Pelabur atau trader yang baik biasanya mempunyai beberapa saham yang mungkin menarik perhatian mereka untuk membeli. Sama ada menunggu pada waktu terbaik ataupun menunggu modal untuk membeli saham tersebut, itu bergantung kepada individu masing-masing. Artikel kali ini aku akan terangkan serba sedikit berkenaan dengan apa itu watchlist saham.
Apa itu Watchlist Saham
Watchlist saham merupakan senarai saham saham yang sedang berada dalam pemerhatian seseorang trader ataupun pelabur. Setiap pelabur mempunyai setup ataupun peraturan tersendiri sama ada dari segi sudut Fundamental mahupun Teknikal. Apabila sesuatu saham hampir sahaja melengkapi sesebuah setup yang diingin, maka saham tersebut akan dimasukkan ke dalam watchlist
Ada juga yang meletakkan active position di dalam watchlist supaya mudah untuk memantau pergerakan semasa harga mereka dan bersedia untuk exit sama ada dalam keadaan Profit mahupun Loss. Kebiasannya cara ini digunakan bagi mereka yang menggunakan mental cutloss sebelum menentukan sama ada benar benar untuk cut dalam keadaan rugi. Mereka mengambil pendekatan ini adalah untuk cuba meminimakan risiko spike price yang berlaku dalam pasaran.
Contoh Saham Yang Dimasukkan Di Dalam Watchlist
Selain korang dah tau apa itu watchlist saham, untuk menambahkan lagi kefahaman korang semua, aku akan berikan satu contoh dari segi setup fundamental mahupun setup teknikal. Katakan seseorang ini menggunakan setup saham mesti berada atas EMA 200 dan sudahpun mencecah kawasan resistance terdekat. Apa yang perlu trader ini tunggu adalah terjadinya pembentukan Bullish Engulfing untuk memecahkan kawasan resistance namun keadaan tersebut masih belum muncul. Oleh itu trader akan memasukkan saham tersebut ke dalam Watchlist dan akan memantau saham tersebut sehingga muncul signal candlestick formation tersebut.
Dari segi fundamental, misal kata seseorang pelabur menggunakan PE Ratio, Debt Ratio, ROA dan juga Net Margin untuk filter pemilihan saham yang ingin dia laburkan. Dia mendapati saham ABC dah menepati kriteria ratio PE, Debt dan juga ROA. Namun, Net Margin saham ABC masih belum menepati kriteria yang diingini. Oleh itu, pelabur akan memasukkannya dalam Watchlist.
Kelebihan Wujudnya Watchlist Saham
Kelebihannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mempercepatkan masa analisis yang dijalankan oleh para pelabur ataupun trader. Saham yang diniagakan ada sekitar 900 saham dan kemungkinan pelabur atau trader tiada masa untuk screening satu persatu walaupun telah difilter. Jadi, dengan merujuk kepada senarai watchlist sahaja sudah cukup untuk mereka memilih kaunter yang cukup berkualiti.
Bagaimana Untuk Mewujudkan Watchlist Saham
Mudah sahaja, anda hanya perlu sebatang pen dan buku sahaja dan tuliskan semua kaunter yang anda ingin perhatikan dari semasa ke semasa. Namun, jika anda seorang pengguna tradingview, web tersebut menyediakan watchlist online untuk anda mark saham saham yang anda ingin beli dan pantau. Anda boleh menggunakan fungsi tersebut secara percuma setelah anda mendaftar di website tradingview.
Kesimpulan
Saya telahpun menerangkan tentang apa itu watchlist saham, kebaikan serta cara untuk mewujudkan watchlist tersebut. Ianya bersifat personal dan setiap watchlist adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi, wujudkan watchlist anda sendiri dengan menentukan kriteria pemilihan saham yang anda ingini dari segi fundamental mahupun teknikal. Sekian terima kasih Alhamdulillah
Baca Lagi : Kenapa Kripto Jatuh
Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT