Trik Teknik Divergence Trading

Bismillahirrahmanirrahiim

Rasanya ramai dah tau kot pasal penggunaan divergence ni dalam trading betul tak? Divergence adalah satu keadaan yang mana pergerakaan harga berlawanan dengan pergerakan oscillator. Kita mesti lah pelik kan bila harga makin menaik tapi indikator makin menurun betul tak? Artikel kali ini saya akan menerangkan tentang trik teknik divergence dalam trading.

Masalah Utama Divergence

Masalah yang paling besar mestilah setup yang tak menjadi betul tak. Walau secantik manapun divergence tu terbentuk, tapi bila tak menjadi, pasti tak jadi lah orang kata. Ya la, bila kita lakukan analisis ni, kita hanya meningkatkan probability trade setup tu berjaya, bukan confirmation yang setup tu mesti berjaya. Jadi, ramai la yang menangis bila setup teknik divergence trading ni tak menjadi.

Kedua antara masalah yang dihadapi adalah kita tak tau mana nak detect swing hi lo yang boleh kita gunakan sebagai rujukan. Cara yang paling umum adalah kita hanya menggunakan titik bersilangan yang berlaku di kawasan OB dan OS. Bagi saya cara ini sudahpun cukup untuk kita detect divergence. Tak yah pening pening nak belajar benda yang pelik pelik

Trik Teknik Divergence Trading.

Cara ini sebenarnya mudah sahaja. Saya mendapat ilham daripada bacaan Chart Pattern. Contohnya jika berlaku double top, kita hanya akan entry bila price berjaya memecahkan kawasan neckline. Jadi, saya tengok dalam divergence, saya pun terfikir, why not kita tak lakukan benda yang sama. Kalau kita lihat common practice, ramai yang entri menggunakan candlestick reversal signal once bila dah dapat detect divergence.

Cara ini membuatkan korang akan sentiasa kena makan dengan failed setup. Oleh itu, kalau korang boleh bersabar sikit, tunggu sampai break neckline, sekurang kurangnya korang dapat merendahkan kebarangkalian korang terkena dengan failed setup ini. Jom aku tunjukkan dulu cara bagaimana untuk detect divergence dan mana bahagian neckline dia.

Antara indikator yang akan bantu korang untuk detect divergence adalah :

  1. Indikator Higher High Lower Low
  2. Indikator RSI SMA 14

Indikator 1 ni akan bantu korang nak tentukan kat mana swing hi low yang diperlukan. Jadi, korang tak payah nak teka teka kat mana swing yang terbaik ni. Dan korang tak perlu lagi tunggu sampai level OB dan OS pun korang dah tau kat mana swing diorang tu. So bagi aku memang membantu sangat indikator no 1 ni. Gunakan tradingview untuk letakkan indikator ini dalam chart.

Indikator 2 ni ramai dah tau la kan RSI. Kita akan guna indi ini untuk detect divergence yang terjadi antara oscillator dan juga chart price. Aku pilih RSI berbanding Stoch sebabnya bagi aku RSI punya data lagi accurate kerana ia less noise sikit berbanding dengan Stoch ni. Stoch senang nak capai had OB dan OS manakala RSI agak sukar. Jadi, aku pilih RSI lah sebagai indikator jenis oscillator yang akan bantu aku detect Divergence.

Just amik je LL dan LL kemudian guna vertical line, jadi mudah untuk tengok mana divergence berlaku.

Kemudian, bila dah dapat divergence kita nak tentukan mana neckline dia. Cara dia mudah sahaja, neckline akan terbentuk dalam kawasan antara dua vertical line tu. So dari situ, korang boleh agak mana harga paling tinggi dalam kawasan tersebut, itulah neckline yang boleh korang gunakan.

oK, sekarang dah ada divergence, dah ada neckline, yang perlu korang tunggu adalah price break kawasan neckline tersebut. Hasilnya korang boleh tengok sendiri harga naik dengan lebih tinggi selepas break neckline. Cara ini antara trik teknik divergence trading yang tak ramai tahu. Oleh itu korang boleh lah berbangga sebab korang antara yang sedikit tahu hehehe.

Kesimpulan

Teknik Trading Divergence memang satu teknik yang profitable. Once kita dapat rentak dia, inshaa ALLAH boleh makan dari pucuk sampai ke akar orang kata. Cuma kena sabar sedikit la, bukan senang nak dapat sesuatu ilmu tanpa lelah payah nye kan? Nak exam pun kena baca buku bertingkat tingkat baru senang nak ingat.

Sumber : ilham dari ALLAH SWT

Baca lagi : Kelebihan Unit Amanah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →