Apa Itu Swap Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Sering anda terdengar sekiranya anda seorang Muslim dan ingin membuka sebuah akaun trading, anda haruslah memilih akaun swap free. Adakah anda tertanya-tanya apa itu swap dalam forex serta bagaimana ianya berlaku dan bekerja? Artikel kali ini akan mengupas tentang perkara tersebut dengan bahasa yang cukup mudah.

Maksud Swap Dalam Forex

Swap bermaksud kadar faedah yang dikenakan sama ada anda membayar atau anda dibayar terhadap entry yang melebihi satu malam. Terdapat dua jenis Swap yang dimaksudkan iaitu Swap Long (bagi yang mempunyai entry Buy) dan Swap Short (bagi yang mempunyai entry Sell).

Bagaimana Swap Dalam Forex Terjadi

Apabila anda buy atau sell sesebuah pair, sebenarnya anda melakukan pinjaman diantara satu sama lain. Sebagai contoh USD/JPY. Disebabkan pinjaman yang dilakukan antara dua matawang ini, maka kadar faedah juga dikenakan oleh kedua-dua matawang tersebut apabila pinjaman tersebut melebihi satu malam. Anda akan lihat terdapat dua keadaan iaitu Swap Positif dan Swap Negatif. Sekiranya swap positif terjadi, maka anda akan mendapat tambahan bayaran dan jumlah modal anda akan bertambah berdasarkan kadar faedah. Jika Swap Negatif anda harus membayar kadar faedah tersebut dan jumlah modal di dalam akaun anda akan ditolak berdasarkan kadar faedah yang dikenakan.

Untuk kefahaman yang lebih mudah, seseorang trader akan buy kemudian sell currency tersebut pada hari yang sama. Balance daripada perbezaan tersebut itulah dipanggil carry, kerana amaun tersebut sama ada lebihan ataupun kekurangan akan dibawa pada hari berikutnya. Sebagai contoh, Ahmad buy EUR dengan duit USD pada setiap pagi dengan tukaran EUR 1 : USD 4 kemudian dia jual semula pada malam hari dengan kadar tukaran semasa EUR 1 : USD 3. Jadi, perbezaan rate tersebut disebut carry dan dibawa ke hari berikutnya. Oleh itu, pada hari tersebut Ahmad telah mengalami Swap Negative

Kenapa Swap Dilakukan

Tujuan utama swap dilakukan adalah untuk melindungi daripada risiko ketidaktentuan rate fx bagi syarikat yang menjalankan perdagangan antarabangsa. Umum kita mengetahui bahawa ketidaktentuan tersebut boleh mengakibatkan sama ada kerugian ataupun keuntungan yang besar kepada sesebuah syarikat.

Namun, syarikat-syarikat ini tidak berminat dengan keuntungan dari kadar tukaran tersebut dan lebih memilih jalan selamat dengan melakukan swap ataupun hedging iaitu beli dan jual matawang tersebut pada masa yang sama.

Hukum Melakukan Swap bagi trader Muslim

Bagi trader muslim, anda perlu tahu bahawa memilih akaun yang mempunyai swap adalah haram. Kebanyakan broker telahpun menyediakan swap free akaun dan anda boleh terus memilih akaun tersebut dan mulakan trading tanpa perlu ragu-ragu.

Di dalam disiplin teknik Forexzero, saya melarang trader trader saya untuk menggunakan akaun swap kerana pertamanya ianya haram dan keduanya ianya agak berisiko kepada trader baru.

Kesimpulannya swap dalam forex merupakan serampang dua mata yang agak berbahaya kepada trader-trader baru. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →