Cara Mengenali Emas Palsu

Bismillahirrahmanirrahim

Jual beli emas sememangnya tidak akan lari daripada penipuan sama ada secara offline mahupun online. Terdapat banyak cara untuk orang menipu sama ada mengadakan program jual beli emas yang tidak wujud dan juga menjual emas palsu. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tips untuk mengenali emas palsu yang dijual oleh penipu diluar sana.

Definisi Emas Palsu

Emas palsu bermaksud emas yang dijual pada harga yang lebih mahal berbanding daripada ketulenan sebenar yang ditawarkan oleh peniaga. Ianya merupakan satu tindakan manipulatif penipuan peniaga emas terhadap pembeli emas. Sebagai contoh seorang peniaga menjual emas 916 pada harga emas berketulenan 995.

Tips Mengetahui Emas Palsu

Semasa anda ingin membeli emas, bawa sekali magnet kecil. Emas palsu mempunyai unsur logam bukan emas yang lebih banyak berbanding daripada emas. Oleh itu, sekiranya peniaga menyatakan bahawa barang kemas tersebut mempunyai kualiti emas 916, cuma dekatkan magnet kepada barang kemas tersebut. Sekiranya magnet melekat, maka peniaga tersebut cuba untuk menjual emas palsu kepada anda.

Kedua, lihat kepada label yang ada pada emas itu sendiri. Label itu boleh dijumpai pada bahagian cangkuk dan akan ditulis berdasarkan ketulenan iaitu 24k, 18k, 14k, 10k, EP dan GP. Sekiranya cangkuk tersebut mempunyai label EP atau GP, ia bermaksud barang emas tersebut adalah emas celup sahaja. Oleh itu apabila ada peniaga yang claim dia jual barang kemas pada kualiti yang lebih tinggi padahal sebenarnya ianya adalah emas celup, peniaga tersebut sedang menipu anda.

Ketiga anda boleh cuba gosok barang kemas tersebut pada seluar anda sehingga berasa panas. Kemudian cuba bau barang kemas tersebut. Emas tulen tidak akan mempunyai bau manakala emas palsu akan mempunyai bau besi. Sekiranya anda dapat mengesan bau besi, maka emas tersebut hanyalah emas palsu ataupun emas sadur sahaja.

Keempat sentiasa cek pada harga emas semasa. Jika perbezaan harga terlampau jauh dengan harga emas semasa, maka anda boleh menghidu penipuan emas palsu dengan lebih cepat. Percayalah semasa harga emas turun, peniaga tidak akan sekali kali menurunkan harga, manakala jika emas melambung naik, maka mereka akan berpusu pusu menaikkan harga. Oleh itu, jika harga yang dijualkan terlampau murah berbeza dengan harga semasa emas dunia, maka anda harus berhati2. Harga emas dunia boleh dilihat di website goldpricedotorg.

Kesimpulannya, anda harus berhati-hati dalam membezakan emas palsu emas tulen. Tips yang diberikan diatas merupakan cara praktikal untuk anda mengenali emas palsu di kedai emas. Ada banyak lagi ujian yang boleh anda lakukan namun ia tidak praktikal untuk akan lakukan di luar. Oleh itu saya berharap anda terhindar daripada menjadi mangsa penipuan emas palsu.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →