Bismillahirrahmanirrahiim
Analisis fundamnetal dan teknikal bagai air dan minyak. Fundamental lebih kepada jangka masa yang panjang manakala teknikal lebih kepada jangka masa pendek. Setiap analisis mungkin melengkapi antara satu sama lain dan artikel kali ini saya akan menunjukkan contoh analisis fundamental dan teknikal yang boleh anda praktikkan dalam masa yang sama.
Syarat Penggunaan Gabungan Analisis Fundamental dan Teknikal
Amnya, Fundamental boleh bergabung dengan teknikal tetapi teknikal tidak sesuai untuk bergabung dengan fundamental. Dalam bahasa mudah, seorang pelabur sesuai untuk menggunakan analisis teknikal tetapi seorang trader tidak sesuai untuk menggunakan fundamental bagi menambah baik tekniknya. Kenapa begitu? Fundamental bersifat long term dan biasanya ia mengambil masa untuk harga menterjemahkan kualiti syarikat tersebut.
Disebabkan trader mempunyai tendency kepada short term projection, maka ia akan terdedah dengan volatility harga dalam sesuatu kaunter. Walaupun kaunter tersebut mempunyai good Fundamental Ratio, namun harga boleh naik turun tidak selari dengan ratio fundamental. Ia boleh menyebabkan trader tertekan apabila analisis mereka tidak menjadi disebabkan over-analysis
Pelabur pula boleh menggunakan analisis teknikal untuk menambahkan lagi kualiti entri mereka. Kebanyakan pelabur jarang dan mengabaikan harga carta dan fokus untuk memiliki bisnes melalui pemilikan saham saham sesuatu kaunter. Disebabkan kelemahan pelabur dalam timing the market inilah menyebabkan analisis teknikal boleh digunakan untuk melengkapi kelemahan pelabur dalam membeli pada harga yang sesuai.
Syarat untuk menggabungkan analisis fundamental dan teknikal adalah :
- Pilih syarikat yang mempunyai fundamental ratio yang dikira baik terlebih dahulu.
- Lakukan teknikal analisis untuk mencari harga yang terbaik
- JIka analisa tidak menjadi, gunakan averaging technique sebagai pendekatan untuk melandaikan risiko.
- Hanya menggunakan timeframe besar seperti D1 dan W1 sahaja dalam mencari setup teknikal yang baik.
Contoh Analisis Fundamental dan Teknikal Yang Baik
Berikut adalah contoh bagaimana untuk menggabungkan analisis fundamental dan teknikal yang baik. Kita lihat kaunter JSB (Jentayu Sustainable Berhad). Dari segi Fundamental ratio, ia menunjukkan bahawa syarikat ini mempunyai perniagaan yang baik dan kadar prospek keuntungan yang tinggi. Fundamental ratio menunjukkan bahawa syarikat ini mempunyai harga yang murah, kadar keuntungan yang baik, kecekapan mengurus yang tinggi serta membayar dividen kepada pelabur. Anda boleh gunakan aplikasi percuma Stockhunter untuk mendapatkan bacaan Fundamental Ratio sesuatu kaunter.

Setelah melihat contoh analisis fundamental dan teknikal JSB, kita beralih pula untuk melihat pola carta dalam kaunter JSB ini. Hanya gunakan Timeframe W1 dan D1 sahaja untuk mengelakkan noise pasaran yang sering berlaku menyebabkan harga turun naik dalam range yang terhad. Berdasarkan analisa teknikal, kita dapat lihat, harga baru sahaja melepasi MA 200, kemudian melakukan retracement. Ketika retracement terjadi, kita dapat lihat pembentukan divergence yang terjadi antara Oscillator indikator dengan price.

Oleh itu, teknikal analisis memeberikan setup yang cukup cantik yang menunjukkan bahawa harga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menaik. Dengan gabungan unsur dari fundamental ratio, ia akan menambahkan lagi keyakinan bahawa harga kaunter Jentayu ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meningkat dalam jangka masa yang panjang.
Kesimpulan
Contoh analisis fundamental dan teknikal adalah satu kaedah yang sangat low risk. Manakan tidak, dengan hanya memberi fokus kepada syarikat yang benar benar geuniune dengan perniagaan mereka, ditambah lagi dengan kebolehan untuk timing the entry, ia dapat memaksimumkan keuntungan berbanding membeli saham tersebut dalam tingkat harga apa sekalipun. Sekian terima kasih. Alhamdulillah
Sumber : Pengalaman Sendiri
Baca lagi : Apa itu Watchlist Saham