Cara Mengesan Trend Reversal

Bismillahirrahmanirrahim

Trend reversal adalah sebuah keadaan yang mana berlaku pertukaran trend sama ada daripada uptrend kepada downtrend ataupun downtrend kepada uptrend. Kepada sesiapa yang power boleh detect awal trend reversal ni, memang senyum kambing la sebab dapat ride the whole trend dari awal lagi. Artikel kali ini akan menerangkan tentang cara mengesan trend reversal menggunakan sebatang candlestick sahaja.

Masalah Trend Reversal.

Masalah utama dalam mencari trend reversal adalah, ia tidak reverse. Haha. Jadi, bila korang rasa nak reverse selamba badak je diorang sapu ko punya SL. Peduli apa market kat korang betul tak. Even dengan cara mengesan trend reversal yang aku nak tunjukkan pun sama je kekdahnya. Akan terkena juga dengan market uncertainty and volatility ni. So, berdamailah dengan takdir dan terima sahaja apa adanya. At least korang membuat kriteria entri berdasarkan kepada Ilmu dan bukan tembak rambang.

Candle Head Of Gangster (HOG)

Cara mengesan trend reversal yang aku akan kongsikan adalah dengan menggunakan candlestick head of gangster. Cara ini diajar oleh seorang mamat cina nama Calvin dalam buku dia ARTT Technical Analysis. HOG merupakan candlestick yang paling dominan di dalam sesebuah trend. Dengan mengesan HOG, kita boleh andaikan adakah trend semasa kuat melampau lampau macam minum milo ataupun trend dah lemah dan perlukan viagra.

Terdapat dua jenis HOG iaitu

  1. Bullish HOG : Terjadi semasa Uptrend
  2. Bearish HOG : Terjadi ketika downtrend

Tiga level HOG beserta penerangannya

  1. Level 1 : Kedudukan HOG di awal trend, ia menunjukkan trend kuat melampau
  2. Level 2 : Kedudukan HOG di pertengahan trend. menunjukkan so-so la momentum dia
  3. Level 3 : Kedudukan HOG di akhir trend. Menunjukkan momentum dah berakhir dan pergerakan price just nak memancing untuk makan SL sahaja.

Kita akan cuba kejar dan dapatkan HOG level 3 ni. Yang lain lain kita tak mau lah aih. Dengan HOG level 3 ni lah kita akan try kesan reversal dalam sesuatu kaunter.

Cara Menggunakan HOG

Mudah sahaja, bila korang detect je HOG level 3, gariskan satu line dibawah low candlestick HOG (Bullish) dan high HOG (Bearish). Kemudian tunggu sahaja price break dari kawasan tersebut dan akhirnya korang boleh lah buat entry secara instant ataupun limit order. SL korang boleh letak dikawasan High (Bullish HOG) atau Low (Bearish HOG)

Kesimpulan

Tidak semua HOG boleh memberi impak yang memberangsangkan. Masih ada banyak lagi komponen yang korang perlukan untuk absahkan HOG ni contohnya volume. Aku secara personal tak gunakan cara ini tetapi aku rasa ia boleh bantu korang yang suka trade pada kadar reversal ni. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.

Sumber : ARTT of Technical Analysis

Baca lagi : Masa Sesuai Beli Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →