Bismillahirrahmanirrahim
Cut loss merupakan satu aktiviti penjualan saham dalam keadaan rugi. Tindakan ini biasanya diambil apabila secara teknikalnya, saham tersebut telah breach kriteria yang ditentukan oleh seseorang pelabur mahupun trader, Hari ini aku akan terangkan tentang cara terbaik untuk kita cut loss dalam saham.
Cut Loss Dalam Saham Serta Masalahnya
Bagi mereka yang dah lama dalam trading, semua dah ambil maklum bahawa Cut loss ini mampu memberi advantages kepada mereka dengan cara meminimumkan kerugian semasa dan menggunakan modal yang sedia ada untuk mencari kaunter yang lebih berpotensi dalam memberikan profit yang lebih baik untuk cover balik loss kita pada kaunter sebelum ini.
Tapi, diorang selalunya menghadapi masalah yang dipanggil sebagai pre mature SL. Pre mature SL ni bermaksud price dah langgar kawasan SL yang telah korang tandakan, sama ada pure break ataupun sekadar retest menggunakan shadow, but as long as dah kena price trigger tu, terus korang akan cut loss. Ok bila ada tindakan tu dah cantik, tapi buat yang menjadi jaki adalah lepas cut loss, price terus terbang sambil tak pandang belakang.
Apabila trader hadapi perkara ini, mereka akan mula FOMO, trading plan semua hancur sebab dah lempar ke mana pun tak tau dah. RR semua dah lari kiraan dan mula masuk secara emosi. Aku pernah je sembang dengan trader yang tak pakal SL ni, antara keluhannya adalah
Kalau boleh, aku nak bila CL tu price terus jatuh junam, baru lah aku puas hati, tapi bila CL je price pacak tu aku was was nak pakai CL
Ya tuan tuan, itu lah masalah semasa dan masalah paling umum kenapa kita susah nak tentukan level cut loss dalam saham ini. Dan kadang kadang sering terkena masalah sebegini menyebabkan psikologi trading kita akan kacau bilau dan menyebabkan semua yang kita set kita sendiri tak berdisiplin untuk ikut. Korang kena ingat, antara sebab seorang trader itu berjaya adalah disiplin beliau dalam teknik trading dia sendiri.
Punca Utama Masalah Cut Loss dalam Saham
Aku juga menghadapi masalah yang sama masa nak tentukan CL ni. Jadi, kita tengok bagaimana cara yang paling common kita tengok orang pakai dalam menentukan cut loss ni.
- Berdasarkan candlestick Formation
- Berdasarkan kedudukan Support
- Berdasarkan Swing Hi Lo
Tiga konsep ini adalah pilihan paling basic dan semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, cara yang paling popular adalah cara nombor satu sebab candlestick formation ni very straight forward bentuknya dan mempunyai RR yang cantik kalau kita nak execute entry order dalam kaunter tersebut. Contoh lah, kalau guna candlestick formation, hanya perlu 3 bid sahaja untuk sampai low candle, tetapi jika guna kaedah area Support atau Swing Lo, mungkin 5 ke 6 bid diperlukan pada kiraan Money Management yang sama.
Disebabkan ia menggunakan candlestick formation lah menjadi punca utama selalu terjumpa premature SL masa trade ni. Price junam, telan SL dulu kemudian terus terbang sambil bye bye kat muka kau yang baru telan CL beberapa jam sebelum tu. Korang kena tau, candlestick is full of noise tapi still dipilih sebab ia ada signal entry dan area SL yang boleh di plot menggunakan OHLC candlestick formation tersebut. Tak percaya boleh tengok contoh kat bawah.
Cara Terbaik Cut Loss Dalam Saham
Jadi, apa caranya ye? Berdasarkan pengalaman aku, bila letak di kawasan Swing Low adalah tempat yang paling baik untuk CL. Kenapa? Swing Low ni biasanya akan in line dengan support, in fact dia akan membentuk support. Plus Swing Low adalah satu bentuk dalam market structure dan kita percaya ia adalah harga yang terendah pada satu paparan time frame.
If break, harga might be jatuh lebih rendah, kira kita boleh expect ia adalah harga akhir yang terendah pada ketika itu. Swing Low ni berbeza dengan Buy on Support, sebab bila kita buy kat support, ia tak bermaksud Swing Low dah terbentuk, in fact, kita kena tunggu sedikit confirmation untuk kita tau swing low telah terbentuk.
Kita kena tau, price perlukan ruang untuk consolidate sebelum mencanak lebih tinggi. Proses consolidation inilah diperlukan untuk clearkan Sell Order Block yang banyak sebelum dia boleh terbang bebas ke udara. Jadi, takkan la price cukup untuk consolidate dalam 2 atau 3 bid sahaja betul? Mesti lebih punya kan dan disebabkan itulah kita asyik kena paku SL sahaja.
Korang boleh gunakan indikator untuk mendapatkan Swing Low dan secara tak langsung boleh terus plotkan kawasan CL korang. Dibawah adalah antara indikator yang boleh anda gunakan untuk detect Swing Low.
- Indikator Higher High Lower Low
- Indikator RSI Modified SMA 14. Tunggu price cross SMA
- Indikator double EMA. Bila ada cross over, High price atau Low price terdekat boleh jadi kawasan CL.
Kesimpulan
So, sekali lagi aku terangkan cara terbaik untuk cut loss dalam saham adalah pada kawasan Swing Low. Memang letak kat Low candlestick dalam candle formation tu menarik dari segi RR tapi agak risky weh. Bukan sekali dua aku terkena price sapu SL pastu terbang. Plus dalam saham ni tak perlu sangat pun nak pakai SL guna Stoplimit tu sebab bursa Malaysia ni slow. Jadi, kalau korang gunakan cut loss manual pun dah ok sangat.
Alhamdulillah
Sumber : Pengalaman Sendiri
Baca lagi : Cara Analisis Coin Crypto