Bismillahirrahmanirrahiim
Warrant merupakan satu produk yang sah dan didagangkan didalam Bursa Malaysia. Ia boleh dijual beli sama seperti saham dan tarikan utama pembelian warrant adalah disebabkan harganya yang murah. Artikel kali ini saya akan terangkan fungsi warrant saham dan kenapa ianya diterbitkan kepada pasaran terbuka di dalam bursa.
Fungsi Warrant Saham
Fungsi utama warrant saham adalah untuk memberikan hak kepada para pembeli warrant untuk membeli saham induk pada harga yang lebih murah. Oleh itu, bagi mereka yang ingin membeli sesebuah saham syarikat pada harga diskaun, mereka boleh membeli warrant dan kemudian menunggu sehingga tarikh exercise warrant dilaksanakan.
Sebagai seorang pemegang warrant, korang tiada hak seperti pemegang saham iaitu menerima dividen dan hak untuk mengundi. Warrant hanyalah hak untuk membeli saham induk. Itu sahaja. Oleh itu, jika anda merupakan seorang pelabur dan inginkan harga saham syarikat yang mahal, anda boleh gunakan fasiliti warrant ini untuk mendapatkan pada harga diskaun.
Persoalan seterusnya, apakah fungsi warrant saham kepada syarikat pula. Bagi syarikat, terbitan warrant adalah untuk mendapatkan modal pusingan bagi tujuan untuk operasi perniagaan mereka, selain daripada membuat pinjaman perniagaan yang mana bayaran faedah cukup tinggi. Oleh itu, warrant saham merupakan alternatif yang dibenarkan untuk mendapatkan modal dari orang awam.
Apabila warrant saham tersebut di convert kepada mothershare, kebiasannya harga akan jatuh kerana pertambahan Outstanding share yang telah berlaku hasil daripada tambahan warrant yang telah di convert. Contohnya, sebelum ini outstanding share adalah sebanyak 500 juta. Selepas exercise warrant, terdapat pertambahan sebanyak 1 juta saham menyebabkan outstanding share bertambah dan harga akan jatuh bagi tujuan pelarasan.
Kelebihan Pada Warrant Saham
Selepas kita ketahui fungsi warrant saham, kita cuba beralih kepada kelebihan yang ada pada warrant saham. Of course, kelebihan utamanya adalah harga yang murah. Disebabkan harga yang murah, ianya menjadi lubuk bagi retail trader yang mempunyai modal yang kecil untuk mendapatkan keuntungan yang besar. Contohnya, untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM 300 bagi pergerakan sebanyak 8 bid, anda perlukan modal RM 5,000 jika beli saham induk. Namun jika anda membeli warrant, anda hanya perlu keluarkan sebanyak RM 2,000 sahaja untuk mendapatkan potensi capital gain yang sama.

Oleh itu, anda mempunyai baki trading limit yang lebih banyak dan memberikan anda peluang untuk hold lebih banyak warrant dan generate lebih banyak untung, tanpa menggunakan fasiliti margin yang ditawarkan oleh pihak broker. Bayangkan dengan RM 10,000 anda hanya boleh membeli 2-3 saham induk sahaja, tapi dengan membeli warrant, mungkin anda boleh beli sehingga 7-8 warrant dengan potensi gain yang sama.
Kedua, bagi para pelabur pula, sudah pasti akan menggunakan fungsi warrant saham dengan semaksimum yang mungkin iaitu membeli pada harga diskaun. Pelabur dapat collect unit yang lebih banyak hasil daripada belian saham yang lebih murah dari harga semasa saham induk. Jika mereka dapat collect unit yang lebih banyak, secara tak langsung keuntungan pembayaran dividen juga adalah tinggi.
Kesimpulan
Bagi aku fungsi warrant saham ini sangat membantu bagi mereka yang bermodal kecil. Namun begitu, masalah untuk trade warrant ini adalah korang kena amik sikap untuk peram, agak sukar untuk digunakan sebagai kaunter untuk trade disebabkan volume yang tak berapa ok. Selalunya warrant saham ini bentuknya banyak yang jenis sikat dan tahi lalat. Alhamdulillah
Sumber : iSaham, KLSE, Pengalaman
Baca lagi : Apa itu Fractional Share