Bismillahirrahmanirrahiim
Tidak dinafikan terdapat ramai pelabur yang mengalami kerugian dalam pelaburan unit trust ataupun menghasilkan keuntungan yang tidak berbaloi seperti yang dicanangkan oleh konsultant. Disebabkan perkara ini, ia membuatkan timbulnya persoalan “unit trust boleh percaya ke?”. Artikel kali ini akan menghuraikan tentang persoalan tersebut.
Struktur Perangkaan Unit Trust
Amnya, unit trust direka dengan teliti adalah yang pertama untuk melandaikan risiko dalam pasaran. Itu objektif utama sesuatu unit amanah direka. Apabila risiko mampu dikawal, secara tak langsung, keuntungan akan datang sebagai imbalan hasil daripada kebijakan mengawal risiko tersebut. Berikut adalah senarai mekanisme yang dibangunkan untuk melandaikan risiko pelaburan.
- Unit trust mengamalkan konsep diversifikasi dari segi sektor, negara, dan instrumen pelaburan
- Unit trust dikenakan had kekangan yang digariskan oleh FIMM dan juga SC yang bermaksud sesuatu instrument pelaburan mempunyai had maksima yang boleh dilaburkan.
- Unit trust hanya boleh melabur dalam instrument yang telah digariskan melalui surat ikatan yang telah dimaterai pada awal penubuhan. Contohnya dana tersebut akan fokus pada sektor teknologi, oleh itu, ia tak boleh fokus kepada sektor lain seperti utiliti
- Unit trust dikawal oleh berbagai badan seperti pemegang amanah, penasihat syariah, FIMM serta SC
- Unit trust di Malaysia rata rata mengamalkan konsep pelaburan dan jarang menggunakan pendekatan trading, iaitu memegang sesuatu saham atau instrument lain kurang dari setahun.
Jadi, adakah unit trust boleh percaya ke? Jawapannya adalah ya. Dengan penglibatan berbagai organisasi dalam meamstikan risiko mampu dilandaikan, sudah pasti dipengakhirannya akan beroleh keuntungan secara statistik.
Kelemahan dalam Industri Pelaburan Unit Trust
Melalui pengamatan saya, ada beberapa faktor yang menyebabkan orang ramai mula sangsi dengan performance sesebuah unit trust. Saya akan kupas satu persatu melalui senarai yang saya berikan dibawah :
- Konsultant tidak dilatih untuk menghadapi keadaan pasaran sebenar
- Konsultan tidak dilatih menganalisis sesuatu dana dengan efektif
- Konsultan dilatih untuk kejar sales berbanding membantu portfolio pelaburan klien
Bagi konsultan baru mereka tidak pernah berhadapan dengan keadaan pasaran sebenar seperti saham ataupun komoditi. Walaupun telah dibekalkan dengan manual Unit Amanah oleh FIMM< namun, ia masih tidak mencukupi untuk menterjemah keadaan pasaran secara amnya. Oleh itu, mungkin perlu masukkan sedikit modul tentang instrument instrument yang dilaburkan dalam unit amanah supaya konsultan boleh faham dan menjelaskan kepada klien.
Kedua konsultant tidak dilatih untuk menganalisis sesuatu dana dengan efektif. Walaupun telah lulus exam FIMM, konsultant tidak mampu untuk melakukan analisa fund yang ingin dipilih. Walaupun semua data telah ada di dalam Fund Fact Sheet, namun konsultant tidak mampu untuk memahami apa yang ingin diberitahu melalui info yang telah dipaparkan.
Terakhir, konsultan diajar untuk mengejar sales dan komisyen berbanding membantu para klien. Antara approach terbaik untuk melabur adalah melakukan averaging iaitu pelaburan secara berkala. Namun, jika pelaburan secara berkala dilaksanakan, jumlah pelaburan terlampau kecil sehingga ianya menjadi tidak berbaloi untuk konsultan. Bayangkan jika seseorang mlabur sebanyak RM 1,000, konsultan hanya mendapat komisyen sekitar 2% iaitu hanya RM 20 sahaja.
Kesimpulan
Saya faham, apabila seseorang klien melabur, ia beranggapan bahawa pelaburan dia diuruskan dengan cekap oleh Fund Manager dan tak mahu ambil tahu langsung dengan pasaran. Klien hanya expect sama ada untung atau tidak sahaja. Apabila ada yang menyalahkan klien kerana tak ambil tahu tentang pasaran, bagi saya ianya sangat tidak betul dan menyalahi objektif penubuhan pelaburan unit amanah.
Diharap artikel ini telah menjawab persoalan unit trust boleh percaya ke. Semua yang baik datang dari ALLAH. Inshaa ALLAH.
Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT
Baca lagi : Cara Keluarkan Duit Unit Trust