Untung Ke Melabur Dalam Unit Trust Ini Jawabnya

Bismillahirrahmanirrahiim

Unit trust merupakan alternatif pelaburan yang sah bagi mereka mereka yang mempunyai modal yang amat terhad. Bayangkan, untuk consider korang membangunkan portfolio pelaburan yang baik, korang memerlukan elemen Diversification, Balancing serta Averaging. Namun, bagi mereka yang bermodal kecil elemen diversification tak dapat dilaksanakan dengan baik. Artikel kali ini akan menjawab untung ke melabur dalam unit trust.

Bagaimana Unit Trust Menjana Keuntungan Kepada Para Pelabur

Terdapat dua cara bagaimana pelabur menikmati keuntungan dari unit trust iaitu :

  1. Agihan pendapatan (Bonus unit / Dividend)
  2. Peningkatan harga seunit (Capital gain)

Setiap produk unit amanah mempunyai objektif yang berbeza. Ada produk yang fokus kepada agihan pendapatan, ada pula yang fokus kepada capital gain. Jika anda tak tau nak pilih yang mana ada produk yang menggabungkan kedua dua ciri tersebut dalam satu fund. Produk yang fokus pada agihan pendapatan biasanya akan membayar dividend kepada pelabur dalam bentuk unit lebih kurang 5-7 percent setahun.Dalam masa yang sama, pelabur juga boleh menikmati peluang keuntungan dari segi capital gain tapi pergerakan harga fund tersebut tidaklah rancak. Kalau naik pun sekitar 5-10 percent untuk satu swing wave.

May be an image of ‎text that says "‎PENGAGIHAN PENDAPATAN TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020 DANA HARGA BERUBAH ANAH 然 SANI M र NASIONAL ASN RM 36.6 juta Jumlah Pengagihan MEMANFAATKAN Proepektus Induk Gantian 2.02 sen seunit pertimbangkar nsiko aclaburan serta: ขนกวา bartarikh Februari 2020| Prospektus") 1.21 juta Pemegang Unit סחבצנ ίKnoKαn. Harga dan dicattarkan dangan Suruhanjaya Sakuriti Malarysia ו รไพรว ಎరಂ.! mungun า dan ASNB Amanah Saham Nasional Berhad| 197901003200 (47457-V) Syprikat Unit Amonah Penmodalan Nasional Berhad 197801001190(282 (38218-X) Amanah Saham Nasional Berhad นามา Frospektus tersabut bersama HaTaл Serlahan mengirin Prospeklus tersebul Sebelum mela restasi התבר! הסבר Iuken תפווזנ restas maso .תבקבמובר www.asnb.com.my‎"‎
Contoh agihan pendapatan sebanyak 2.02 sen seunit bagi pelabur Amanah Saham Nasional

Produk yang fokus kepada agihan pendapatan ni selalunya bersifat risk averse ataupun nak minimumkan risiko. So, capital gain bagi diorang adalah bonus sahaja, tetapi target utama adalah nak makan dividen setiap tahun. Orang yang paling sesuai untuk melabur dalam produk seperti ini biasanya adalah dalam kalangan mereka yang dah nak pencen. Dah tua tua ni tak larat dah nak tengok harga naik turun macam roket. Jantung tu lagi penting nak jaga bang.

Kalau korang jenis hati besi, boleh try fund yang fokus kepada peningkatan harga seunit atau dikenali sebagai capital gain. Jenis ini lah yang boleh menjawab secara drastik terhadap soalan untuk ke melabur dalam unit trust ni. Amnya, pulangan purata adalah sekitar 10-15% setahun dan memerlukan lebih kurang 5 tahun untuk korang double kan duit korang dengan menggunakan Rule of 72.

Cara Memulakan Pelaburan Unit Trust Public Mutual
Kredit kepada niksuhaimi

Tapi jika korang pandai timing the market, mungkin dalam setahun korang boleh makan sampai 40%. Banyakkan? Bayangkan kalau korang melabur RM 100,00, tahun tu je dah dapat untung RM 40,000. Boleh la korang pergi Mekah untuk tunaikan haji betul tak? Namun, keadaan ini hanya terpakai jika korang betul betul ada skil untuk pilih mana unit yang best dan berpotensi untuk beri pulangan pada tahun tersebut.

Jenis ni agak berisiko sikit. Dengar macam sedap boleh untung sampai 40-50% setahun tapi kena ingat, dia pun boleh jatuh banyak tu jugak. Jika korang ada sakit jantung ke apa ke, tak disarankan lah untuk pilih fund jenis macam ini. Fund macamni sesuai kat mereka yang setakat rugi kadar begini, masih boleh tersenyum tetapi dalam hati sedang meratap pilu kan?

Kesimpulan

Untung ke melabur dalam unit trust? Jawapannya adalah ya, dan ada dua channel untuk korang untung iaitu dari segi pembayaran dividend dan juga capital gain. Unit trust sesuai untuk mereka yang dah pun bersedia meningkatkan risk appetite apabila mereka sudah boring melabur dalam ASB yang harga stagnant yang memberi pulangan sekitar 5-7 peratus setahun.

Sumber : Nota Unit Amanah FIMM

Baca lagi : Contoh Analisis Fundamental dan Teknikal

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →