Teknik Engulfing Forex Berasaskan Candle

Bismillahirrahmanirrahim

Teknik Engulfing adalah sebuah teknik yang merujuk kepada formasi bentuk candlestick bearish engulfing ataupun bullish engulfing. Teknik engulfing ini cukup popular disebabkan penggunakan pattern ini dalam menentukan kawasan Supply and Demand. Teknik SnD pula cukup popular disebabkan entry yang mempunyai float yang cukup rendah. Jadi, adalah teknik engulfing candle ini adalah teknik yang mudah? Mari kita teruskan.

Istilah Engulfing Candle

Bullish or Bearish Engulfing adalah formasi yang terbentuk daripada dua batang candlestick yang mana candlestick pertama lebih kecil dari candlestick kedua dan candlestick kedua berjaya close pada harga yang lebih rendah atau lebih tinggi daripada harga close candlestick pertama. Bullish engulfing adalah pattern yang menunjukkan price dalam keadaan bullish manakala bearish engulfing adalah pattern yang menunjukkan price dalam keadaan bearish. Contoh gambar bullish dan bearish engulfing adalah seperti berikut :

Interpreting The Engulfing Candlestick Pattern Like A Skilled Price-Action  Trader | Ditto Trade
kredit dittoacademy

Apa Yang Terjadi Semasa Engulfing Berlaku

Bagi pengamal teknik trading engulfing, mereka harus tahu apakah yang berlaku disebalik pembentukan formasi candlestick tersebut. Formasi engulfing ini menceritakan bahawa terdapat pertukaran dominasi order yang mana buyer melebihi seller (bullish engulfing) dan seller melebihi buyer (bearish engulfing). Apabila ketidakseimbangan order tersebut berlaku maka order yang lebih dominan akan bergerak ke satu arah lalu memecahkan harga terendah atau tertinggi pada candle yang pertama.

Disebabkan ketidakseimbangan order tersebut, maka muncul formasi engulfing yang mana akhirnya digunakan oleh para trader sebagai teknik engulfing mereka.

Kaitan antara SnD dan Teknik Trading Engulfing

Bagi pengguna teknik SnD, mereka akan menggunakan formasi bearish atau bullish engulfing sebagai tempat entry mereka. Sekiranya terdapat pattern engulfing yang berlaku, maka pengamal teknik SnD akan menandakan hi dan lo candlestick pertama lalu membentuk zon untuk entry. Jika marking tersebut ditanda pada bullish engulfing, maka zon tersebut dipanggil sebagai demand manakala jika marking tersebut ada pada bearish engulfing maka ia dipanggil sebagai supply.

Kemudian, mereka akan meletakkan pending limit order dikawasan demand dan supply kerana mereka percaya kebarangkalian untuk price rebound adalah sangat tinggi dan mempunyai risk dan reward yang sangat baik. Mengapa price rebound? Mereka percaya apabila ketidakseimbangan berlaku, terdapat order besar yang masih tidak trigger dan price akan retrace mencari order tersebut dan meneruskan perjalanan trend semasa.

Ramai Belum Faham Konsep Marking Zone Supply Dan Demand - Forex & Anime
Contoh penandaan kawasan snd menggunakan bullish dan bearish engulfing

Teknik Engulfing Mudah atau Susah?

Melalui pengalaman saya, teknik engulfing sahaja untuk trading sebenarnya agak sukar. Walaupun anda menjumpai pattern engulfing, teknik ini juga tidak lari daripada false signal. Oleh itu, ianya haruslah dipadankan dengan mekanisme lain seperti penentuan trend, penentuan kawasan retracement dan sebagainya.

Banyak lagi yang perlu anda pelajari selain dari teknik engulfing sebagai contoh adalah swap zone, fresh zone, original zone dan juga reaction zone. Perkara ini ada saya terangkan didalam Channel Youtube saya dan anda boleh tonton ia seperti yang saya attachkan pada artikel ini.

Kesimpulan

Adalah berbaloi untuk anda belajat teknik engulfing candlestick ini kerana ia memberikan pulangan RR yang sangat baik, Bagi kefahaman yang lebih dalam, saya telah menyediakan sebuah video penerangan asas kepada teknik engulfing ini. Silakan menonton jika anda berminat.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →