Ulasan Teknik Forex Sebenar Khalid Hamid

Bismillahirrahmanirrahim

Di dalam dunia trading forex terdapat banyak teknik forex yang boleh dijumpai. Anda boleh menjumpai teknik forex yang percuma yang dikongsikan sama ada di website ataupun forum forum forex atau anda beli panduan forex berbayar. Antara panduan forex berbayar yang terkenal adalah teknik forex sebenar Khalid Hamid, yang mana beliau adalah penulis ebook yang dipanggil sebagai TFS. Jadi mari kita lihat apakah ulasan teknik forex sebenar dan adakah ianya berbaloi untuk dibeli.

Apakah Isi Kandungan Teknik Forex Sebenar?

Ebook TFS ini menceritakan tentang asas-asas kefahaman terhadap forex pada permulaan ebook. Oleh itu segala perkara yang anda perlu tahu pada peringkat awal telahpun diajar di dalam ebook tersebut. Contoh contoh asas kefahaman tersebut adalah jenis jenis trader, waktu dalam trading, pengenalan kepada platform MT4, istilah-istilah trading seperti pips, lot, buy limit sell limit dan sebagainya.

Kemudian, ebook teknik forex sebenar ini juga menerangkan tentang cara penggunaan asas tool tool trading seperti trendline, fibonacci yang mana akan digunakan di dalam trading. Daripada penggunaan asas tool trading tersebut, kefahaman tersebut diteruskan dengan pembelajaran asas analisa teknikal seperti trend dan support and resistance ataupun lebih dikenali sebagai SnR. Para pembaca juga turut didedahkan tentang corak corak candlestick pattern yang akan digunakan untuk melakukan trading kelak seperti Hammer, Pinbar, Bullish Engulfing dan Bearish Engulfing.

Diakhir ebook ini, anda akan diajar untuk menggunakan keseluruhan ilmu yang telah diajarkan sebelum ini. Ianya dinamakan sebagai confluence trading. Caranya cukup mudah iaitu, selepas menentukan trendline dengan cara menarik trendline, anda harus menandakan SnR yang telah diajarkan di dalam ebook teknik forex sebenar khalid hamid inil Kemudian setelah anda melukis SnR, anda harus menunggu kemunculan CRS yang selari dengan trend pada TF H4. Apabila CRS telah berlaku, maka anda akan melakukan entry dengan SL sekitar 50 pips dan TP sekitar 150 pips. Penerapan RR sebanyak 1:3 dipraktikkan di dalam teknik ini dalam menentukan kelangsungan anda dalam dunia trading forex ini.

Teknik Forex Sebenar Tipu?

Adakah ianya claim yang sebenar? Ianya bergantung kepada tahap kefahaman trader. Bagi seasoned trader yang telah lama dalam arena trading, apa yang dipaparkan dalam ebook ini adalah satu kefahaman yang cukup basic. Oleh itu, apabila mereka membeli ebook teknik forex sebenar, maka mereka terasa seperti tertipu kerana tiada perk perk yang menarik yang boleh diambil oleh mereka.

Khalid Hamid Menawarkan Money Back Guarantee Kepada Pembeli

Bagi pembeli yang tidak berpuas hati, mereka boleh memohon untuk mendapatkan semula duit mereka dan penulis akan membayar semula wang yang telah digunakan untuk membeli ebook TFS ini.

Ebook Teknik Forex Sebenar Di Pasaran

Anda boleh lihat banyak link download percuma yang berada di internet. Memandangkan Ebook TFS ini mempunyai banyak versi, mungkin anda akan dapat mencari ebook ebook TFS versi lama di internet dan boleh mendownloadnya secara percuma.

Kesimpulan Review Teknik Forex Sebenar.

Basic is Advance dan Basic is Powerful. Di dalam dunia trading, disiplin adalah penting. Itu sahaja kuncinya. Ebook ini secara amnya sangat sesuai kepada trader newbies manakala tidak sesuai untuk trader lama. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →