Labur atau Simpan? Mana Yang Utama

Bismillahirrahmanirrahim

Labur atau simpan? Dua benda ni nampak macam sama tapi sebenarnya berbeza. Kalau melabur terlampau kerap, takut akan berhadapan risiko rugi, kalau simpan terlalu lama, takut nilai duit semakin menurun. Jadi nak yang mana satu ye? Korang jangan risau, aku akan kupas antara kedua dua elemen ini iaitu labur atau simpan.

Perkara Penting Yang Perlu Tahu Berkenaan Dengan Labur Atau Simpan

Kita akan bahaskan kedua dua benda ini dalam beberapa aspek, dan cara bagaimana nak tweak kedua dua elemen ini. So aku akan bahaskan dari sudut pandang.

  1. Risiko
  2. Kesesuaian
  3. Komitmen
  4. Urgency

First, kita akan tengok tentang risiko. Dalam pelaburan, risiko automatik akan berada dalam keadaan sederhana sehingga tinggi, bergantung pada produk pelaburan yang korang pilih Secara amnya korang boleh tau risiko produk pelaburan seperti dibawah :

  1. Sederhana : Unit Amanah / Sukuk atau Bond
  2. Tinggi : Saham
  3. Hyper Tinggi : FCPO / Leverage Product

Bila kita kata ada risiko, bermakna modal pelaburan korang boleh lebur. Darjah risiko yang ada akan menentukan laju atau lambat modal korang lebur. Tapi dalam masa yang sama, profit juga akan laju atau lambat berkadar dengan risiko yang korang ambil. Contoh, profit saham lebih perlahan jika nak dibandingkan dengan produk yang hyper tinggi risiko macam FCPO. Jika dalam saham, untuk dapat untung RM 500 memerlukan masa dalam seminggu, FCPO boleh capai kadar tersebut hanya dalam sehari.

Sekarang kita tengok pula menyimpan. Menyimpan tiada risiko langsung. Simpan RM 100, esok korang withdraw masih lagi bernilai RM 100. Cuma korang terlepas untuk dapat gain yang lebih tinggi jika duit tu korang tak gunakan untuk dalam jangka masa yang lama. Jangan risau, kita akan bincangkan benda ni selepeas ini. Jadi kesimpulannya, melabur ada risiko, menyimpan takde risiko.

Top 10 Malaysia Shariah (Islamic) Unit Trust Funds Comparison! - Invest  Made Easy | I3investor
Contoh senarai unit trust yang ada dalam Malaysia

Kedua, kita akan tengok dari segi Urgency. Siapa yang sesuai untuk melabur dan siapa yang sesuai untuk menyimpan. Melabur hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai lebihan, manakala menyimpan sesuai untuk mereka yang terpaksa melakukan force saving. Mereka yang melabur ni biasanya akan gunakan duit yang tidak akan digunakan dalam jangka masa yang panjang, minimum setahun. Jadi, jika korang ada lebihan, tapi mungkin akan gunakan pada 6 bulan akan datang contohnya, lebih baik menyimpan.

Ketiga lihat kepada komitment individu. Jika individu tersebut mempunyai komitment yang terlampau tinggi sehingga sukar untuk menyediakan 10% untuk tujuan labur atau simpan, individu tersebut lebih sesuai untuk menyimpan. Kemungkinan duit lebihan yang ada pada bulan tersebut akan digunakan pada masa akan datang sekiranya terjadi perkara diluar jangkaan. Andainya seseorang itu mempunyai komitment yang rendah, contoh hanya fokus kepada perbelanjaan bulanan keluarga serta bayaran pinjaman rumah sahaja, maka individu tersebut layak melabur.

Terakhir lihat kepada kesesuaian. Melabur hanya sesuai bagi mereka yang ada asas pelaburan, dan faham dengan risiko yang bakal dihadapi. Jika anda tidak faham tentang pelaburan, dan tidak sanggup untuk menghadapi risiko, jadi, anda tidak layak untuk melabur. Bukanlah nak kata menyimpan ini tidak bagus, cuma jika diri anda memang tak mampu untuk hadapi risiko, langkah terbaik adalah jangan melabur. Duit boleh dicari, namun kesihatan mental dan emosi lebih penting dari keuntungan pelaburan.

Milestone Melabur atau Menyimpan

Jadi, mesti korang confuse bila boleh start melabur kan. Sebenarnya benda camni ada milestone dia. After dah hit satu target lompat ke satu target kemudian lompat ke satu target sampai korang punya risk tolerance semakin tinggi dan skill labur korang semakin hebat.

  1. Kurangkan komitment bulanan yakni, bayaran pinjaman wajib macam rumah, kereta, loan peribadi. At least dapat kill satu pinjaman bank pun dah ok untuk korang start labur. Jadi, wang lebihan yang patut korang bayar duit kereta contohnya, itulah duit yang boleh korang labur. Ada duit lebih, try kill dulu satu komitment
  2. Setel nombor satu? Then next thing adalah kena hit emergency fund sebanyak 3 bulan minima based on gaji korang. Contoh gaji RM 2,000 sebulan, korang kena simpan sampai dapat RM 6,000.
  3. Milestone kedua da capai? Ok, sekarang ni guna Emergency Fund tu dan main Fixed Deposit pulak. Fix Depo takde risiko jangan risau, lock period pun tak perlu tunggu setahun, sebulan pun boleh. Rasa dulu feel dapat duit untung dari FD.
  4. So dah rasa dah camne dapat untung dari FD? Sekarang barulah masanya untuk korang labur. First try labur pada unit amanah harga berubah level Moderate.
  5. Dah setahun, dah dapat makan untung Unit Trust level moderate, kemudian switch kepada Unit Trust level Aggresive
  6. Dah merasa yang aggresive, sekarang baru korang melabur sendiri dalam saham guna akaun CDS.
  7. Dah power labur pakai saham, lompat pulak masuk FCPO.
Mutual funds - Fixed deposit rates in Malaysia has gone... | Facebook
Senarai Fix Deposit Return di Malaysia tahun 2010

Kesimpulan

Labur atau simpan? Dua dua penting dan perkara ini ada step-step yang perlu korang follow satu per satu. Secara amnya, ada duit lebih, setel hutang dulu, kemudian simpan, lepastu labur. Jangan terlalu ghairah untuk melabur, sebab melabur ni hukum dia kira macam sunat je, yang penting bayar hutang dulu. Sebab tak bayar hutang, ruh boleh tergantung di akhirat ye.

Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman Sendiri

Baca lagi : Maksud Smart Contract Dalam Crypto

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →