Cara Analisis Coin Crypto Dari Aspek Fundamental

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni crypto is the big hit dalam dunia pelaburan ataupun trading. Korang bayangkan, dengan USD 10 pun korang dah boleh beli crypto. Plus, punya pelik crypto ni ROI boleh capai sampai ribu ribu percent. Kalau korang beli USD 10, untung 1000% bermaksud korang dah dapat USD 100, 10x lipat tu. Jadi artikel hari ini aku akan terangkan cara analisis coin crypto dari segi fundamental ok?

Mengapa Perlu Fundamental untuk Analisis Coin Crypto

Memandangkan untuk memiliki sesebuah coin tu, korang tak perlu deposit yang besar dan boleh beli coin dengan unit yang sangat minimum iaitu bawah 1 unit, jadi, kebiasaannya jarang orang menggunakan strategi trading untuk alternate coin. Biasanya mereka akan beli dan HOLD sehingga price memacak to the moon orang kata. So, analisis fundamental sangat sesuai untuk korang analisis coin crypto yang berlambak dalam pasaran.

Bayangkan, ada lebih 10,000 lebih coin yang ada dalam ICO, takkan la korang nak pilih coin sekadar hype je betul? Takut nanti terpilih coin hype korang terkena Honeypot (iaitu keadaan yang mana dev tak benarkan korang jual coin yang korang beli) dan akhirnya rug pull. (Dev jual semua pegangan dan lari menyebabkan harga jatuh melantai).

So, at least dengan filter fundamental ni, ia boleh memberikan idea dan gambaran kepada korang bahawa coin yang korang beli ni adalah coin yang berbaloi dan tim dev pun serious nak bangunkan coin ini, bukan sekadar nak hit and rund. If diorang nak hit and run pun rasa cam tak berbaloi dengan penat jerih nak setup tim, promote dan sebagainya.

A solid fundamental analysis checklist to research before investing in a  coin. : r/CryptoCurrency
Contoh cara analisis coin crypto fundamental yang lebih thorough dan memeningkan.

Cara Analisis Coin Crypto Dari Aspek Fundamental

Ianya berbeza dengan analisis fundamental dalam saham, tapi mungkin ada certain yang akan sama dari segi konsep. Tapi secara amnya ada lima aspek yang korang kena tengok untuk tentukan coin ni bukan coin kapak jenis hit and run ataupun orang selalu panggil sebagai poocoin atau shit coin.

  1. Projek Yang Dikembangkan
  2. Tim Developers
  3. Komuniti
  4. Security
  5. Roadmap

First korang kena tau apakah tujuan coin ini diwujudkan. Biasanya cuma ada tiga sebab sahaja iaitu meme, utility atau stability. Bagi aku meme ni aku tolak tepi siap siap sebab dia diwujudkan berdasarkan hype sahaja. Berapa lama hype boleh bertahan? Setakat setahun dua kemudian hilang dari radar? Dan kita tau ke bila dev nak lari? So, elakkan is the best thing kot yang boleh dipilih.

So kita boleh tengok apa projek yang diorang nak bangunkan untuk coin tersebut. Contohlah, tim developer ada satu website gaming, dan akan gunakan Coin tersebut sebagai currency untuk beli Item ke, Diamond ke, Level Up ke dalam game tersebut. So korang boleh nampak utility coin tu. Gunanya untuk beli benda benda dalam online gaming. Mungkin akan datang dia nak collaborate dengan team gaming lain dan gunakan coin yang sama, mana tau kan? Tu lagi best bunyinya.

Kedua, kita tengok sapa tim developer coin ni. Kalau mereka transparency, kira A+ sangat dah tu. So kita kenal sapa yang duk buat coin ni. Tim developer yang maintain anonymous ni, korang lari lah jauh jauh. Apa kerja gila nak invest coin dekat benda yang kita tak kenal. Dari tim developer nilah kita akan tau gerak kerja masing masing dan tahap serious tak ingat diorang untuk maintain relevan

Ketiga, komuniti. Setiap coin ada supply yang tersendiri dan market cap tersebut boleh diukur berdasarkan pegangan. Jadi, bila komuniti ramai dan ramai jugalah yang beli dan simpan coin tersebut,maka coin tersebut akan stay pada sesuatu harga selagi mana tiada jualan besar besaran oleh whale. Biasanya mereka akan wujudkan komuniti di Telegram ataupun di Twitter.

Contohnya, satu coin ada supply sebanyak 1,000,000 unit. Bila kita tengok pegangan semasa coin ini, ada lebih kurang 50% telah dibeli dan tinggal 500,000 unit yang circulated dalam pasaran. Jadi selagi mana komuniti hold, maka agak sukar price akan jatuh.

How To Use MarketCap & Supply To Check The True Value Of A Crypto
Contoh circulating Supply yang akan mempengaruhi harga sesebuah coin.

Keempat kita tengok security yang ditawarkan oleh coin tersebut. Adakah ia menggunakan blockchain yang secure seperti BTC atau ETH. Kita tengok pulak bagaimana website official coin tersebut dan bagaimana diorang apply security layer bagi pengguna mereka yang menggunakan hot wallet sama ada 2 layer atau 1 layer sahaja.

Terakhir adalah roadmap ataupun Whitepaper. Ianya satu bentuk dokumen yang korang boleh tengok hala tuju coin tersebut beserta progress dia. Contohnya Coin ABC nak jadi Coin official dalam pembelian server domain pada tahun 2060. Setiap progress dipanggil sebagai roadmap yang akan ukur pencapaian coin ABC.

Coin ABC nak jadi Coin Offical pembelian Server Domain di Malaysia tahun 2050

  • Roadmap 1 : Collaborate dengan 10 syarikat server dalam 2025
  • Roadmap 2 : Collaborate dengan 3 lagi syarikat MnC menjelang tahun 2030
  • Roadmap 3 : Meningkatkan stabiliti coin tahun 2040
  • Roadmap 4 : Coin official pembelian domain server
Whiskey Coin Whitepaper
Contoh Whitepaper untuk Whiskey Coin. Semua maklumat ada dalam tu bro

Kesimpulan

Tidak susah sebenarnya cara analisis coin crypto ni. Walaupun nampak macam renyah dan susah, aku cuma refer kepada dua website sahaja iaitu CoinmarketCap serta Coingecko. Dalam tu semua maklumat ada dan korang boleh buat study fundamental hanya berdasarkan site yang telah aku bagitau tu. Jadi Stay Invest, Stay Safe

Alhamdulillah

Sumber : marketdotbisnisdotcom

Baca lagi : Apa itu Shill dalam Crypto

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →