Tips Melabur Emas Untuk Para Newbies

Bismillahirrahmanirrahiim

Emas adalah instrument pelaburan tertua yang wujud di dunia. Ada sebab kenapa emas masih lagi kekal relevan dalam pelaburan. Antara sebab terkuat emas kekal relevan adalah Emas banyak disebut di dalam hadis hadis baginda Rasulullah SAW. Oleh itu, melabur di dalam emas adalah antara cara selamat untuk meraih keuntungan. Artikel kali ini akan mengulas tips melabur emas untuk newbies yang baru bermula untuk melabur.

Mengapa Emas Akan Terus Naik Harga

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kena tahu dahulu kenapa pada masa akan datang emas akan terus menaik pada jangka masa panjang. Kita akan dedahkan satu persatu supaya anda dapat lihat potensi mengapa emas mampu untuk melonjak harganya :

  1. Kuantiti Emas adalah terhad
  2. Emas digunakan sebagai rizab sandaran
  3. Emas digunakan dalam pelbagai kegunaan Industri
  4. Emas akan kekal sebagai perhiasan yang menarik

First, sebelum kita pergi kepada tips melabur emas untuk newbies, kuantiti emas adalah terhad. Disebabkan ianya terhad, maka harganya akan terus menaik disebabkan emas sentiasa diingini untuk pelbagai fungsi pembuatan. Disebabkan industri booming yang mencanak canak, maka keperluan emas untuk membangunkan pelbagai jentera amat diperlukan.

Kedua, emas digunakan sebagai rizab sandaran. Ianya digunakan oleh seluruh dunia yang mana emas adalah rizab utama yang disandarkan kepada matawang. Dengan sandaran inilah yang menyebabkan sesuatu matawang itu bernilai. Jika tiada sandaran kepada emas, maka sesuatu matawang kertas itu tidak lagi bernilai.

Ketiga, emas adalah bersifat multifungsi. Kegunaan dia terlampau banyak seperti dari segi teknologi. Memandangkan emas adalah logam yang bersifat konduktor elektrik terbaik, ia amat diperlukan untuk menghasilkan peralatan teknologi seperti telefon pintar dan juga komputer. Pengaliran elektrik yang baik melalui logam emas menyebabkan peralatan teknologi kini boleh digunakan secara efektik

Terakhir, emas akan sentiasa menjadi tarikan kepada para wanita. Walaupun adanya logam yang lebih mahal dan lebih cantik seperti ruby dan juga berlian, tetapi emas tetap menjadi pilihan. Tidak pernah lagi orang menjual berlian secara meluas melainkan dijual kepada orang yang betul2 kaya. Disebabkan emas boleh dimiliki oleh semua orang dari segi harga, maka ia akan sentiasa menjadi buruan pembelinya.

Tips Melabur Emas Untuk Newbies

Setelah anda ketahui kenapa emas akan terus menaik pada jangka masa panjang, kini saya akan dedahkan tips melabur emas yang baik, even anda yang baru pernah melabur pun boleh ikutinya.

  1. Beli Emas secara berkala
  2. Beli Emas coin atau bar, bukan barang kemas
  3. Pilih syarikat yang menawarkan spread yang rendah

Dalam bahasa yang mudah, “beli syiling emas setiap bulan melalui bank Kuwait Finance House”. Dari situ dah ada ketiga2 syarat yang saya gariskan.

Ok, kenapa tips melabur emas yang pertama adalah beli secara berkala? Harga emas sentiasa naik turun, selari dengan permintaan dan penawaran di peringkat global. Untuk mengelakkan anda daripada cramping brain untuk buat berbagai jenis analisis, just go easy dengan pembelian secara berkala atau dipanggil dalam bahasa canggih averaging. Dengan averaging, anda akan beli pada apa sahaja tingkat harga dan pada masa akan datang, anda akan meraih keuntungan dari segi jualan emas pada harga yang tinggi.

A Detailed Analysis of Dollar Cost Averaging | Wealth Academy™
Gambaran strategi averaging untuk pembelian emas

Kedua, kenapa nak melabur emas kena beli bar atau syiling, barang kemas tak boleh ke? Ia adalah berkaitan dengan susut nilai. Bagi susut nilai barang kemas boleh mencecah sehingga 30-35%. Walaupun harga melonjak naik, agak sukar untuk anda jual semula pada harga yang tinggi. Berbeza dengan dinar dan syiling, ketulenan adalah sangat tinggi dan hampir tiada susut nilai.

Terakhir, pilih syarikat yang menawarkan spread yang rendah. Setiap urusan jual beli akan dikenakan spread. Contoh harga emas semasa adalah RM 250, jika anda beli emas dengan kedai A, pihak kedai akan jual pada harga RM 255, dan jika anda jual semula emas kepada kedai A, mereka hanya beli pada harga RM 245. Spread adalah cara bagaiman kedai emas menjana keuntungan mereka.

Jadi, antara syarikat yang menawarkan spread yang rendah adalah Kuwait Finance House. Spread yang dikenakan hanyalah sebanyak RM 5 sahaja dan bagi saya ia adalah antara yang terendah dikenakan. Jadi jika anda ingin menjual emas anda, pastikan harga emas tersebut telah naik melebihi RM 10 barulah anda boleh menikmati keuntungan dari pelaburan emas.

KFH Malaysia appoints new senior leaders | The Edge Markets
Menawarkan pelaburan emas jenis bar dan coin dengan ketulenan 995

Kesimpulan

Tips melabur emas yang saya sampaikan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin membeli emas tapi tidak mahu melakukan analisa yang agak serius. Dengan disiplin yang berterusan, inshaa ALLAH anda akan mendapat keuntungan hasil daripada pelaburan emas ini. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Tips kenali saham Penipu

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →