah analisa fundamental saham.

Bagaimana Analisa Fundamental Dijalankan

Terdapat terlampau banyak benda yang boleh dikaji dalam segi aspek fundamental hinggakan bagi saya satu artikel ini tak mampu untuk cover topik tersebut yang terlampau luas. Namun, ia boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :

  1. Tangible
  2. Intangible

Tangible adalah fundamental yang boleh diukur melalui penyata akaun ataupun ratio ratio yang digunakan hasil daripada kaedah matematik. Oleh itu, ia amat membantu mereka mereka yang mempunyai data oriented. Data-data ini memberi satu insight kepada pelabur bahawa syarikat yang mereka ingin laburkan itu adalah syarikat yang kukuh. Contohnya, dengan melihat Cash Flow syarikat yang positif, pelabur boleh menggambarkan duit dalam syarikat tersebut telah diuruskan dengan cekap.

FINVIZ*Elite
Contoh data fundamental yang ditunjukkan dalam Finviz

Berbeza dengan intangible factor, ia tidak boleh diukur tetapi lebih kepada analisis kepada prediksi hala tuju syarikat tersebut. Ia memerlukan orang yang sudah lama di dalam industri itu sendiri untuk memberikan pandangan mereka terhadap industri tersebut. Contohnya, syarikat Oil and Gas melihat sumber tenaga alternatif menjadi pesaing mereka pada masa akan datang.

Cara Mudah Analisa Fundamental Saham

Cara ini bukan lah digunakan oleh kebanyakan pelabur. Ia hanyalah cara bagaimana saya gunakan untuk mendapatkan quick look berkenaan dengan kekuatan sesuatu syarikat dalam masa yang singkat. Ia tidak terperinci tetapi cukuplah bagi saya yang menggunakan fundamental syarikat sebagai elemen sokongan dalam aktiviti trading.

“Jika syarikat tersebut mempunyai hutang yang terurus, membuat keuntungan yang berbaloi dan diuruskan oleh pengurusan yang cekap maka ia adalah syarikat yang berbaloi untuk hold”

Ini adalah kesimpulan saya sendiri dalam mencari cara mudah analisa fundamental saham. Jadi ada 3 kriteria yang saya gariskan iaitu untung yang berbaloi, hutang yang terurus dan pengurusan yang cekap. Untuk mendapatkan ketiga tiga jawapan ini, saya akan gunakan fundamental ratio yang mana anda boleh dapatkan maklumat ini secara percuma.

  1. Pengurusan yang cekap : Saya lihat pada Return on Asset
  2. Hutang Terurus : Saya lihat pada Debt to Equity Ratio
  3. Untung yang berbaloi : Saya lihat pada Net Margin

Jadi, skala yang saya gunakan untuk menentukan semua faktor ini mempunyai keputusan yang baik adalah seperti berikut.

  1. Jika ROA lebih dari 5%, saya consider sebagai syarikat tersebut diuruskan dengan cekap.
  2. Jika Debt to Equity bawah 2, saya consider hutang syarikat adalah terurus
  3. Jika Net Margin melebihi 10% saya andaikan bahawa syarikat tersebut menjana keuntungan yang berbaloi.
StockHunter - KLSE ( Bursa ) by StockHunterLLP
Contoh analisa fundamental dalam malaysia stockhunter

Anda boleh gunakan Stockhunter untuk mendapatkan semua maklumat ini secara percuma. Jika anda trade dalam pasaran global, anda boleh layari laman web Finviz untuk semua maklumat berikut. Cara ini bukanlah satu cara yang sempurna, namun bagi saya ia sudah cukup untuk saya mengabsahkan bahawa syarikat tersebut adalah berbaloi untuk di hold berbulan bulan.

Kesimpulan

Saya telahpun menerangkan cara mudah analisa fundamental saham. Ianya sangat praktikal dan membantu orang baru yang baru sahaja melabur secara terus dalam pasaran Bursa atau Global. Saya galakkan anda untuk terus menggali lagi fundamental analisis ini kerana bidang cakupan yang cukup luas dan menambahkan lagi skil investment anda. Alhamdulillah.

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Unit Trust Boleh Percaya Ke

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →