Kesan Kenaikan OPR Bank Negara 2022

Bismillahirrahmanirrahim

OPR merupakan salah satu mekanisme yang digunakan oleh kerajaan dalam mengawal jumlah wang yang berada di dalam pasaran. Banyak perkara yang harus diberi perhatian namun untuk artikel kali ini saya akan terangkan kesan kenaikan OPR bank negara kepada pelabur dan juga pengguna. Saya akan breakdown penerangan tersebut kepada dua bahagian.

Maksud OPR

Sebelum kita mengulas dengan lebih lanjut, adalah baik untuk kita ketahui dahulu apa itu OPR. OPR adalah Overnight Policy Rate, iaitu Polisi Kadar Semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara terhadap semua jenis pinjaman yang wujud di negara Malaysia.

Tujuan Penyelarasan OPR

OPR ini sering dilaraskan seiring dengan keadaan semasa. Tujuan penyelarasan OPR adalah untuk mengawal impak inflasi dan juga deflasi. Biasanya apabila inflasi berada diluar daripada kadar sasaran seperti Malaysia kadar inflasi sekitar 4%, OPR akan dinaikkan bagi tujuan untuk menurunkan semula kadar tersebut. Contohnya, jika inflasi melambung sehingga 5%, OPR akan dinaikkan secara drastik.

Berbeza dengan keadaan deflasi, OPR akan diturunkan bagi merancakkan dan meningkatkan kuasa beli pengguna. Sekiranya OPR tidak diturunkan, ekonomi akan menjadi lembam akibat kurangnya kuasa beli menyebabkan pengakhiran kepada banyak industri yang tidak mampu bangun disebabkan tiadanya pembeli kepada barangan ataupun perkhidmatan.

What is supply and demand? - Market Business News
OPR memberi impak tak langsung kepada Supply and Demand dengan menghadkan atau meningkatkan kuasa beli pengguna

Kesan Kenaikan OPR Bank Negara Dari Sudut Kewangan Peribadi

Dari sudut kewangan peribadi, its a hell. Bayaran komitmen akan meningkat. Jika dulu anda membayar hanya RM 500 untuk hutang kereta, ia akan meningkat menjadi RM 550 sebagai contoh. Tidak ditambah lagi dengan hutang lain seperti rumah, kredit kad dan loan peribadi, semua akan meningkat. Oleh itu, kuasa beli anda semakin berkurangan menyebabkan anda akan menjadi very selective untuk membeli sesuatu barangan dan perkhidmatan.

Bagi peniaga pula caj servis dan juga barangan mereka terpaksa direndahkan bagi menjana jualan, sesuai dengan kemampuan kuasa beli pengguna ketika itu. Andai harga tidak diturunkan, maka agak sukar untuk peniaga meraih jualan dan akhirnya perniagaan tidak dapat sustain kerana kurangnya pembeli. Oleh itu, harga terpaksa diturunkan untuk meet dengan kuasa beli pengguna.

Kesan Kenaikan OPR Bank Negara Dari Sudut Pelaburan

Dari segi sudut pandang pelaburan pula, ia adalah satu rahmat. Ketika OPR dinaikkan, semua jenis bentuk pelaburan akan mendapat pulangan yang lebih besar. Pelaburan yang dinyatakan lebih kepada instrumen debt security seperti Bon/Sukuk, Simpanan, Fix Deposit dan Pasaran Kewangan. Pelaburan saham atau derivatif tidak terkesan dengan OPR ini.

Contohnya, dulu anda simpan Fix Depo hanya mendapat pulangan sebanyak 2% sahaja, namun selepas OPR diumumkan, anda bakal menerima keuntungan sebanyak 3%. Hal ini membuatkan pelabur akan mula tertarik untuk melabur di dalam Malaysia kerana pulangan yang tinggi. Jadi, semakin banyak pelabur luar yang masuk, ia akan memperkuatkan lagi kedudukan matawang kita.

Kesimpulan

Umumnya, semasa OPR naik, pengguna dan peniaga lokal akan sedikit perit pada jangkamasa pendek, namun untuk jangka masa panjang, penarikan pelabur asing ke dalam Malaysia akan memperkukuhkan lagi kedudukan ekonomi kita pada masa akan datang. Jadi, kenaikan OPR atau penurunan OPR sentiasa ada Pro dan Contra yang perlu korang fahami. Alhamdulillah.

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Fungsi Warrant Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →