Bismillahirrahmanirrahim
Bagi newbies, kalau korang baru je terjun masuk dalam dunia kripto, banyak sangat term yang korang sendiri akan pening. Cefi la Defi la Gas la hot wallet dan sebagainya. Dan tak terlepas juga adalah term smart contract. So, korang mesti pening punya nak fahamkan maksud smart contract ni sebab bahasa canggih sangat. Jangan risau, artikel kali ini aku akan kupas pasal maksud smart contract ni.
Maksud Smart Contract
Straight to the point la ek, menurut seorang pakar komputer bernama Nick Szabo, smart contract adalah satu fungsi yang mengemaskan dan melindungi rangkaian komputer melalui penyatuan protokol melalui interface pengguna. Kerut dahi kan? Takpe, sebenarnya senang je nak faham kita akan bagi contoh layment term untuk korang faham.
Contoh Smart Contract
Ok, macam ni. Buang semua jargon jargon yang korang tak faham tu pasal maksud smart contract. Protokol lah, interface la, tak yah semua tu. Anggap macam ni sahaja, sekarang ni ko pergi kedai nak beli gula dekat kedai runcit. Jadi, untuk ko memiliki gula tu, peniaga akan keluarkan satu smart contract iaitu, gula tersebut hanya boleh dimiliki apabila ko bayar peniaga tu sebanyak RM 3.00.
So, ko pergi kaunter bawak gula tu, ko bayar RM 3.00, peniaga bagi ko gula. Senang kan. Itulah analogi smart contract. Smart contract akan menyenaraikan sesuatu kriteria sebelum ko memiliki gula tu. Dan kriteria dia adalah kalau ko bagi RM 3.00, dia akan bagi ko gula. Dan bila ko dah bayar, automatik smart contract tu dah lengkap, peniaga dapat duit, ko dapat barang.
Kita twist sikit lagi bagi korang faham. Sama je contoh macam tadi, ko nak beli gula, dan peniaga bagitau melalui smart contract, ko kena bagi dia RM 3.00 sambil menari. Jadi, kat sini ada dua kriteria yang ko kena penuhi iaitu “bagi RM 3.00” dan “menari”. Kalau ko tak meet dua dua syarat tersebut, misal katalah ko just bagi duit je tapi tak menari, maka tiada transaksi akan berlaku. Ko bayar lah RM 300 pun, selagi ko tak menari, transaksi takkan berlaku.
Kat Mana Selalunya Jumpa Smart Contract ni?
Selain korang tau maksud smart contract ni, korang kena tau gak kat mana selalunya jumpa smart contract ni. Ok, sekarang ni nak beli atau jual crypto ni ada dua tempat iaitu Centralized Exchange (Cex) ataupun Decentralized Exchange (Dex). Kebanyakan smart contract ni, korang akan nampak secara jelas dekat dalam Dex, contoh platform Dex adalah Uniswap, Pancakeswap. Kalau guna Cex ni tak nampak sangat sebab jual beli pakai order book.
Jadi, bagi orang baru nak terjun dalam bidang kripto ni, pakai je Centralized Exchange contoh Huobi atau Binance. Tak perlu lah korang nak fikir pasal smart contract bagai ni. Kang tak pasal pasal korang kena menari tik tok lak sebelum beli bitcoin.
Kesimpulan
Ok lah, aku dah terangkan pasal maksud smart contract ni pada korang. Senang je kan? Jangan peningkan kepala, ia ibarat satu surat perjanjian je, cuma dalam bentuk digital, dan berlaku secara automatik. Jika korang masih pening lagi pasal smart contract, guna sahaja Centralized Exchange untuk jual beli kripto. Mudah gitu. Nak buka akaun Huobi (CEX) boleh roger aku ok?
Alhamdulillah
Sumber : Intradaydotmy, Investopedia, trustwallet, sisbinus
Baca lagi : Pengalaman Melabur Unit Trust