Kelebihan Simpan Duit di ASB Berbanding di Bank

Bismillahirrahmanirrahiim

Amanah Saham Bumiputera merupakan satu alternatif pelaburan yang dijamin oleh kerajaan bagi membantu memperkasakan ekonomi bumiputera satu ketika dulu. Dengan adanya platform ini, ia mampu untuk menarik ramai pelabur bumiputera untuk melabur yang mana jika dulu bumiputera agak skeptikal dengan pelaburan saham. Artikel kali ini aku akan kupas kelebihan simpan duit di ASB berbanding dalam bank bank tempatan.

Cara Menyimpan di ASB

Sebelum kita pergi lebih jauh, sekarang ini nak menyimpan dekat ASB cukup mudah. Tidak perlu lagi korang nak pergi ke kaunter ASB ataupun kaunter kaunter ejen mereka yakni bank bank tempatan untuk buat penambahan pelaburan. Yang best nya nak deposit nak withdraw semua boleh dilakukan secara online. Cuma bila withdraw tu limit hanya RM 1,500 sahaja per day. Tapi its okay bagi aku.

So nak menyimpan, caranya adalah korang kena download sahaja Apps MyASNB dan carry on dengan semua step yang diarahkan. Cuma untuk first time login, jika no telefon korang tk di daftarkan lagi, maka korang kena pegi kaunter sama ada kaunter ASNB atau ejen untuk daftar no telefon korang. Bila da approve, barulah boleh pakai apps tersebut.

Jadi urusan penambahan dana pelaburan atau nak beli lain lain produk pelaburan di bawah PnB semua boleh dilakukan dalam apps tersebut. Bagi aku benda ni sangat memudahkan sebab aku tak perlu lagi nak beratur dekat bank semata mata nak tambah pelaburan dalam RM 100 or RM 200 sahaja. Just tranfer je dari akaun bank aku ke akaun ASNB melalui my ASNB.

app store myasnb | Denaihati
Contoh tangkap layar myASNB. Kredit kepada denaihati

Kelebihan Simpan Duit di ASB

Sekarang aku akan terang apa kelebihan yang ada dengan menyimpan duit di ASB berbanding simpan di bank bank local. Pertamanya, bila korang menyimpan di ASB, korang sebenarnya tak menyimpan, tapi korang sebenarnya sedang melabur. ASB adalah unit amanah harga tidak berubah, jadi modal korang tak akan rugi sebab dia harga tak berubah. Jadi fungsi dia sama sahaja macam simpanan, nilai tetap tidak berubah.

Kedua pulangan ASB lebih tinggi daripada menyimpan dalam bank biasa. Bayangkan simpan dalam bank cuma dapat sekitar 1% setiap tahun, kalau Fix Deposit pula paling tinggi pernah cecah 3% setahun, tapi ASB memberikan pulangan sekitar 5-10%, lebih tinggi daripada fix deposit ataupun return akaun simpanan. Jadi, kenapa nak menyimpan di bank kalau ASB memberi potensi ganjaran yang lebih besar.

Ketiga ASB adalah sebuah bentuk pelaburan. Secara tak langsung korang dah belajar bagaimana pelaburan berlaku dan korang boleh tengok bagaimana agihan keuntungan diberikan kepada para pelabur. Dari situ juga korang belajar bagaimana untuk melihat prospektus pelaburan ASB iaitu, apakah pegangan saham yang dibeli dalam ASB, sedikit sebanyak memberikan ilmu pelaburan kepada diri korang sendiri.

Walaupun begitu, simpan duit di ASB mempunyai had limit iaitu cuma RM 200,000 sahaja setiap orang. Jadi, lebihan yang ada tidak boleh lagi digunakan untuk membeli unit ASB. Korang kena divert kan duit korang kepada simpanan ataupun pelaburan lain yang lebih berisiko.

Kesimpulan

Bila korang bandingkan antara simpan duit di bank atau di ASB, korang sendiri akan nampak kelebihan simpan duit di asb lebih banyak jika dibandingkan di dalam bank. Dari segi pulangan dari segi risiko dari segi kesedaran melabur, semuanya kebanyakan berpihak kepada ASB. Jadi, adakah simpan di bank ini tidak berguna? Bukan begitu, menyimpan di bank sesuai untuk korang buat perbelanjaan harian atau bulanan seperti bayar bil atau sebagainya.

Alhamdulillah

Baca lagi : Labur Atau Simpan, Mana Lagi Utama

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →