Bismillahirrahmanirrahhim
Baru-baru ini anda dapat lihat bahawa teknik SnD semakin popular dalam kalangan trader disebabkan keputusan yang dihasilkan amat memberangsangkan dan memberikan peluang untuk trader melakukan sniper entry. Namun, antara permasalahan utama trader adalah bagaimana untuk menentukan SnD yang valid. Masalah ini terjadi kerana apabila marking telah dilakukan, terdapat banyak marking yang boleh dilukis dan ia menjadi masalah kepada para newbies untuk menentukan kawasan snd mana yang valid.
Cara Marking Supply and Demand
Sebelum berganjak kepada penentuan kawasan snd yang valid, kita harus tahu cara marking supply and demand. Secara amnya, teknik untuk melakukan marking adalah seperti berikut:
- Cari candle Bullish / Bearish Engulfing
- Tandakan Hi dan Lo Candle pertama dengan menggunakan rectangle tool
Dari contoh diatas, anda dapat lihat terdapat dua kawasan zon supply. Ia akan membuatkan trader menjadi keliru dimanakah snd yang valid untuk para trader untuk meletakkan entry mereka. Sekiranya mereka memilih zon yang terlalu atas, maka mereka akan melalui fasa FOMO iaitu Fear of MIssing out iaitu PO tak trigger ataupun jika terlalu rapat dengan price semasa, mereka akan disebat SL. Lebih buruk, kedua-dua zon tersebut tidak valid dan melanggar semua zon yang ada.
Cara Penentuan SnD Yang Valid
Tajuk ini adalah merupakan satu teknik yang advance dan diharap anda mempunyai asas SnD sebelum mempelajari tajuk kali ini. Terdapat 3 jenis zon yang profitable dan 1 jenis zon yang perlu dielakkan iaitu.
Zon SnD Yang Valid dan Profitable.
- Fresh Zon : Zon yang tidak pernah di retest oleh harga sebelum ini dan kebarangkalian order yang besar ada dalam zon tersebut.
- Original Zon : Zon yang pernah diretest namun harga tidak mampu untuk menembusi zon tersebut lalu meninggalkan zon tersebut sebaik retest
- Swap Zon : Zon yang telah dipecahkan oleh satu pergerakan harga yang signifikan dan menukar role semasa kepada role baru (Supply kepada Demand) / (Demand kepada Supply).
Zon SnD yang tak valid dan Selalunya Rugi
- Reaction Zon : Zon yang terbentuk hasil daripada retest zone supply and demand.
Oleh itu, anda boleh fokus untuk mencari snd yang valid pada zon yang profitable sahaja. Elakkan memilih zon yang terjadi hasil daripada reaction iaitu reaction zone kerana zon tersebut mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk rugi.
Video Penerangan Zon Zon SnD
Kesimpulan
Memilih zon snd yang valid adalah salah satu kerja utama bagi para trader snd. Saya bakal mengeluarkan video penerangan berkaitan zon zon tersebut di channel Youtube saya, dan pada masa akan datang saya akan attachkan video tersebut didalam post ini. Secara personal, saya lebih memilih swap zone dan sebab itulah nama teknik yang saya rangka adalah forex zero SWAP. Sekian terima kasih kerana sudi membaca.