Bismillahirrahmanirrahim
Meyimpan duit adalah satu amalan yang mulia. Kenapa? Ia secara tak langsung mendidik seseorang individu menjadi seorang yang berjimat cemat dan mengelakkan diri daripada terjebak dalam pembaziran. Sungguh, Islam melarang umatnya melakukan pembaziran. Menyimpan memerlukan disiplin. Artikel kali ini aku terangkan cara simpan duit secara paksa yang boleh diamalkan secara praktikal
Objektif Simpan Duit
Kita selalu sembang dan dengar orang suruh simpan duit dan banyak cara simpan duit yang boleh kita ikut. Tapi apa objektif seseorang itu simpan duit? Tak lain tak bukan adalah untuk kegunaan pada masa hadapan yang mana amaunnya cukup besar dan tak mampu ditampung dengan pendapatan semasa. Contohnya kahwin, downpayment kereta, downpayment rumah dan sebagainya.
4 Cara Simpan Duit Secara Paksa
3 dari cara yang ditunjukkan akan bantu “paksa” korang menyimpan walaupun korang tak rela. Cara yang terakhir adalah lebih kepada disiplin diri sendiri sahaja. Dibawah ini aku senaraikan beberapa cara cara tersebut :
- Buat ASB Financing
- Bayaran komitment yang singkat
- Auto Debit menggunakan Bank
- Sedekah
Jika korang nak melabur, korang boleh buat force saving melalui ASB Financing. ASB Financing basically adalah loan peribadi sebenarnya, cuma nak nampak macam sedap sikit, tukar terma sahaja. Bezanya korang pinjam duit tu dan duit tersebut dilaburkan semula ke dalam ASB. Jadi setiap bulan korang dipaksa untuk menyimpan dengan cara membayar ansuran pinjaman yang korang buat untuk loan pelaburan ASB tersebut.
Masa nak buat loan tu, pastikan korang pilih rate loan yang rendah di pasaran. Korang boleh compare rate loan ASB antara bank melalui website ini Compare & Apply ASB Loans Online in Malaysia 2022 (loanstreet.com.my). Biasanya rate pinjaman adalah sekitar 3.5 – 5.0%. Rate ini juga boleh berubah berdasarkan kadar OPR bank negara sebab tu lah kita akan ambil average range kadar keuntungan bank.
Cara simpan duit secara paksa yang kedua adalah bayar komitmen korang dalam masa yang singkat. Biasa pinjaman akan tawarkan ada had maksimum tempoh pinjaman dan bank suka korang bayar lama-lama. Bayangkan korang pinjam RM 100,000 lepas 20 tahun bila kira pinjaman plus keuntungan bank total up korang bayar RM 200,000 kat bank.
Jika korang pendekkan tempoh pinjaman cuma 10 tahun sahaja, mungkin bayaran balik kepada bank dengan contoh yang sama hanya sekitar RM 130,000 sahaja. Ini cuma anggaran sahaja cuma biasanya lagi cepat korang bayar, lagi sikit untung bank. Bukan ke kita seboleh boleh nya wajib melunaskan hutang dahulu sebelum berbelanja betul? Lagi cepat korang setel hutang korang, lagi aman hidup korang. Percayalah.
Jika korang tak nak terlibat dengan apa apa style yang guna loan, boleh je pakai auto deduct. Kebanyakan bank sekarang ni ada fungsi auto deduct dari saving account korang dan masukkan ke dalam Fix Deposit. Sekarang ni fix deposit tak perlu hold bertahun tahun, sebulan pun boleh hold. Takde masalah pun nak dicairkan. Korang boleh set dalam online banking korang dan set auto deduct acc korang masuk ke Fix Deposit. Apa yang perlu korang set adalah amaun dan tarikh bila duit nak ditolak.
Terakhir, bersedekah. Ini adalah salah satu cara simpan duit yang paling ajaib. Nampak secara matematiknya duit ko berkurang, tapi percayalah dengan janji ALLAH SWT dan RasulNya, harta orang yang bersedekah langsung tak berkurang, makin bertambah adalah. Apa apa hal, bersedekahlah ikut kemampuan korang. Jika mampu RM 1, buat, asalkan tak membebankan. Inshaa ALLAH lama-lama makin besar la amaun sedekah kita dengan izin ALLAH SWT.
Kesimpulan
Ada banyak cara yang boleh korang pilih untuk menyimpan. Yang penting, dalam jiwa korang sudah ada kesedaran untuk sediakan payung sebelum hujan. Dengan adanya simpanan, tidaklah korang menebalkan muka untuk meminjam dari kawan kawan atau saudara mara. Banyak kes dah hutang ni boleh jadi putus kawan atau saudara mara.
Alhamdulillah
Sumber ; Pengalaman sendiri
Baca Lagi : Kelebihan Simpan Duit di ASB