Bismillahirrahmanirrahim
Leverage antara salah satu komponen yang perlu difahami dan dititik beratkan oleh para trader newbie sebelum memulakan trade. Dengan meletakkan setting leverage yang betul, maka barulah sesuatu teknik yang dibangunkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jadi apakah leverage yang sesuai untuk newbie yang baru sahaja ingin belajar tentang forex?
Maksud Leverage
Leverage dalam erti kata lain adalah pinjaman. Namun uniknya di dalam forex trading ini, tiada pinjaman yang dilakukan. Ianya lebih kepada nisbah berbanding daripada pinjaman. Jadi, sekiranya anda mempunyai RM 100, maka anda boleh berdagang seperti orang yang memiliki RM 1000. Namun penggunaan leverage melebihi 1:1 membuatkan anda trade berdasarkan kekuatan margin sahaja.
Kadar Leverage yang Biasa Ditemui
Bagi para trader newbie, kadar leverage yang biasa ditawarkan oleh kebanyakan broker adalah seperti berikut :
- 1:50
- 1:100
- 1:200
- 1:400
- 1:500
Jadi, apakah perbezaan antara kadar leverage tersebut. Perbezaannya adalah kebolehan untuk membuka entry dalam satu masa. Sebagai contoh, jika anda menggunakan leverage 1:50, total lot yang anda boleh entry dalam satu masa hanyalah 0.10 lot. Jika jumlah total entry melebihi daripada nilai 0.10 lot maka platfrom mt4 akan mengeluarkan amaran not enough money. Ia secara tidak langsung akan membantu anda daripada melakukan overtrading.
Berbeza dengan yang menggunakan leverage 1:400, total lot yang dibenarkan adalah sebanyak 1.00 lot. Oleh itu secara tidak langsung anda boleh membuka lebih banyak entry dan mempunyai peluang untuk gain profit lebih besar dalam masa yang singkat.
Cadangan Leverage Trading Untuk Newbie
Saya menyarankan agar para trader newbies menggunakan leverage 1:100 ke bawah. Ianya merupakan kadar leverage kebanyakan trader swinger gunakan. Oleh itu, newbies boleh gunakan setting ini sebagai permulaan dan kebanyakan trader pro juga menggunakan leverage ini untuk mengawal emosi trading mereka.
Jika anda menggunakan leverage yang terlalu besar, dikhuatiri mereka yang tiada pengalaman akan membakar duit trading mereka secara tidak sengaja disebabkan tidak memahami teknikaliti trading itu sendiri. Oleh itu, jika anda rasa anda seorang newbies, dan ada trader trader lain yang menyarankan anda menggunakan leverage yang tinggi, saya nasihatkan agar anda tidak mengikuti nasihat tersebut.
Kesimpulan
Walaupun aspek pemilihan leverage tidak dipandang begitu berat oleh trader trader forex, namun percayalah ianya adalah satu mekanisme yang baik untuk mengawal emosi trading dengan mengehadkan kebolehan untuk trade dalam satu-satu masa. Jika anda melakukan revenge trading sekalipun, jumlah kerugian yang bakal dihadapi mungkin agak kecil berbanding mereka yang menggunakan leverage yang besar.
Di dalam sistem forex zero, saya hanya menggunakan leverage 1:100 kerana sebagai seorang swinger, tidak banyak entry yang perlu diambil serta sasaran profit untuk bulanan juga tidak terlalu tinggi iaitu sekitar 20% kebawah. Jika anda masih belum download ebook Forex Zero SWAP Full Version secara percuma, anda boleh klik pada notification banner berwarna kuning dibawah.