Tips Kenali Kelas Saham Penipu

Bismillahirrahmanirrahiim

Dewasa ini, sejak PKP berlangsung sehingga kini kita dapat lihat penglibatan retail trader dari kalangan bumiputera naik secara mendadak dan mula menurun sedikit apabila arahan PKP ditarik semula. Secara tak langsung penganjuran kelas saham juga meningkat secara mendadak selari dengan permintaan yang meningkat untuk mengetahui cara buat duit dengan saham. Artikel kali ini akan memberikan serba sedikit tips kenali kelas saham menipu supaya anda boleh menyelamatkan wang anda daripada hangus begitu sahaja.

Memperbetulkan Pandangan Tentang Kelas Saham Penipu

Disini saya ingin mengutarakan sedikit pandangan tentang bagaimana trader melabel seorang sifu itu penipu. Sebelum itu kita kena sedar bahawa RISIKO BUKAN SCAM. Kebanyakan newbie trader melabel seseorang sifu itu penipu apabila trader tersebut tidak dapat menterjemah hasil yang sama seperti sifu-sifu tersebut.

Katakan, sifu tersebut menyatakan boleh buat untung 10% setiap bulan dari portfolio trading saham. Tetapi setelah menghadiri kelas sifu tersebut, trader tersebut tak mampu untuk buat untung, malah berada dalam keadaan rugi. Disebabkan itulah seorang sifu itu digelar sebagai scam kerana tak mampu deliver apa yang dijanjikan.

Masalah itu timbul apabila terjadinya mislead marketing. Marketing yang tidak beretika sering highlight the good side of story sahaja tanpa memberikan gambaran keseluruhan pasaran saham. Dengan erti kata lain, sifu tersebut menggunakan teknik marketing yang dinamakan sebagai Selling the Dream sahaja. Dengan kiraan mudah 10% sebulan, seseorang trader yang tamak mampu membuat kira kira bahawa keuntungan sebanyak 120% boleh dijana pada akhir tahun.

Jadi, apabila seserang sifu tak mampu deliver return seperti yang dijanjikan, adakah ianya penipu? Jawapannya mungkin ya dan mungkin juga tidak. Salah pada sifu adalah tidak menerangkan risiko dalam pasaran dan itu adalah sebab yang paling ketara.

Senarai Semak Elak Kelas Saham Penipu

Jika ada seseorang ingin mengajak anda untuk sertai kelas pelaburan saham mereka, mungkin ini adalah senarai semak yang anda boleh ikuti

  1. Pastikan sifu tersebut mempunyai kelulusan serta kelayakan sewajarnya. Ada sahaja retail trader yang hebat tanpa ada kelulusan yang berkaitan, tetapi untuk memberikan satu kefahaman teknik yang betul, memilih sifu yang berkelulusan adalah satu tindakan yang wajar
  2. Pastikan sifu tersebut membeli saham dengan broker yang berlesen. Ada juga sifu yang menggunakan platform yang tidak sah di Malaysia dan sekiranya ada, pastikan anda jauhi mereka.
  3. Sifu tersebut jelas dalam menerangkan skim skim kelas mereka sama ada basic dan advance. Jadi anda boleh buat timbang tara untuk memilih pakej yang mana.
  4. Sifu tersebut haruslah mempunyai daftar syarikat untuk menjalankan kelas dan seluruh bayaran yuran dimasukkan ke dalam akaun syarikat.
  5. Sifu tersebut menerangkan risiko yang ada dalam pelaburan.

Kesimpulan

Bagi saya, sesebuah kelas saham dianggap penipu apabila organizer tak deliver apa yang sepatutnya. Contohnya, bayaran untuk kelas fizikal tetapi dibuat secara online. Secara logiknya, jika kelas diadakan secara online, maka yurannya sepatutnya lebih murah kerana tiada kos overhead seperti dewan latihan dan sebagainya. Semoga tips ini dapat bantu anda untuk elak kelas saham penipu. Inshaa ALLAH.

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Modal untuk Intraday

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →