Senarai Pair Forex Paling Aktif

Bismillahirrahmanirrahim

Matawang-matawang dalam forex didagangkan dalam bentuk berpasangan yang dipanggil sebagai pair. Sebagai contoh pair EUR/USD adalah matawang EUR yang disandarkan kepada matawang USD dan vice versa. Namun, pasti ada yang tertanya tanya pair forex apakah yang paling aktif dan boleh dipilih oleh trader sebagai pair pilihan.

Karakteristik Pair Forex Paling Aktif

Secara amnya, pair forex paling aktif dinilai berdasarkan jumlah dagangannya. Semakin tinggi jumlah dagangan, semakin aktif pair tersebut. Pair yang aktif menunjukkan interaksi dagangan jual beli yang tinggi seterusnya memberi gambaran pair tersebut mempunyai tahap kecairan yang tinggi dan spread yang rendah. Berikut adalah senarai pair forex paling aktif berdasarkan jumlah dagangan:

  1. EUR/USD
  2. USD/JPY
  3. GBP/USD
  4. AUD/USD
  5. USD/CAD
  6. USD/CNY
  7. USD/CHF
  8. EUR/GBP
  9. USD/MXN
  10. USD/SGD

Untuk menambahkan lagi impak kekuatan pair yang aktif ini, anda haruslah trade pada waktu aktif matawang tersebut. Sebagai contoh, pair yang bersandarkan pada EUR mempunyai jumlah dagangan yang tinggi sewaktu London Open dan New York Open.

Mesti anda berasa pelik kenapa USD/MXN dan USD/SGD mula menjadi pilihan para trader. Untuk makluman, perkembangan ekonomi yang pesat dalam industri gas di Mexico telah merancakkan lagi tukarang matawang asing negara tersebut. Manakala untuk Singapore pula, negara tersebut mula menunjukkan kepentingan dagangan antarabangsa sebagai hub kewangan Asia, sebaris dengan Hong Kong dan juga Tokyo.

Susunan pair paling aktif ini tidaklah bersifat kekal dan ranking tersebut boleh berubah-ubah berdasarkan keadaan semasa. Senarai diatas juga boleh dijadikan sebagai rujukan kasar untuk para trader melakukan perancangan pemilihan pair yang menjadi pilihan mereka.

Apakah Pair Yang Paling Selamat Untuk Trade

Menurut pendapat saya, pair forex yang paling selamat untuk trade adalah pair EUR/USD. Pemilihan pair ini adalah berdasarkan kepada jumlah dagangan yang tinggi menyebabkan pair ini secara tidak langsung mempunyai spread yang rendah. Malah, pair ini jarang mempunyai gerakan-gerakan abnormal seperti spike dan whipsaw. Pergerakan harian yang sederhana juga memberikan nilai risiko yang rendah kepada para trader sewaktu meletakkan SL.

Di dalam ebook Forex Zero SWAP, saya ada menerangkan teknik anti-domino yang mana ianya adalah teknik pemilihan pair forex yang tidak terkait antara satu sama lain.

Kesimpulannya, memilih pair forex untuk trading merupakan salah satu kewajiban trader. Pair yang baik juga mampu mempengaruhi keputusan akhir trading anda sama ada berjaya untuk close dengan keadaan profit setiap bulan ataupun tidak. Faktor volatility, spread dan juga kecairan pair tersebut adalah antara faktor yang perlu dititik beratkan. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →