3 Jenis Saham Di Malaysia Wajib Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Di dalam dunia saham, terdapat tiga jenis saham yang popular yang wajib anda tahu sebelum memulakan trading. Apabila anda ketahui apakah jenis jenis saham tersebut, barulah anda boleh memutuskan untuk membeli kaunter mana berdasarkan kepada bajet anda dan kesanggupan untuk anda meletakkan risiko rugi. Jadi, pada artikel kali ini saya akan terangkan kepada anda apakah jenis jenis saham tersebut.

Faktor Pengelasan Saham Saham Di Malaysia

Sebelum itu, kita harus tahu apakah faktor yang membuatkan setiap jenis saham dikelaskan pada tempatnya yang tersendiri. Jawapannya adalah berdasarkan kepada market capitalisation. Sekiranya nilai sesebuah kaunter mencapai pada tahap tertentu maka dia akan dikelaskan pada jenis saham A, B atau C dan sebaliknya. Formula market capitalisation adalah seperti berikut :

MARKET CAPITALISATION = SHARE PRICE (X) SHARE ISSUE

Jadi, mari kita lihat contoh pengiraan market cap ini

  • Kaunter DENWOO
  • Harga Share : RM 100.0
  • Share Issue : 10, 000, 000
  • Harga Share (RM 100.00) x Share Issue (10,000,000) = Market Cap (1000,000,000 ataupun 1 billion)

Jadi, begitulah mekanisme bagaiman saham dijeniskan berdasarkan kepada kapitalisasi sesuatu syarikat tersebut.

3 Jenis Saham Di Malaysia Berdasarkan Kapitalisasi

Secara ringkasnya, tiga jenis saham tersebut adalah seperti berikut :

  1. Blue Chip
  2. Medium Cap
  3. Small Cap

Karakteristik Saham Jenis Blue Chips

  1. Market Cap 1 billion keatas
  2. Mempunyai rekod perniagaan yang baik
  3. Mempunyai unjuran keuntungan setiap tahun
  4. Nisbah hutang yang baik
  5. Harga saham yang stabil (pergerakan yang tidak terlalu drastik)
  6. Kelebihan : Low Risk dan Stabil, sesuai untuk mereka yang suka pada dividen tahunan/suku/pertengahan
  7. Kelemahan : Tepu, kecairan yang rendah sebab ramai yang hold pegangan saham,

Karakteristik Saham Jenis Medium Cap

  1. Market Cap RM 100 Juta – 1 Billion
  2. Selalunya adalah kaunter di papan Ace
  3. Kelebihan : Medium risk, mempunyai kecairan yang sederhana, berpotensi untuk meningkat dan grow
  4. Keburukan : Boleh dispekulasi

Karakteristik Saham Jenis Small Cap

  1. Market Cap bawah RM 100 juta
  2. Selalunya adalah kaunter di papan Ace
  3. Kebanyakan mempunyai nilai saham dibawah RM 1 ataupun dipanggil penny stock
  4. Kebaikan : Mempunyai kecairan yang tinggi serta peluang growth yang sangat tinggi. Sesuai untuk trader saham yang inginkan keuntungan yang cepat.
  5. Keburukan : High Risk dan terlalu mudah untuk dispekulasi.

Anda Sudah Tahu Jenis Saham Dan Market Cap, Jadi Apa Tindakan Seterusnya?

Anda perlu tahu apakah objektif trading anda. Sekiranya anda hanyalah pelabur santai, maka disarankan untuk menyasarkan kepada saham saham di main board. Walaupun mahal, disebabkan rekod perniagaan yang cantik, adalah berbaloi untuk anda hold dan mengambil faedah daripada dividen yang diumumkan walaupun nilai belian syer tersebut menurun.

Sekiranya objektif anda adalah profit gain yang tinggi dalam masa yang singkat serta ianya merupakan sumber utama untuk anda meneruskan kehidupan, anda disarankan untuk memilih small tau mid cap. Namun, dalam masa yang sama anda harus menghadapi risiko yang disertakan dalam membeli kaunter daripada jenis jenis saham small dan mid cap ini.

Kesimpulan

Dengan hanya mengetahui jenis jenis saham di Malaysia sahaja, ia secara tidak langsung akan membantu anda untuk mengelakkan daripada memilih kaunter yang salah dan tidak selari dengan objektif anda. Diharap artikel kali ini dapat membantu perjalanan dunia trading saham anda. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →