Apa Tugas Remisier Saham Terhadap Pelabur

Bismillahirrahmanirrahim

Remisier merupakan orang tengah antara para pelabur dan juga broker. Mereka ini ibarat agen dan sehingga hari ini terdapat hanya 2,000 remisier yang bertauliah di Malaysia. Pemilihan kriteria dan syarat yang ketat dikenakan oleh Undang-undang Malaysia secara tidak langsung menutup ruang secara terus kepada para scammer dan menjadikan remisier yang ada merupakan orang yang genuine. Jadi, apakah tugas remisier yang dilakukan oleh mereka setiap hari?

Tugas-Tugas Remisier

Tugas utama seorang remisier saham adalah memasukkan transaksi belian dan jualan saham. Itu sahaja. Pada zaman dahulu pelabur melakukan trade call dengan cara menghubungi remisier menggunakan telefon dan memberikan butiran belian terhadap sesuatu saham. Oleh sebab itu jika anda lihat movie berkaitan dengan stock trading seperti Too Big To Lose anda akan lihat trading floor mereka berselerak dengan kabel kabel telefon dan deringan yang tak putus-putus yang diterima oleh pihak broker. Jadi, pekerja-pekerja yang bekerja disitu semuanya adalah Remisier yang akan menguruskan jual beli saham mereka. Contoh adalah seperti berikut.

“Encik A, saya nak beli 100 lot saham ABC pada hari esok”

Pelabur XYZ

“Encik A, saya nak jual 50 lot saham ABC hari ini”

Pelabur XYZ

Jadi, merekalah yang bertanggungjawab untuk menguruskan jual beli tersebut. Dan sekiranya remisier tersebut mempunyai klien yang ramai, maka mereka akan menjadi sibuk dan tak menang tangan.

Tugas-tugas sampingan seorang remisier pula adalah memberikan khidmat nasihat terhadap potensi sesuatu kaunter. Namun, mereka hanya terhad memberikan cadangan potensi kaunter sahaja, bukannya buy call. Jika terdapat remisier yang dikesan memberikan cadangan buy call, lesen mereka akan ditarik dan tidak dapat memohon menjadi remisier semula oleh Bursa Saham Kuala Lumpur.

Mengapa ianya dilaksanakan? Ianya adalah untuk melindungi para pelabur daripada terdorong untuk melakukan sesuatu belian atau jualan kaunter berdasarkan rumours dan sekiranya rugi para pelabur akan menyalahkan remisier dan sekaligus memandang BSKL tidak serius dalam melindungi duit para pelabur saham.

Selain itu, remisier juga bertanggungjawab dalam memberikan khidmat nasihat teknikal kepada para pelabur. Sebagai contoh, online trading kini semakin mendapat perhatian dan akaun CDS boleh dibuka melalui remisier. Oleh itu, remisier akan membantu para pelabur untuk membuka akaun CDS dan mereka akan terangkan serba sedikit tentang cara penggunaan akaun CDS tersebut bagi memastikan klien mereka tahu untuk melakukan buy atau sell kaunter yang dikehendaki.

Kesimpulan

Tugas seorang remisier tidaklah mudah dan juga tidaklah susah. Remisier yang cekap akan melakukan kerja yang diamanahkan dengan cepat dan pantas. Sekiranya ada masalah antara broker dan juga para pelabur, mereka boleh merujuk remisier dan remisier akan cuba mendapatkan jawapan dari broker tersebut. Broker juga tidak boleh menganiaya sewenang wenangnya terhadap pelabur kerana mereka juga dipantau rapi oleh Bank Negara, BSKL dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →