Bismillahirrahmanirrahim
SnD dan SnR adalah topik yang biasa dibincangkan oleh trader trader sekarang ini. SnR amat ampuh dalam mencari kawasan reversal, ditambah lagi dengan SnD yang berfungsi untuk membentuk Zone dalam membantu trader daripada terkena Spike yang terhasil di kawasan SnR. Artikel kali ini saya akan tunjukkan cara mencari area supply and demand dengan kombinasi daripada SnR
Kepentingan SnR dan SnD
Sebenarnya SnR dan SnD ini kena bergerak seiringan kerana kedua-duanya saling melengkapi. Bila tak ada satu, setup tersebut akan jadi pincang. SnR digunakan untuk mencari garis harga terbaik dimana harga mampu untuk melantun atau tembus. Tetapi masalah SnR ini adalah spike yang terjadi dikawasan SnR ini adalah terlalu normal. Oleh itu selalu sahaja terjadi masalah SL trigger kemudian price meneruskan perjalanan trend semasa.
SnD pula cukup baik dalam menentukan zone sesuatu kawasan yang boleh kita agak sejauh mana spike akan berlaku. Tetapi kekerapan terjadinya Engulfing candlestick pattern yang tinggi menyebabkan kita tak tahu yang manakaha kawasan SnD yang baik. Jadi, dengan adanya bantuan daripada SnR, anda boleh andainya SnD yang berlaku dikawasan SnR adalah zone yang terbaik.
Cara Mencari Area Supply and Demand
Caranya cukup mudah, pertama kita harus mencari kawasan SnR dahulu. Saya tidak akan melukis secara manual tetapi saya akan gunakan bantuan indikator untuk menentukan kawasan tersebut adalah SnR yang baik. Saya menggunakan Indikator Higher High Lower Low dan anda boleh gunakan secara percuma di Tradingview. Taip sahaja di bahagian indikator dan anda akan nampak list indikator tersebut.
Kemudian, anda cuma perlu letakkan satu horizontal line dikawasan SnR tersebut. Lalu, anda akan lihat sepanjang garisan horizontal tersebut, ada tak pembentukan zone Supply and demand melalui pembentukan Candlestick Engulfing, tak kesah lah Bullish atau Bearish Engulfing. Jika anda, bermakna anda baru sahaja menjumpai satu setup yang sangat berkualiti.
Apabila anda sudah master dengan cara mencari area supply and demand, maka anda barulah boleh meletakkan limit pending order dikawasan SnD tersebut. Dengan menggunakan Money Management yang baik serta Risk and Reward ratio yang baik, anda selangkah lagi untuk menjadi seorang trader yang berjaya.
Kesimpulan
Secara amnya, saya telah menunjukkan cara mencari area supply and demand dengan kombinasi SnR. Jujurnya, saya tidak menggunakan sangat teknik SnD ini kerana tidak cocok dengan karakteristik saya. Saya lebih selesa untuk menggunakan indikator berbanding dengan teknik lukisan ini tetapi secara tak langsung saya juga boleh gunakan pengetahuan SnR dan SnD ini untuk menguatkan lagi justifikasi entri saya. Alhamdulillah.
Sumber : Ilmu dari ALLAH SWT
Baca lagi : cara menilai prestasi unit trust