Bagaimana Unit Trust Berfungsi Ini Jawapannya

Unit trust merupakan alternatif pelaburan kepada mereka yang tiada masa untuk menguruskan pelaburan mereka. Dengan bantuan pengurus pelaburan, duit anda akan dilaburkan ke dalam instrumen pelaburan yang sah serta selamat. Namun, mungkin korang tertanya tanya bagaimana unit trust berfungsi kan? Artikel ini akan menjawab persoalan yang bermain dalam kepala korang.

Pihak Yang Terlibat Dalam Proses Pelaburan Unit Amanah

Sebelum kita nak tengok bagaimana unit trust berfungsi, kita kena tahu siapakah player yang ada dalam satu kitaran pelaburan unit trust. Berikut saya senaraikan siapakah pihak yang terlibat serta fungsi mereka .

  1. Pelabur
  2. Syarikat Pengurusan Unit Amanah
  3. Pemegang Amanah
  4. Instrument Pelaburan.

Pelabur adalah mereka yang mendepositkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam unit amanah. Pelabur merupakan role yang paling utama dalam kitaran pelaburan kerana pelaburlah yang bakal membayar gaji syarikat pengurusan unit amanah, pengurus pelaburan serta pemegang amanah. Walaupun mereka hanya pendeposit modal pelaburan sahaja, tanpa mereka kitaran pelaburan ini tidak akan wujud sama sekali.

Syarikat pengurusan unit amanah pula bertanggungjawab untuk menguruskan skim unit amanah yang diterbitkan oleh syarikat mereka. Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan pelaburan para pelabur, membuat laporan prestasi pelaburan, biasanya dua kali dalam setahun, dan melakukan kerja kerja pengurusan seperti data entri, filing dan rekod pelabur. Oleh itu, segala urusan pentadbiran akan diambil alih oleh syarikat pengurusan unit amanah.

Pemegang amanah pula bertindak sebagai penjaga asset unit amanah itu sendiri. Instrument pelaburan yang dibeli tidak akan dipegang oleh syarikat pengurusan unit amanah, tetapi dipegang oleh pemegang amanah. Sebarang tindakan pelaburan haruslah dibentangkan dihadapan pemegang amanah sebelum wang pelabur diberikan kepada syarikat untuk dilaburkan ke dalam instrument yang berkaitan.

Instrument pelaburan pula adalah jenis jenis pelaburan yang dipersetujui dalam surat ikatan. Sekiranya dalam surat ikatan menyatakan pelaburan produk ABC akan fokus pada saham luar negara, maka mereka hanya boleh membeli saham luar negara sahaja dan dilarang untuk membeli saham dalam negara. Instrument pelaburan ditentukan dan termaktub di dalam prospektus yang akan diberikan kepada bakal pelabur sebelum mereka membuat keputusan pelaburan.

Bagaimana Unit Trust Berfungsi

Gambar rajah diatas menunjukkan flow pelaburan dalam unit amanah. Ia bermula dengan pelabur yang mendepositkan modal pelaburan mereka yang mana duit mereka akan dipegang oleh pemegang amanah. Kemudian mereka bersetuju untuk melabur dalam sebuah Fund yang diterbitkan oleh syarikat pengurusan unit amanah. Syarikat bertanggungjawab untuk menguruskan rekod pelaburan pelabur tersebut.

Kemudian fund manager dari syarikat pengurusan akan membentangkan rancangan pelaburan kepada pemegang amanah. Pemegang amanah akan memantau adakah rancangan pelaburan tersebut selari dengan surat ikatan yang telah dimaterai. Sekiranya bersalahan, pelaburan tersebut tidak akan diluluskan dan fund manager harus membentangkan rancangan yang baru.

Kemudian, duit tersebut akan dilaburkan ke dalam instrument pelaburan yang dipersetujui. Jika kebanyakan pelaburan adalah dalam pasaran saham, maka fund manager haruslah membeli instrumen saham dengan kadar yang telah ditetapkan dalam prospektus. Semua instrument pelaburan memberikan pulangan dari segi agihan pendapatan ataupun dividen dan juga keuntungan jualan unit.

Selepas itu, pelaburan yang dilakukan telah memberikan pulangan dari segi kenaikan harga seunit dan juga dividen. Maka dengan keuntungan tersebut, ia akan diagihkan kepada pelabur untuk dinikmati berdasarkan berapa banyak unit yang mereka miliki. Semakin banyak unit yang mereka miliki maka semakin tinggilah keuntungan yang mereka perolehi.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang bagaimana unit trust berfungsi serta peranan pihak pihak yang terlibat dalam struktur pengoperasian unit amanah. Diharap ianya dapat membantu tuan puan dalam memahami dengan lebih lanjut bagaimana industri unit amanah beroperasi di Malaysia dan berasa lebih yakin dan selamat bahawa wang pelaburan anda tidak akan digunakan sewenang wenangnya. Alhamdulillah.

Sumber : CUTE Note

Baca lagi : 8 Jenis Unit Amanah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →