Tips Melabur Saham Supaya Profit

Bismillahirrahmanirrahim

Melabur saham sangat mengujakan. Dengan potensi untuk menjana pendapatan melalui dua jalan iaitu Capital Appreciation dan Corporate Exercise seperti dividen dan bonus issue, ia menjadi salah satu alternatif menjana pendapatan pasif. Artikel kali ini saya akan berikan tips melabur saham supaya anda dapat meraih keuntungan hasil daripada pelaburan saham.

Apa itu Pelaburan Saham

Pelaburan saham merupakan satu aktiviti milikan saham yang bermatlamatkan untuk memiliki sebahagian syer dalam sesuatu syarikat. Apabila bercakap berkenaan dengan konsep pelaburan, biasanya ia mempunyai jangka masa yang agak lama, paling pendek adalah setahun. Seandainya jangka masa anda memegang sesuatu saham itu dibawah setahun, ia akan dipanggil sebagai trading.

Tips Melabur Saham

Saya pasti anda telah membaca berbagai tips bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian untuk profit lebih tinggi. Semua pelabur faham akan risiko pelaburan saham yang mempunyai kadar yang tinggi yang mana pelabur boleh kehilangan modal pokok. Disini saya akan kongsikan beberapa tips melabur saham yang saya ambil daripada pelabur pelabur yang berjaya.

  1. Labur dengan Modal Sanggup Hangus
  2. Betulkan mindset
  3. Diversify dalam Portfolio
  4. Topup ketika Sentimen Pasaran Negatif
  5. Tahu bezakan discount price atau non performing stock
  6. Fokus kepada pengumpulan unit saham
  7. Jual apabila saham tersebut mula menjadi tumpuan media.

Labur dengan modal sanggup hangus merupakn tips melabur saham yang paling awal dan paling mudah untuk anda praktikkan. Kenapa? apabila anda menggunakan wang lebihan, anda tidak mempunyai push factor yang besar contohnya nak menampung perbelanjaan bulanan. Wang tersebut sememangnya tidak akan digunakan oleh anda dalam jangka masa yang lama. Oleh itu apabila pasaran saham turun, anda boleh uruskan emosi anda dengan tenang.

Kedua, anda harus mempunyai mindset pelaburan yang betul. Apabila anda switch kepada mindset pelabur, anda akan jangkakan jangka masa pelaburan dalam tempoh yang panjang, paling pendek adalah setahun. Oleh itu, selepas anda puas hati dengan pembelian saham anda, anda tidak perlu lagi ambil kisah dengan pergerakan harga kaunter tersebut. Anda tahu, anda memiliki sebuah perniagaan yang baik, pastinya akan memberi pulangan yang baik.

Ketiga, tips melabur saham yang baik adalah melakukan diversifikasi dalam portfolio anda. Anda jangan terlalu fokus kepada satu sektor saham sahaja dan mengabaikan sektor sektor yang lain. Ada berbagai cara untuk melakukan diversifikasi portfolio antaranya diversifikasi dengan pasaran global, membeli sektor sektor yang berbeza ataupun membeli kaunter kaunter yang berbeza. Secara amnya jumlah kaunter yang baik untuk dibeli bagi melakukan diversifikasi adalah sekitar 10-15 kaunter dalam satu masa. Cara ini dapat merendahkan risiko pelaburan saham yang sedia maklum tinggi.

Diversification: Return with Less Risk
Contoh model diversifikasi portfolio

Keempat, anda harus merancang untuk allocate sedikit fund untuk melakukan averaging ataupun topup. Sekiranya terdapat sentimen pasaran yang terlampau negatif, tetapi syarikat yang anda laburkan masih utuh, hanya harga yang jatuh akibat sentimen, ketahuilah itu adalah petanda bahawa harga sedang diskaun. Key yang penting adalah sentimen pasaran yang bearishmenyebabkan harga saham jatuh tetapi syarikat masih utuh berdiri dalam perniagaannya.

Pasaran berdarah semula - Underground Trader
Bagi seorang pelabur, sentimen yang bearish adalah peluang untuk membeli pada harga discount

Sebagai seorang pelabur, anda harus fokus kepada pengumpulan unit saham, bukannya pada harga. Itu antara tips melabur saham yang baik kerana apabila anda sudah mempunyai unit yang banyak, pastinya bayaran dividen dan juga capital appreciation yang akan anda nikmati adalah tinggi. Jadi, apabila harga saham kaunter tersebut jatuh, beli.

Terakhir, sekiranya kaunter tersebut mula mendapat perhatian media, seperti mendapat liputan dalam portal theedge, berita tv3 dan sebagainya, itu adalah petanda untuk anda jual seandainya anda ingin dapatkan fast profit. Apabila euphoria tersebut sudah reda, barulah anda kumpul semula unit saham yang telah mengalami kejatuhan harga.

Kesimpulan

Sebenarnya, cukup mudah untuk menjadi seorang pelabur saham. Hanya pilih perniagaan yang baik, dan teruskan mengumpul unit saham kaunter tersebut. Kemudian anda hanya perlu tunggu sahaja sehingga ianya membuahkan hasil. Berbeza dengan trading, ia agak stress kerana anda harus betul betul timing untuk masuk dalam pasaran. Itu sahaja tips melabur saham dari saya, diharap dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda semua. Terima kasih.

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : cara trade crypto di luno

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →