Bilakah Masa Sesuai Beli Unit Trust

Bismillahirrahmanirrahim

Unit trust atau unit amanah ni adalah salah satu produk pelaburan yang berisiko sederhana. Sebabnya? Sebab satu kumpulan unit amanah memegang berbagai jenis aset pelaburan yang biasanya datang dari ekuiti, pasaran modal, serta bon/sukuk. Tapi orang selalu tertanya tanya bila masa sesuai beli unit trust ni? Artikel kali ini saya akan rungkaikan persoalan tersebut supaya lepas ni korang ada guide camne nak beli unit trust.

Unit Trust Investment Adalah Game Untuk Pelabur

Sebelum korang invest, korang kena set dalam minda korang dahulu yang korang sedang engage dalam medium-long period investment. Senang cerita korang kena commit dalam 3 tahun keatas untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Secara amnya, satu produk pelaburan unit trust bertaraf moderate ke aggresif boleh memberi pulangan sekitar 10-15% setiap tahun.

Cumanya, bila melabur unit trust ni, bukanlah bermaksud hasil tu boleh nampak setiap tahun flat je 10-15%. Bukan begitu dong. Performance produk boleh dilihat selepas 3-5 tahun, contohnya korang dapat keuntungan dalam 40% lepas 3 tahun. Jadi, 40% bahagi je 3 tahun, so dapatlah purata dalam 13% setiap tahun. Mungkin tahun pertama korang rugi, tahun kedua dah start untung sikit dan tahun ketiga terus naik sampai 40%.

Korang rasa lama ke 3-5 tahun tu? Lama gak la tapi hutang boleh lak korang commit untuk 10 tahun sampai 40 tahun pun ada. So, bagi aku kira ok la 3-5 tahun tu. Kalau korang nak melabur, pastikan korang ada target yang nak korang capai dengan duit tu contoh sebagai modal kahwin ke, modal deposit rumah ke ataupun modal deposit kereta.

Masa Sesuai Beli Unit Trust

Ok, jom kita jawab terus persoalan pokok dia. Jawapan yang paling tepat adalah waktu harga tengah jatuh. Itulah waktu terbaik sekali untuk korang beli unit trust. Jadi, masa nak langgan produk tu, tanya terus pada ejen, unit trust mana yang harga tengah jatuh, lepas tu terus sambar. Tak yah pening kepala. Memang, lepas korang sambar tu korang akan rugi atas kertas dalam setahun dua, tapi lepas tu dia mencanak sampai putih biji mata korang.

Masa harga tengah jatuh ni, korang jangan nak terus all in. Rileks dulu, harga mungkin jatuh lagi. Masa ni la korang kena apply teknik Dollar Cost Averaging, iaitu pelaburan secara berkala. Korang akan sentiasa deposit untuk buat pelaburan sama ada setiap bulan ke, setiap 3 bulan ke atau setiap 6 bulan. Itu terpulang kepada kesesuaian masing-masing. Tapi paling mudah nak ikut adalah buat pelaburan setiap bulan.

Lepastu korang cuba tanya ejen korang, produk yang mana tengah jatuh paling terus sekali. Bila ejen dah bagitau produk sekian sekian, korang boleh standby untuk all in. Produk Unit trust yang jatuh paling teruk adalah yang paling sesuai untuk korang all in waktu tu. Cuma korang kena baca sikit prospektus unit trust tu supaya korang tau nature produk tu melabur dalam instrumen apa dan bagaimana.

Kenapa masa sesuai beli unit trust ni adalah ketika waktu harga jatuh? Bagi pelabur, ia dipanggil sebagai harga diskaun. Bila korang beli pada harga murah maknanya unit milikan korang pun akan banyak. Contoh, korang ada modal RM 1,000, beli pada harga unit trust RM 1, korang dapat 1,000 unit je. Bayangkan kalau korang beli pada harga RM 0.50, tak ke dah dapat 2000 unit.

Harga BelianUnit Milikan (Modal RM 1000)Agihan Pendapatan 3:50
RM 1.001000 Unit60 unit bonus
RM 0.502000 Unit120 unit bonus

Jadi, apa pentingnya dapat collect banyak unit? Penting lah sebab pembayaran dividen berdasarkan kepada jumlah unit yang korang ada. Biasanya dividen tak dibayar cash, tapi diberi dalam bentuk unit saham. Contohnya syarikat umum untuk bagi dividen 3:50 bermaksud 3 unit bonus pada setiap 50 unit milikan. Sekiranya korang ada 1,000 unit, maka korang akan terima 60 unit bonus. tapi kalau korang ada 2,000 unit, kan dah dapat 120 unit bonus.

Kita tukar pula kepada bentuk RM. Misal kata harga masa tu adalah RM 0.70, so, yang ada 60 unit bila ditukar kepada RM menjadi sebanyak RM 42, manakala kes yang ada 120 unit akan dapat RM 82 ringgit. Bila dinisbahkan kepada modal pokok, korang dah terima 4.2% untuk 60 unit dan 8.4% untuk 120. Kiraan ini semua contoh sahaja ye, kalau ikut situasi semasa jarang boleh dapat camni.

Kes Study Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund

Ok, kalau tengok dalam ni, kita dapat lihat yang dana ni sedang jatuh. Faktor kejatuhan adalah disebabkan hyper inflasi di US, Covid dan juga high interest rate. Memang kerajaan US pakau gila2 nak kawal inflasi akibat oil sanction dari Russia. Alih alih stock market terjun beramai ramai dan dana ni juga antara yang terkesan sebab faktor pemberat dia adalah sektor teknologi.

Harga dana jatuh, time unutk buat duit

Dana ini adalah dana yang cukup sesuai untuk korang beli. At least walaupun harga mampu jatuh lagi, tapi korang dah pun beli pada harga yang dianggap sebagai murah dan secara tak langsung korang dah cut masa pelaburan yang mana tak perlu lah korang tunggu terlalu lama untuk recover. Mungkin daripada korang tunggu 5 tahun, tapi sebab korang beli masa harga jatuh, so pelaburan korang recover dalam 3 tahun sahaja.

Jika korang berminat nak melabur dalam dana ni, boleh PM aku di 018-941 8731. Aku akan terangkan secara terperinci bagaimana strategi averaging yang paling sesuai untuk korang guna sama ada Standard Averaging, Smart Beta Averaging ataupun All In. Setiap teknik ada kesesuaiannya.

Kesimpulan

Amnya, beli lah fund yang tengah jatuh, tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk meletup selepas itu. Korang hanya perlu konsisten tambah pelaburan korang supaya accumulated unit korang akan bertambah lebih banyak. Dalam korang tunggu untuk dapatkan pulangan dari capital gain, boleh la korang merasa bayaran dividen dahulu kan? Inshaa ALLAH

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : kesan kenaikan opr bank negara

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →