Strategi Trading Saat Sideway

Bismillahirrahmanirrahiiim

Sideway adalah antara keadaan yang paling dibenci oleh para trader. Lagi-lagi apabila ia membentuk triangle pattern. Namun, kita harus menerima hakikat bahawa 70% waktu dalam pasaran adalah sideway dan 30% adalah trending. Artikel kali ini akan menunjukkan tentang strategi trading saat sideway. Dengan cara ini ia akan bantu anda semua untuk mendapatkan idea bagaimana untuk menghadapi keadaan ini.

Apa itu Sideway

Sideway adalah keadaan yang mana harga bergerak dalam satu range yang besar dan ianya amat mengelirukan trader yang cuba untuk spot trending. Sebab di dalam sideway terdapat mini trend yang berlaku di dalam lower timeframe. Oleh itu ia banyak menimbulkan keraguan kepada mereka sama ada untuk trade mengikut arah trend yang mereka kesan di LTF ataupun trade melawan arah di timeframe yang lebih besar.

Strategi Trading Saat Sideway

Terdapat beberapa langkah yang harus kita pertimbangkan untuk trade ketika sideway. Saya senaraikan dahulu langkahnya kemudian saya akan terangkan satu per satu bagaimana untuk trade ketika sideway.

  1. Pilih satu timeframe yang anda selesa, contohnya H4 ataupun D1
  2. Tentukan arah trend dahulu, sama ada uptrend atau downtrend, boleh guna Moving Average 200
  3. Gunakan Higher High Lower Low Indicator, jika terjadi banyaknya HL atau LL yang wujud dalam satu garisan, kita boleh consider ia sebagai significant Support dan Resistance
  4. Ambil position yang selari dengan trend lebih selamat berbanding melawan arah trend besar.

Untuk timeframe sebenarnya terpulang kepada anda yang mana anda lebih selesa. Jika anda memang trade pada Lower Time Frame, boleh sahaja anda gunakan untuk detect sideway. Tetapi anda harus ingat rules ini, semakin rendah time frame, semakin banyak signal yang tidak berkualiti dan semakin tinggi timeframe semakin sedikit signal yang tidak berkualiti.

Walaupun sideway tidak memerlukan arah, tetapi cara yang paling baik adalah untuk kita tentukan trend pasaran dahulu. Sememangnya kita tak tau apa yang akan berlaku selepas sideway kerana ia boleh break dikedua dua arah, namun, jika ia baru sahaja membentuk trend kemudian sideway, kemungkinan besar sideway tersebut merupakan accumulation process sebelum next markup berlaku.

Ya, pasti sukar untuk anda tentukan dimana Signifikan support and resistance. Jadi saya cadangkan untuk gunakan indikator Higher High dan Lower Low. Dengan indikator ini ia akan menunjukkan swing hi dan lo sebelum nya. Jika HH atau LL berkumpul di dalam satu garis harga, jadi kita boleh andaikan itulah kawasan Support dan Resistancte.

Strategi trading saat sideway yang paling selamat adalah entri anda selari dengan trend semasa. Jika trend semasa adalah Uptrend, maka anda akan fokus untuk Buy sahaja. Tunggu sahaja price mencecah Support kemudian cuba untuk Buy dan anda boleh meletakkan area Target Profit di sekitar Resistance. Kemudian tunggu semula harga jatuh semula dan ulang sehingga price betul2 memecahkan area sideway.

Kesimpulan

Strategi trading saat sideway hanyalah idea untuk anda mendapatkan keuntungan ketika market tidak bereaksi dengan volume yang kecil. Setidaknya anda mempunyai trading plan dan tahu bagaimana untuk trade ketika sideway berlaku. Diharap artikel ini dapat menunjukkan kepada anda kebesaran ALLAH SWT di dalam dunia pelaburan. Alhamdulillah.

Sumber : Pengalaman dan Ilmu Dari ALLAH

Baca Lagi : 5 Risiko Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →