Bismillahirrahmanirrahim
Anda pasti pernah dipersembahkan dengan bermacam macam produk unit trust di pasaran kan? Ada yang dari Public Mutual, ada yang dari Kenanga, ada yang dari Principal. Semua agen cakap produk mereka terbaik bukan? Jadi, untuk memeningkan anda lagi, meh saya tunjukkan cara menilai prestasi unit trust sama ada baik ataupun tidak.
Semua Unit Trust Adalah Baik
Bagi saya, semua unit trust adalah baik. Cuma bagaimana untuk kita dapatkan advantages daripada pembelian unit trust tersebut yang menjadi persoalannya. Sebagai seorang pelabur yang baik, anda haruslah mematuhi kriteria portfolio yang baik merangkumi daripada diversification process, balancing process dan juga averaging process.
Unit trust telah pun mencakupi dua dari tiga elemen tersebut iaitu rebalancing dan juga diversification. Maka, anda hanyalah perlu untuk laksanakan proses averaging. Anda boleh pilih sama ada nak average menggunakan standard averaging, defensive averaging ataupun smart beta averaging. Asalkan anda average, boleh consider anda seorang pelabur yang mantap ok?
Cara Menilai Prestasi Unit Trust Dengan Mudah
Ada banyak cara sebenarnya untuk kita lihat sama ada unit trust tersebut perform ataupun tidak. Dibawah saya senaraikan caranya beserta kemudian saya akan terangkan satu per satu.
- Lihat sama ada fund mampu untuk outperform benchmark
- Lihat sama ada Sharpe Ratio Positif atau tidak
- Lihat korelasi antara Fund Risk beserta dengan 3 Years Volatility
Pertama sekali, kita kena lihat adakah fund tersebut sedang outperform benchmark yang mereka tentukan. Setiap fund mempunyai benchmark yang berbeza beza. Dengan benchmark inilah yang akan menentukan prestasi unit trust tersebut baik atau tidak. Contohnya, Fund A mempunyai strategi medium to long investment yang target untuk membeli Small Mid Cap Company.
Benchmark yang digunakan adalah FBMKLCI Mid Cap. Untuk memastikan fund tersebut mantap, fund manager harus menunjukkan bahawa pemilihan stock yang dilakukan berjaya membuatkan nilai fund tersebut lebih baik daripada FBMKLCI Mid Cap. Ini adalah contoh yang mana Amanah Raya Fund berjaya outperform benchmark mereka. Dalam erti kata lain, fund manager mereka sangat power.
Kedua kita akan lihat sharpe ratio fund tersebut. Sharpe ratio merupakan kiraan yang menunjukkan kadar pulangan yang diberikan beserta dengan risiko yang bakal dihadapi. Mudah sahaja, anda harus pastikan sharpe ratio dalam keadaan positif sudah cukup untuk menyatakan fund tersebut adalah berbaloi. Jika bacaan sharpe ratio melebihi 1 ia menunjukkan fund tersebut sangat berbaloi untuk dilaburkan.
Terakhir kita akan tengok pada faktor fund risk beserta dengan 3 years volatility. Apa yang kita ingin lihat disini adalah adakah fund risk category tersebut tally dengan 3 years volatility. Misal kata Fund risk Category pada tahap rendah atau konservatif, kita akan expect 3 years volatility juga adalah rendah. Amanah Raya Syariah Trust Fund menunjukkan bahawa dua perkara ini adalah tally. Produk ini dikategorikan sebagai rendah risiko dan mempunyai 3 years volatility yang rendah.
Kesimpulan
Masih banyak lagi cara menilai prestasi unit trust yang wujud dalam dunia ini. Apa yang saya sampaikan sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada tuan puan bagaimana untuk memilih sesuatu fund dengan smart. Apabila anda didatangi oleh ejen, apa yang anda perlukan adalah tanyakan tiga soalan yang telah saya nyatakan seperti diatas. Alhamdulillah
Sumber : Ilham ALLAH SWT
Baca lagi : Trik Teknik Divergence