Berapa Modal Untuk Intraday Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahiim

Intraday merupakan satu kaedah trading saham yang dilakukan dalam satu hari. Ia bermakna pembelian dan penjualan sesuatu saham harus dilaksanakan dalam hari yang sama. Namun, tahukah anda berapa modal untuk intraday dalam saham? Ramai yang kata perlukan modal yang besar. Adakah ianya benar? Jom kita baca artikel kali ini untuk menjawab persoalan ini.

Modal Untuk Intraday

Kita straight to the point, modal untuk intraday boleh bermula dengan serendah hanya RM 1,000 sahaja. Asalkan harga saham tersebut dibawah RM 1,000 maka anda layak untuk melakukan intraday. Amnya, lot yang sesuai untuk dibeli adalah sebanyak 10,000 unit ataupun bersamaan dengan 100 lot. Jadi, harga maksimum sesuatu kaunter yang boleh anda beli hanyalah RM 0.10 sahaja.

Kenapa saya meletakkan pembelian minimum adalah 100 lot? Ianya adalah untuk memastikan pergerakan satu bid mampu untuk cover kos yang terdapat dalam jual beli saham. Contohnya kos untuk beli dan jual saham sesuatu kaunter adalah sebanyak RM 30, manakalah pergerakan satu bid bagi 100 lot adalah sebanyak RM 50, oleh itu, walaupun bergerak baru satu bid, anda sudah boleh untuk exit dalam keadaan untung kasar sebanyak RM 20.

Biasanya, mereka yang mempunyai modal untuk intraday yang agak kecil seperti ini pemilihan warrant sebagai alternatif adalah sangat dialu alukan. Selalunya warrant mempunyai harga yang sangat murah berbanding mothersharenya sendiri. Contohnya, mother share adalah berharga RM 0.20 tetapi warrant hanya bernilai RM 0.05 sahaja. Walaupun murah, pergerakan warrant hampir menyamai dengan pergerakan mothershare, malah kadang-kadang lebih laju berbanding saham induknya sendiri.

Apa itu warrant? Ada beza tak warrant WA , WB , WC dan CA ?
Contoh warrant dalam bursa. Kredit Mahersaham

Bagi Muslim, adalah menjadi kewajiban anda untuk membeli warrant yang patuh syariah sahaja. Warrant patuh syariah biasanya ada kod WA, WB dan seterusnya. Paling senang nak kenal warrant tersebut patuh syariah adalah dia bermula dengan pangkal W, contohnya PNEPCB – WA. Jadi kita dah tau warrant ini adalah patuh syariah.

Selain itu, mereka yang mempunyai modal yang besar akan mendapat lebih advantage dari segi jumlah entry yang boleh dilakukan serta range pemilihan kaunter yang boleh diletakkan dalam watchlist. Malah mereka yang mempunyai modal yang besar boleh mempelbagaikan strategi kerana ia tidak terikat untuk jual terus dalam hari tersebut, mungkin boleh menunggu untuk beberapa hari kerana ada masanya market berada dalam keadaan yang stagnant.

Timeframe Intraday

Disamping kita mengetahui modal untuk intraday, kita juga harus tahu apakah timeframe yang baik untuk melaksanakan intraday. Bagi saya, TF yang terbaik adalah M5 sebagai timeframe arah manakala TF M1 sebagai timeframe entri. Walaupun di dalam bursa candlestick tidak cantik, namun, bila anda sudah lama trade secara intraday, anda akan biasa dengan bentuk bentuk candlestick tersebut.

Candlestick pattern agak tidak sesuai untuk trade intraday di bursa kerana bentuknya yang hampir tidak boleh dikenalpasti. Oleh itu, anda harus menguasai ilmu Market Depth yang mana ia memberikan maklumat dimana Immediate Support dan Immediate Resistance yang boleh dikenalpasti hanya melalui Market Depth. Market Depth biasanya diberikan 3 Level secara percuma, dan paling jauh MD yang diberikan adalah 20 level.

Kesimpulan

Saya telahpun menjawab persoalan modal untuk intraday dalam saham. Kuncinya semakin besar modal maka semakin banyak entry yang boleh anda buat dan semakin tinggi risiko yang dihadapi. Secara peribadi saya sarankan untuk bermula dengan modal RM 3,000 dan ianya amat mudah untuk dikumpulkan. Jika anda sanggup ketepikan sebnayak RM 250 sebulan, dalam setahun anda boleh mendapat RM 3,000. Dalam masa untuk mengumpul modal, anda boleh mempersiapkan emosi, ilmu serta paper trading sebelum menggunakan modal sebenar.

Semua ilmu dari ALLAH SWT. Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Strategi Trading Saat Sideway

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →