Tiga Keburukan Pelaburan Emas Perhiasan

Bismillahirrahmanirrahim

Pelaburan emas sudah menjadi sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Ianya satu tanda aras positif yang mana rakyat Malaysia sudah celik untuk melabur untuk menggandakan pendapatan mereka. Namun, antara kesilapan mereka adalah melakukan pelaburan emas perhiasan ataupun barang kemas. Artikel kali ini akan mengupas keburukan pelaburan menggunakan barang kemas.

Susut Nilai Yang Tinggi

Kebiasaannya, barang kemas ataupun emas perhiasan mempunyai susut nilai yang sangat tinggi. Anda akan lihat susut nilai harga barang kemas tersebut akan jatuh sehingga 25%. Peratusan susut nilai pula ditentukan oleh kedai emas itu sendiri dan ianya berbeza-beza. Susut nilai mungkin berbeza sekiranya anda ingin melakukan trade-in kerana susut nilai trade in mungkin lebih rendah berbanding jika anda inginkan cash. Namun, tanda aras pelaburan emas adalah susut nilai tidak boleh melebihi daripada 10% daripada harga emas. Oleh itu pelaburan emas perhiasan adalah tidak digalakkan.

Harga Yang Lebih Mahal

Harga emas perhiasan yang dijual oleh Kedai Emas biasanya tinggi dan tidak mengikuti harga emas spot dunia. Sebagai contoh jika harga emas spot dunia adalah RM 200 per gram, namun di Kedai Emas, mereka boleh jual pada harga RM 230 per gram. Malah, harga emas perhiasan menjadi mahal disebabkan oleh faktor upah yang berbeza-beza. Untuk kedai emas menurunkan harga emas mereka walaupun harga emas turun adalah amat sukar disebabkan mereka terpaksa memikirkan kos operasi perniagaan serta kerugian yang bakal dihadapi sekiranya mereka menurunkan harga emas yang mereka jual.

Ketulenan Emas Yang Rendah

Sekiranya anda membeli barang kemas dengan ketulenan dibawah 916, maka barang perhiasan tersebut akan mengalami susut nilai yang terlalu tinggi sehingga 50% disebabkan jumlah emas yang sedikit didalam perhiasan tersebut. Sebagai contoh, barang kemas yang menggunakan ketulenan 750 hanya mempunyai 75% sahaja emas dan selainnya mempunyai campuran logam yang lain. Malah, ada kedai emas yang tidak mahu membeli semula emas putih ini.

Jadi, adakah pelaburan emas perhiasan adalah satu pelaburan yang berbaloi? Jawapannya tidak. Namun, mengapakah masih ada orang yang ingin membeli barang kemas emas perhiasan seterusnya sebagai pelaburan?

Antara sebab mereka membeli barang kemas emas perhiasan adalah :

  1. Ianya lumrah wanita untuk membeli barang kemas dan dipakai untuk kelihatan cantik
  2. Hanya bertindak sebagai instrumen kalis inflasi
  3. Boleh dipajakkan sekiranya ingin menggunakan wang dalam keadaan terdesak, manakala bagi emas jongkong atau coin agak sedikit syarikat pajakan ingin terima disebabkan tidak boleh membuka seal plastik yang ada pada emas pelaburan.
  4. Hanya untung apabila perbezaan harga emas yang amat ketara yang memakan masa sehingga 5 tahun keatas

Kesimpulannya, ianya bergantung kepada keperluan para pelabur itu sendiri. Jika pelabur emas tersebut memang ingin membeli emas untuk dipakai sekaligus sebagai pelaburan, tidak salah untuk membeli barang kemas sebagai pelaburan. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →