Apa Maksud Limit Up Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Limit Up dan Limit Down merupakan antara perkara-perkara biasa yang berlaku ketika membeli dan menjual saham. Mekanisme ini diperkenalkan oleh Bursa Saham Malaysia Kuala Lumpur bagi meningkatkan lagi kualiti serta keselamatan dagangan di dalam pasaran saham Malaysia. Bagi trader baru, anda harus tahu apa maksud limit up dan limit down dalam saham

Maksud Limit Up dan Limit Down

Limit Up adalah kenaikan tertinggi yang dibenarkan oleh BSKL dalam masa sehari manakala Limit Down pula adalah penurunan terendah yang dibenarkan oleh BSKL dalam masa sehari. Untuk mengetahui pengiraan Limit Up dan Limit Down boleh rujuk pada jadual dibawah.

Sumber : www.isaham.my

Harga rujukan bermaksud harga terakhir ditutup pada hari semalam.

Contoh Pengaplikasian Limit Up and Limit Down Bursa Malaysia

Contoh Limit Up

Saham syarikat ABC telah mendapat permintaan yang tinggi oleh para pelabur disebabkan laporan prestasi suku pertama yang cemerlang. Pada ketika itu harga saham seunit adalah RM 2. Disebabkan permintaan yang tinggi, harga saham telah melambung sehingga mengenai Limit Up yang digariskan oleh BSKL iaitu 30% daripada harga semalam (RM 2.60). Harga tidak akan naik lagi walaupun permintaan terus meningkat pada hari tersebut.

Contoh Limit Down

Syarikat XYZ telah melaporkan salah laku presiden syarikat dalam menguruskan dana syarikat. Berita tersebut telah mencetuskan panic selling saham XYZ dan menyebabkan harga semasa saham mereka dari RM 2 telah turun sehingga RM 1.40. Walaupun pelabur terus menjual saham XYZ mereka, harga saham tersebut tidak akan jatuh kerana harga tersebut telah mencapai Limit Down iaitu 30% daripada harga semalam.

Mengapa Limit Up dan Limit Down diperkenalkan

Sebab-sebab utama BSKL memperkenalkan mekanisme ini adalah :

  1. Melindungi para pelabur daripada mengalami kerugian secara total dalam masa satu hari. Oleh itu, jika harga saham tersebut jatuh teruk dalam masa satu hari, ia memberi masa kepada para pelabur untuk melepaskan pegangan saham tersebut.
  2. Untuk mencegah aktiviti spekulasi melampau yang menolak harga sesebuah saham menjadi terlalu tinggi dengan kaedah pump and dump.

Apa Yang Terjadi Apabila Harga Saham Mencecah Limit Up dan Limit Down

Apabila harga saham telah mencapai limit, para pelabur tidak lagi boleh membeli/jual pada harga yang lebih tinggi atau lebih rendah. Sekiranya anda cuba juga untuk beli pada harga diluar limit tersebut, order anda akan ditolak oleh sistem. Limit harga juga akan turut berubah berdasarkan harga terbaru semalam namun tariff limit kekal seperti dijadual yang telah dipaparkan.

Kesimpulannya, selain telah memahami maksud apa itu limit up dan limit down saham, kita seharusnya bersyukur dengan mekanisme yang diperkenalkan oleh BSKL ini, mampu melindungi kebajikan para pelabur daripada terus dimanipulasi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

Avatar

About Iqbal Aman

Seorang trader forex dan penulis ebuku Forex Zero SWAP. Berpengalaman hampir 5 tahun dan telah mengkaji serta menguji berbagai-bagai teknik forex sebelum menghasilkan teknik SWAP

View all posts by Iqbal Aman →