Cara Trade Crypto di Luno

Bismillahirrahmanirrahiim

Cryptocurrency sudah menjadi satu trend yang sangat mengujakan dalam kalangan pelabur atau trader. Di Malaysia, terdapat beberapa platform yang telah disahkan oleh kerajaan Malaysia dan para pelabur boleh menggunakan platform tersebut untuk membeli matawang crypto. Artikel kali ini akan mengupas tentang cara trade crypto di Luno.

Apa itu Luno?

Luno merupakan sebuah exchanger yang berlesen dan diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam aktiviti jual beli crypto. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah dengan pihak broker, Suruhanjaya Sekuriti akan bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah anda. Berbeza dengan anda menggunakan broker yang tidak berlesen dan diselia, pihak Suruhanjaya Sekuriti tidak akan mengambil peduli masalah anda jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Oleh itu pilihlah platform yang bertauliah demi kemudahan anda pada masa hadapan.

Cara Trade Crypto Di Luno

Umumnya, di Luno, hanya terdapat enam coin sahaja yang boleh dibeli, berbanding dengan broker lain yang menawarkan sehingga ribuan coin. Pihak berkuasa di Malaysia melihat matawang crypto ini sebuah pelaburan yang agak berisiko, jadi, mereka ingin melindungi rakyat Malaysia dari terjebak membeli coin coin yang tidak bersandarkan dengan apa-apa projek.

Dalam erti kata lain, mereka hanya membenarkan Luno untuk menyenaraikan coin yang baik dari segi fundamental, kelak pada masa akan datang, coin coin ini boleh meningkat harganya dan memberi pulangan yang baik kepada para pelabur. Dibawah merupakan coin yang disenaraikan dalam platform Luno.

  1. BTC (Bitcoin)
  2. XRP (Ripple)
  3. LTC (Litecoin)
  4. BCH (Bitcoin Cash)
  5. ETH (Etherium)
  6. LINK (Chainlink)
  7. UNI (Uniswap)
  8. USDC (USD Coin)

Jadi, jom kita teruskan dengan cara trade crypto di luno. Anda hanya boleh trade 8 coin diatas sahaja, jadi, memandangkan coin-coin diatas secara amnya baik dari segi fundamental, maka ia memang pilihan yang ideal untuk anda trade menggunakan coin coin tersebut.

Selepas anda login, pilih pada Exchange, anda akan dibawa ke page chart yang mana anda akan trade dalam spot market.

Anda boleh pilih hanya 5 sahaja coin yang disenaraikan. UNI, LINK dan USC masih belum lagi disenaraikan, cuma sudah ada dalam perancangan. Tak perlu tekan pada allmarket kerana yang membezakan adalah matawang yang anda ingin gunakan untuk beli. Hanya stick pada MYR sahaja sudah mencukupi.

Kemudian, selepas anda melakukan teknikal analisis, anda boleh masukkan berapa banyak coin yang anda ingin beli. Pastikan semua benda ini anda buat

  1. Klik pada Limit. Limit bermaksud anda ingin membeli dibawah harga yang anda set kan.
  2. Di MYR Price, masukkan tingkat harga yang anda ingini, contoh RM 169,999
  3. Di ruangan BTC, jika anda tak mahir tukar kepada MYR dan masukkan berapakah amaun Ringgit yang anda ingin gunakan untuk beli BTC. Sistem akan calculate dan tunjukkan berapa unit BTC yang anda perolehi dengan beli sebanyak RM 500 pada harga BTC (RM169,999). Contohnya sistem tunjukkan anda akan perolehi 0.004 BTC.
  4. Pastikan anda tick Post Only Order. Ini untuk mengelakkan anda terkena charge yang tinggi. Charge yang dikenakan untuk limit order adalah 0.25 % manakala untuk Market Order adalah 0.4%
  5. Kemudian tekan pada Buy BTC. Maka anda telahpun berjaya beli coin BTC

Untuk sell, anda hanya pilih sahaja column sell dan masukkan berapakah jumlah BTC yang anda ingin jual di dalam Exchanger tersebut.

Kesimpulan

Alhamdulillah, saya telahpun menerangkan tentang cara trade crypto di Luno. Bagi saya, Luno amat bagus digunakan bagi beginner crypto disebabkan features security yang sedia ada iaitu dibawah seliaan SC serta coin yang tersenarai pun adalah coin coin yang strong, bukan coin taik. Semoga perkongsian kali ini memberi makna kepada tuan puan.

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Keburukan ASB Loan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →