Ini Kelebihan Unit Amanah Yang Buat Anda Teruja

Bismillahirrahmanirrahiim

Penubuhan unit amanah di Malaysia bermula sekitar 1990 an dan semakin rancak apabila menuju tahun 2000. Matlamat penubuhan unit amanah tidak lain tidak bukan selain merancakkan pasaran ekonomi, ia juga memberikan peluang kepada orang biasa untuk melabur dengan lebih bersistematik. Artikel ini akan fokus kepada kelebihan unit amanah yang perlu anda ketahui apabila ingin memulakan pelaburan.

Apa itu Unit Amanah

Secara amnya, unit amanah adalah satu pelaburan kolektif yang mempunyai objektif yang terkait. Contohnya unit Amanah ABC mempunyai objektif pelaburan jangka masa sederhana dan ingin mencapai sasaran keuntungan melalui capital appreciation dan mempunyai tingkat risiko yang agak agresif. Jadi, bagi mereka yang merupakan seorang risk taker dan sanggup untuk menunggu dalam tempohn 5 tahun, maka mereka adalah orang yang sesuai untuk melabur dalam unit amanah ABC

Namun, bagi mereka yang masih takut takut dengan naik turun harga pasaran tetapi masih lagi ingin melabur, mungkin unit amanah XYZ sesuai dengan mereka. Unit amanah XYZ fokus kepada pendapatan tetap yang diperolehi daripada pembayaran dividen daripada hasil pelaburan dalam sukuk/bon ataupun pasaran kewangan. Oleh itu, mereka boleh menikmati bayaran dividen dan mempunyai peluang untuk mendapat keuntungan dari segi capital gain dalam kadar risiko yang rendah.

Kelebihan Unit Amanah

Anda boleh sahaja melabur secara sendiri melalui akaun CDS, tetapi apa kata anda berikan sedikit masa untuk anda lihat apakah kelbihan unit amanah berbanding daripada melabur secara terus. Umumnya, terdapat 5 kelebihan yang perlu anda ketahui

Kepelbagaian Aset Pelaburan

Jika anda melabur diversifikasi atau kepelbagaian aset pelaburan merupakan faktor wajib yang perlu anda ambil kira. Diversifikasi ini boleh datang dalam bermacam cara contohnya diversifikasi dari berbagai sektor, berbagai kelas aset, ataupun berbagai negara. Keperluan diversifikasi ini adalah supaya portfolio pelaburan anda tidak fokus kepada satu aset sahaja membuatkan risiko anda menjadi tinggi.

Dengan adanya kepelbagaian aset pelaburan, ia boleh melandaikan risiko anda, sekaligus memberikan pulangan yang lebih baik berbanding melabur dalam satu jenis aset sahaja. Contohnya, anda hanya melabur dalam sektor teknologi sahaja, namun malangnya sektor tersebut mengalami kejatuhan menyebabkan portfolio anda terkesan dengan teruk. Namun jika anda melabur sehingga 5 atau 6 sektor, walaupun satu sektor jatuh, sektor sektor lain boleh mengurangkan impak kerugian tersebut.

Contoh aset yang dilaburkan dari segi jenis aset, negara serta sektor yang telah dilaburkan

Mudah Untuk DIbeli dan Dijual

Proses membeli dan menjual unit amanah semakin mudah. Inilah antara kelebihan unit amanah yang perlu anda ketahui. Lagi lagi pada zaman online ini, semua berada di hujung jari. Kebanyakan syarikat pengurusan unit amanah juga telah mengambil inisiatif dalam membangunkan aplikasi pelaburan syarikat mereka. Jadi, anda tidak perlu lagi susah payah untuk mengisi borang untuk membeli dan menjual unit amanah anda, hanya dengan beberapa klik semua urusan selesai.

Contoh penebusan yang dilakukan secara online. Tiada lagi walk ini yang memenatkan

Dana Diuruskan Oleh Fund Manager

Mungkin anda tertanya tanya, siapakah yang akan menguruskan wang anda. Untuk makluman anda, Fund Manager di dalam syarikat pengurusan unit amanah lah yang akan menguruskan pelaburan anda. Mereka merupakan orang yang berkelayakan dari segi akademik dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan. Oleh itu, bagi anda yang tiada pengalaman, ia adalah satu tindakan yang bijak kerana wang pelaburan anda diuruskan oleh mereka yang benar benar layak.

Pendedahan Awal Terhadap Pelaburan

Ini antara kelebihan unit amanah yang sangat besar kepada orang ramai. Bayangkan dengan bermodalkan serendah RM 100, anda boleh terdedah dengan pelaburan yang berbagai jenis kelas aset atau berbeza negara. Sesebuah unit amanah mempunyai pegangan lebih kurang 20-30 saham yang dibeli dalam satu portfolio. Oleh itu, dengan RM 100, anda boleh menikmati pelaburan yang sama tanpa memerlukan modal yang besar.

Bayangkan jika anda melakukan pelaburan secara terus, Amnya anda perlukan lebih kurang RM 10,000 dan boleh membeli sekitar 5-6 saham dalam satu masa, itupun anda terpaksa berhati hati dalam membuat pilihan saham yang anda ingin beli. Jika anda beli terlampau sedikit, ia mungkin tidak berbaloi dengan kos brokerage yang perlu anda tanggung

Kos Pelaburan Yang Rendah

Unit amanah membeli sesuatu aset dalam bentuk pukal. Oleh itu mereka menikmat kos belian dan jualan yang lebih rendah berbanding anda melabur secara terus. Contohnya, jika anda membeli saham, kos brokerage yang dikenakan adalah 0.08%, tetapi melalui unit amanah, mereka hanya dikenakan sebanyak 0.04% sahaja disebabkan kuantiti belian yang besar.

Kesimpulan

Kelebihan unit amanah ini memberikan jalan kepada orang awam yang tiada pengalaman, tetapi mempunyai wang lebihan yang ingin diuruskan secara sah dan professional oleh mereka yang layak. Saya sangat menyarankan untuk anda membeli walau satu dana unit amanah kerana pulangannya yang berbaloi iaitu sekitar 10-15% setahun mampu untuk anda melawan inflasi yang saban tahun meningkat. Sekian terima kasih. Alhamdulillah

Sumber : Nota FIIM

Baca lagi : Cara Mengesan Trend Reversal

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →