Perbezaan ASB dan Unit Trust Yang Ketara

Bismillahirrahmanirrahiim

Pelaburan ASB cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya bumiputera. Ianya adalah satu inisiatif terbaik kerajaan dalam menggalakkan rakyat melabur serta merancakkan lagi pertumbuhan pasaran saham serta ekonomi dalam negara. Artikel kali ini akan mengupas perbezaan asb dan unit trust yang mungkin korang semua keliru tentang dua produk ini betul?

Persamaan ASB dan Unit Trust

Amnya, kedua-dua nya adalah sama iaitu berasal daripada Collective Investment Scheme (CIS) yang mana mengumpulkan duit orang ramai kemudian dilaburkan ke dalam mana-mana instrument yang diuruskan oleh seorang pengurus dana. ASB adalah unit amanah juga dan ianya tertakluk dibawah Skim Unit Amanah tajaan kerajaan. Sama juga dengan unit amanah yang lain, tetapi kebanyakannya adalah dibawah syarikat swasta.

Perbezaan ASB dan Unit Trust

Walaupun sama, masih terdapat beberapa perkara yang berbeza antara mereka. Saya akan rungkai satu per satu supaya korang boleh nampak perbezaannya dan boleh nilai sendiri baik buruk antara kedua produk ini. Saya senaraikan dulu point-point penting yang akan saya jelaskan.

  1. Jenis Unit Amanah
  2. Tingkat Risiko
  3. Pergerakan Harga

Perbezaan yang pertama yang kita akan lihat adalah jenis unit amanah itu sendiri. Untuk makluman korang, terdapat lapan jenis unit amanah yang wujud dan saya pernah ulas perkara ini dalam artikel sebelumnya. Jadi, ASB adalah unit amanah tajaan kerajaan manakala unit amanah yang lain adalah seperti unit amanah ekuiti, imbang, Tabung Dagangan Indeks serta pendapatan tetap.

Perbezaan ASB dan Unit Trust yang kedua adalah tingkat risiko. Amnya, terdapat tiga jenis tingkat risiko iaitu Conservative (Low Risk), Moderate (Medium Risk) serta Aggresive (High Risk). Diluar, korang boleh pilih mana mana tingkat risiko unit trust yang menepati selera korang. Untuk ASB pula, ia diklasifikasikan sebagai Conservative ataupun Low Risk.

Ketiga adalah pergerakan harga. Disinilah keunikan yang menjadi daya penarik orang ramai untuk melabur. ASB merupakan unit trust harga tetap dan mempunyai almost zero risk kerana ia ditaja kerajaan. Oleh itu, kerajaan memberi jaminan modal kepada para pelabur yang mana jika pasaran saham menurun, harga unit tetap tidak berubah iaitu sebanyak RM 1 seunit. Berbeza dengan unit trust jenis yang lain, harga akan sentiasa naik turun berdasarkan harga Nilai Aset Bersih harian. Oleh itu tiada jaminan modal walaupun korang memilih produk yang bersifat Conservative.

Siapakah Yang Sesuai Untuk Melabur Dalam ASB

Semua orang sesuai untuk melabur dalam ASB kerana ia adalah dana Conservative yang memberikan pulangan yang agak stabil. Namun, jika anda jenis yang sudah muak dengan return sekitar 5-7 percent dan ingin mendapatkan pendedahan pelaburan yang lebih tinggi keuntungannya, maka korang boleh pertimbangkan untuk melabur dalam unit amanah yang dikelaurkan oleh syarikat syarikat pengurusan unit amanah swasta.

Kesimpulan

ASB adalah unit trust. Cuma perbezaan ASB dan Unit Trust adalah dari segi jenisnya sahaja dan setiap jenis unit amanah pasti mempunyai kriteria yang berbeza-beza. Untuk korang yang memang dah melabur dalam ASB tahniah saya ucapkan kerana sanggup mengambil sedikit risiko untuk memperolehi keuntungan jangka panjang yang lebih besar. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi : Bagaimana Unit Trust Berfungsi

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →