Bismillahirrahmanirrahiim
Setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri. Setiap pelabur juga dibayar berdasarkan berapa tinggi risiko yang sanggup dihadapi. Unit trust juga tidak terkecuali daripada menghadapi sebarang risiko. Kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua lima risiko unit trust yang mungkin anda harus beri perhatian sebelum memulakan pelaburan dalam unit trust.
Apa itu Risiko
Risiko adalah satu keadaan yang mana akan memberikan kerugian kepada seseorang. Ia wujud dalam mana-mana situasi. Jika anda menunggang motorsikal, risiko anda untuk mengalami kemalangan yang lebih teruk adalah tinggi berbanding dengan pemandu kereta. Sama sahaja dengan pelaburan, jika anda melabur dalam saham secara terus adalah lebih berisiko berbanding dengan melabur dalam unit amanah.
Lima Bentuk Risiko Unit Trust
Sebenarnya ada banyak risiko yang ada dalam pelaburan unit trust. Tetapi dengan memahami 5 risiko ini sudah cukup untuk anda ketahui bahawa adanya downside dalam pelaburan anda. Walaupun berisiko, ianya boleh diuruskan dengan cekap dan meningkatkan kadar keuntungan yang lebih tinggi, hingga mampu untuk menutupi kadar risiko tersebut.
- Risiko Pasaran
- Risiko Matawang
- Risiko Patuh Syariah
- Risiko Kredit
- Risiko Geopolitik
Risiko pasaran adalah keadaan turun naik harga atau nilai pelaburan anda. Memandangkan adanya unit amanah harga berubah, maka deposit pada hari ini akan berubah pada keesokan harinya, sama ada menaik ataupun menurun. Oleh itu, anda harus mempersiapkan mental bahawa saat bermulanya anda memulakan pelaburan, ianya tidak akan sama nilainya dengan amaun deposit anda, sama ada ianya bertambah mahupun berkurangan.
Risiko matawang bermaksud perbezaan kadar pertukaran wang asing. Ianya boleh menjadi serampang dua mata yang mana ia boleh memberikan kelebihan dan juga kelemahan. Risiko ini banyak berlaku kepada pelaburan yang memberikan pendedahan pada pasaran luar seperti pasaran saham global. Contohnya, rate USD 1 adalah bersamaan dengan RM 4.4. Tetapi selepas beberapa bulan rate telah berubah menjadi RM 4.5. Dengan peningkatan rate ini secara tak langsung ia telah menaikkan kos untuk membeli lebih banyak saham pasaran luar.
Risiko Patuh Syariah pula amat terkesan kepada unit trust yang mempunyai surat ikatan untuk melabur dalam pasaran ekuiti atau modal Islam. Apabila saham tersebut tiba tiba disenaraikan sebagai tidak patuh syariah, maka fund manager haruslah menjual semula kaunter tersebut. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan yang mana mereka boleh hold kaunter tersebut sehingga mendapat modal asal semula.
Seterusnya adalah Risiko Kredit. Risiko ini banyak berlaku dalam pelaburan berasaskan debentur seperti sukuk dan bon. Setiap peminjam mempunyai kredit masing masing seperti kita mempunyai rekod kredit CCRIS dan CTOS. Apabila peminjam tiba tiba tidak mampu membayar kadar keuntungan yang dijanjikan, ianya akan memberikan kerugian kepada para pemberi pinjam.
Terakhir adalah risiko geopolitik. Setiap ekonomi dalam negara dipacu oleh polisi kerajaan. Jika polisi kerajaan tidak mesra dengan pelabur, ia secara tidak langsung akan merencatkan kadar pertumbuhan pelauran anda dalam pelaburan unit amanah. Namun, kestabilan geopolitik ini jarang berlaku dan sekiranya berlaku, fund manager akan menggunakan approach yang diperlukan untuk meminimakan impak risiko kerugian.
Kesimpulan
Saya telah terangkan sebahagian daripada risiko unit amanah. Jika anda melihat di dalam prospektus terdapat senarai panjang yang menerangkan hanya tentang risiko sahaja. Namun, setiap keuntungan yang anda perolehi adalah disebabkan kesanggupan anda untuk menghadapi risiko tersebut dan ianya boleh diurus. Diharap artikel kali ini dapat membantu anda melihat kebesaran ALLAH SWT dalam ilmu pelaburan. Inshaa ALLAH. Alhamdulillah.
Sumber : Prospektus Unit Amanah
Baca lagi : Cara Melabur Saham Modal Kecil