Bismillahirrahmanirrahiim
Beberapa bulan ini kita dapat melihat pasaran kripto makin lama makin merudum membuatkan ramai yang sedang mengalami kemerosotan portfolio yang cukup besar. Seperti saya juga, sedang mengalami sekitar -60% kerugian atas kertas ketika ini. Mesti anda tertanya tanya kenapa kripto jatuh? Mungkin ini adalah jawapan yang bakal memuaskan hati anda.
Kripto Sangat Terkait Dengan Bitcoin
Walaupun korang jumpa dalam exchanger sampai 10,000 lebih coin yang didagangkan, korang kena tahu, the mother of all coin adalah Bitcoin. Jika bitcoin jatuh, hampir keseluruhan coin akan ikut sama. Bitcoin ibarat penanda aras kepada kesihatan pelaburan kripto ini. Sebab itu bila bitcoin jatuh, semua altcoin atau stable coin tidak berguna lagi. Jadi, korang jangan pelik la, even da diversified dengan berpuluh puluh coin masih tak dapat untuk lessen the impact yer?
Sebab Kenapa Kripto Jatuh
Lately kita lihat banyak sangat insiden dunia yang dah melanda, dari segi perang Ukraine Rusia yang membawa kepada peningkatan harga komoditi macam minyak dan emas, penularan Covid 19 yang merencatkan pertumbuhan perniagaan serta polisi Zero Covid oleh negara China yang mana negara ini pembekal terbesar bagi sumber bahan bahan mentah.
Selain itu, sebab yang menyokong kepada kejatuhan kripto adalah kadar inflasi yang menggila. Tidak hanya di sesuatu negara, malah hampir ke seluruh dunia. Hinggakan Sri Lanka telah jatuh bangkrap akibat kadar inflasi yang terlampau tinggi. Apabila inflasi terlampau tinggi, maka orang tidak berani untuk membeli perkhidmatan atau barangan yang disifatkan kepada barangan kehendak, bukan keperluan.
Oleh itu, orang takut untuk berbelanja kepada sesuatu yang tidak tentu. Sama juga seperti kripto. Mereka tahu kripto adalah satu instrument pelaburan yang berprofil risiko tinggi. Oleh itu, mereka tidak sanggup untuk menanggung kerugian malah tiada holding power disebabkan tuntutan kos sara hidup yang tinggi. Oleh itu, banyak wang dalam pasaran akan disimpan didalam bank dan hanya dibelanjakan untuk perkara yang perlu.
Rentetan itu, kebanyakan saham yang bersifat cyclical telah jatuh teruk, lagi lagi sektor teknologi. Impak inflasi ini selain membuatkan kripto jatuh, saham juga turut mengalami perkara yang sama. Hampir seluruh dunia menunjukkan kejatuhan pasaran saham menyebabkan kita berada di ambang kerugian dari segi ekonomi.
Langkah Langkah Berjaga-Jaga
Selepas korang ketahui sebab kenapa kripto jatuh, jadi aku sarankan agar korang hold dulu duit korang. Sekarang adalah masanya untuk korang secure cash korang dahulu memandangkan momentum kejatuhan masih belum menunjukkan tanda tanda untuk perlahan atau berhenti. Walaupun korang nak gunakan strategi buy on dip atau DCA bagi aku ia adalah tindakan yang berisiko kerana korang hanya DCA untuk satu instrument sahaja.
Lebih elok korang hanya menjadi pemerhati sehinggalah market menunjukkan tanda tanda pemulihan. Tak kesahlah korang nak pakai approach apa pun sama ada teknikal analisis ataupun fundamental analisis, asalkan ada fact and figure yang boleh korang counter dengan sebab kenapa kripto jatuh, ia sudah memadai untuk justify tindakan korang. Once korang rasa market dah mula memulih baru lah korang ambil masa untuk melakukan pengumpulan koin semula.
Kesimpulan
Aku dah terangkan sebab kenapa kripto jatuh dan ia bukanlah satu pandangan yang solid, cuma personal sahaja. Aku sendiri sedang paper loss dan hampir semua portfolio aku dalam keadaan yang tidak baik. Sebagai seorang trader, aku kena berdisiplin dalam follow trading plan yang aku rangka. Diharap artikel kali ini dapat berikan sedikit maklumat kepada korang. Alhamdulillah.
Sumber : Bacaan Internet
Baca Lagi : Cara Mencari Area Supply and Demand