8 Jenis Unit Amanah Yang Perlu Anda Semak

Bismillahirrahmanirrahiim

Unit amanah merupakan salah satu daripada CIS iaitu Collective Investment Scheme yang mana duit orang ramai dikumpulkan dalam satu tabung kemudian diuruskan oleh pengurusan professional untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Artikel kali ini akan dedahkan lapan jenis unit amanah yang ada di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan oleh Federation Investment Management Malaysia (FIMM).

Senarai-Senarai 8 Jenis Unit Amanah

Berikut adalah senarai tersebut :

  1. Unit Amanah Ekuiti
  2. Unit Amanah Pendapatan Tetap
  3. Unit Amanah Pasaran Wang
  4. Amanah Pelaburan Harta Tanah (APHT)
  5. Tabung Dagangan Indeks (TDB)
  6. Unit Amanah Imbang
  7. Unit Amanah Syariah
  8. Unit Amanah Tajaan Kerajaan

Unit amanah ekuiti adalah satu fund yang fokus kepada pemilikan saham di Bursa bursa sama ada dalam ataupun luar negara. Fund fund jenis inilah yang selalu digoreng oleh Konsultan kerana pulangan yang tinggi-tinggi dari segi capital gain, kadangkadang boleh mencecah beratus percent dalam masa 3 tahun. Biasanya risiko untuk fund ini adalah sederhana hingga tinggi. Ianya sesuai bagi golongan muda sekitar 20-40 an.

Start Investing – CIMB DALI Asia Pacific Equity Growth Fund | SMART  INVESTMENT
Prospektus unit amanah ekuiti

Unit amanah pendapatan tetap pula fokus untuk memberikan keuntungan kepada pelabur melalui agihan pendapatan atau dalam bahasa pasarnya adalah dividen. Oleh itu, fund ini akan banyak melabur ke dalam instrumen Debentur seperti Bon atau Sukuk yang mana menjanjikan bayaran kepada pelabur setiap tahun. Malah ada juga yang melabur dalam saham bersifat Bluechip yang kerap membayar dividen kepada pemegang unit di dalam portfolio fund tersebut.

Unit Amanah Pasaran Wang pula seperti unit amanah pendapatan tetap tetapi fokus kepada matawang sahaja. Ia lebih kepada konsep Fix Deposit yang mana memiliki kecairan yang tinggi dan tempoh matang yang lebih pendek sekitar 90 hari. Turun naik harga seunit hampir tiada dan fund ini akan laburkan wang wang tersebut ke mana-mana bank yang menawarkan pulangan yang menarik.

Bagi yang minat dengan pelaburan hartanah, Amanah Pelaburan Harta Tanah sangat sesuai untuk anda. Untuk makluman unit APHT ini biasanya terhad dan anda harus membelinya pada ejen atau melalui akaun CDS anda. Kebanyakan APHT disenaraikan di Bursa Malaysia seperti AXIS Reit. Jika anda mempunyai akaun CDS, jangan lepaskan peluang untuk memiliki APHT kerana mereka membayar dividen hampir 4 kali setahun.

Tabung Dagangan Bursa atau Exchange Trade Fund adalah satu instrument yang cuba untuk menjejak indeks penanda aras mereka. Agak mustahil untuk anda membeli indeks FBMKLCI contohnya, jadi TDB diwujudkan untuk memberikan solusi kepada pelabur yang inginkan konsep diversification diaplikasikan serta merta. Sebuah TDB mungkin memegang 30-50 saham di dalamnya dan mempunyai fee management yang cukup rendah disebabkn ianya dikendalikan secara pasif

Unit Amanah Imbang pula biasanya adalah gabungan antara ekuiti dan pendapatan tetap. Bagi mereka yang keliru nak pilih yang mana satu, fund ini mungkin menjadi solusi kepada anda. Kelebihan fund ini adalah jika harga fund dalam keadaan negatif, maka anda boleh sahaja menunggu sehingga harga menjadi positif sambil menikmati bayaran dividen yang diberikan setiap tahun.

ASN Imbang 1 agih RM40.57 juta pendapatan - Utusan Digital
COntoh Unit Amanah Imbang

Unit Amanah Syariah pula adalah fund yang fokus kepada pembelian instrument yang menepati kriteria Islam. Syarat utama dalam pelaburan Islam adalah Tidak Meragukan, Tiada Perjudian, Tiada Riba dan Tidak Menjual Benda Yang Haram. Satu badan syariah telah dibangunkan di dalam Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau unit amanah untuk patuh pada kehendak syariah bagi memberikan alternatif pelaburan kepada golongan muslim.

Unit Amanah Tajaan Kerajaan pula adalah Unit Amanah yang dijamin modalnya oleh kerajaan. Contoh paling mudah adalah Amanah Saham Bumiputera dan juga Amanah Hartanah Bumiputera. Kedua dua fund ini dijamin kerajaan serta mempunyai nilai tetap seunit iaitu RM 1.00. Oleh itu bagi mereka yang tidak ingin menghadapi risiko turun naik harga pasaran, unit amanah ini sesuai untuk anda.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) - Prospektus, Halaman Serlahan Produk,  Unit Amanah
ASB antara unit amanah tajaan kerajaan

Kesimpulan

Saya telah menjelaskan 8 jenis unit amanah yang boleh anda pilih dan menepati citarasa anda. Jadi, jangan memilih sesuatu fund hanya disebabkan ianya popular sahaja tanpa mengetahui apa yang anda inginkan . Letakkan objektif pelaburan serta selera risiko anda sebagai panduan utama supaya kelak anda tidak merasa tertipu apabila tidak mendapat pulangan seperti yang dicanangkan. Sekian terimakasih.

Sumber : Nota Unit Amanah FIMM

Baca lagi : Untung Ke Melabur Dalam Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →