Bismillahirrahmanirrahiim
Warrant merupakan satu instrument pelaburan selain saham yang memberikan hak kepada pemilik warrant untuk membeli sesuatu saham induk tersebut pada harga yang telah ditetapkan. Ianya cuma hak dan bukan kewajiban kepada pemegang untuk menukar warrant mereka kepada saham induk. Biasanya ia digemari oleh pelabur kerana mereka boleh membeli pada harga dibawah pasaran. Namun, pasti ada yang tertanya-tanya apakaha hukum trade warrant bukan? Artikel kali ini akan bantu anda untuk menjawab persoalan tersebut.
Mengapa Warrant Diminati
Warrant amat diminati oleh orang ramai kerana harganya cukup murah. Lagi-lagi ketika warrant itu dilancarkan. Biasanya kita akan dapat lihat warrant ini berharga dibawah RM 0.10, malah ada yang berharga setengah sen. Oleh sebab harganya sangat murah, apabila price melonjak, senang-senang sahaja pemegang warrant menikmati keuntungan beratus-ratus percent melalui capital gain.
Namun, trade warrant ini ada seninya kerana anda perlu melihat beberapa perkara penting seperti exercise price, gearing ratio, premium serta expired date. Jika warrant anda telah tamat tempoh dan anda tidak mahu untuk convert kepada saham induk, maka warrant anda akan burn dan semua duit anda akan burn begitu sahaja.
Mengapa Warrant Diisukan
Sebelum kita mengupas hukum trade warrant, mari kita lihat kenapa syarikat mengeluarkan warrant. Biasanya warrant dikeluarkan sebagai alternatif untuk syarikat yang telah tersenarai untuk mendapatkan modal tambahan melalui orang ramai. Bagi saya, warrant ini ibarat subsequent IPO yang mana digunakan oleh syarikat tersenarai untuk tambahan modal. Apabila warrant telah dieksesais, biasanya harga akan jatuh kerana pertambahan saham yang diapungkan di dalam kaunter tersebut.
Hukum Trade Warrant
Asal hukum adalah harus, namun jika ia menyalahi daripada sudut peraturan Syariah, maka ia boleh jatuh haram. Umumnya, terdapat dua jenis warrant yang perlu diketahui.
- Warrant : Dikeluarkan oleh syarikat itu sendiri dan kod yang biasa digunakan adalah WA,WB, WC dan seterusnya
- Structured Warrant : Dikeluarkan oleh institusi kewangan atau pihak ketiga. Selalunya kod yang digunakan adalah CA,CB, CC
Dibawah adalah cara paling senang untuk ketahui sama ada warrant tersebut halal atau haram untuk dibeli.
- Jika saham induk tidak patuh syariah, warrant secara tak langsung tak patuh syariah
- Jika saham induk patuh syariah, tetapi diisukan structured warrant, maka ia haram
- Jika saham induk patuh syariah, warrant diisukan oleh syarikat, maka ia harus.
Oleh itu, anda carilah warrant yang patuh syariah berdasarkan option ketiga itu. Mencari yang halal itu fardhu bagi umat islam.
Kesimpulan
Saya telah terangkan hukum trade warrant dengan bahasa yang cukup mudah. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai modal yang rendah, anda boleh engage untuk trade warrant dengan penuh yakin kerana sememangnya ia telah diperakui oleh badan-badan di Malaysia dan diberikan panduan pematuhan standard syariah yang ketat. Alhamdulillah
Sumber : iSaham, Mahersaham, Majalahlabur
Baca lagi : Tips Melabur Emas